KERNA KAU MILIK AKU 2

Drama Series 12503

SETAHUN YANG LEPAS...

Saadah ke hospital bahagian bilik mayat setelah mendapat khabar berita akan keadaan keluarganya dari Fazrin.

“Rin!” Saadah menyapa menantunya sebaik melihat lelaki itu.

“Maafkan Rin ibu,” rasa bersalah dalam diri Fazrin sangat tinggi. Semua ini terjadi kerana dirinya. Jika dia tidak buat perkara bodoh dulu pasti semua ini tak akan terjadi.

Saadah tidak membalas permohonan maaf Fazrin. “Ibu nak tengok Abah dengan Akak.”

Fazrin mengangguk kepala. “Rin beritahu pengawal sekejap. Ibu duduk dulu.” Saadah di bawa duduk di tempat menunggu sebelum Fazrin melangkah ke pengawal yang menjaga bilik mayat.

Saadah melangkah masuk ke dalam bilik mayat berpimpinkan tangan Fazrin untuk memberi kekuatan pada dirinya.

Sebaik masuk kelihatan dua susuk tubuh yang di selubungi kain putih terbaring kaku di katil besi. Belum melihat Saadah sudah mengalirkan air mata.

“Allah!” Terus mengucap Saadah sebaik kain pada mayat pertama di buka. Kelihatan wajah pucat tidak berdarah madunya.

Kain pada mayat kedua pula di buka dan semerta Saadah jatuh pengsan sebaik melihat mayat suaminya.

..

Perkebumian kedua orang tua Bunga di jalankan walaupun tanpa kehadiran Bunga. Saadah cuba menerima takdir atas kehilangan kedua orang yang dia sayang. Perpisahan yang tiada pengubat rindu.

Fazrin melangkah mendekati Saadah yang masih berdiri mengadap kubur Armada dan Melati. “Ibu, Bunga dah sedar.”

Saadah melihat wajah Fazrin yang sedikit ceria. Mungkin gembira kerana isterinya semakin membaik. Dia pula hampir terlupa akan anak tirinya itu kerana menguruskan perkebumian suami dan madunya.

“Rin jangan jumpa Bunga dulu.” Wajah Saadah kelihatan mendatar tanpa ada emosi.

Fazrin terkejut dengan permintaan Saadah. Inilah waktu yang dia nantikan. Sepanjang masa dia berdoa agar Bunga kembali sedar dan sihat seperti biasa.

“Ibu tak nak emosi Bunga terganggu. Kamu sendiri tahu dia jadi begini kerana kamu.” Habis berkata Saadah terus melangkah pergi meninggalkan Fazrin yang masih berdiri kaku. Hatinya masih sakit, sedih atas kehilangan ahli keluarganya. Kalau tidak kerana Fazrin pasti semua ini tak akan terjadi. Dia tidak akan kehilangan orang yang dia sayang.


..

Hanya mata Bunga sahaja bergerak berkelip, seluruh badannya masih terbaring kaku. Fikirannya kosong. Tiada satu pun memori.

Sebaik dia sedar khabar berita akan kematian kedua orang tuanya di sampaikan tetapi tiada sedikit pun rasa sedih timbul. Apa yang bermain di dalam fikirannya adalah siapa orang tuanya. Cuba di perah semua ingatannya tetapi tiada satu pun yang boleh membantu.

Hanya satu nama yang berlegar di dalam ingatannya. Rin atau Fazrin.

Saadah membenarkan Fazrin untuk datang melihat Bunga apabila mengetahui Bunga tidak mengingati masa silamnya. Kerisauan Saadah terhadap gangguan emosi Bunga semerta hilang.

Fazrin masuk ke bilik wad Bunga dengan berhati-hati. Risau jika Bunga dengan tiba-tiba meracau sebaik melihat dirinya.

“Macam mana awak tahu saya dekat sini?” Kelihatan Bunga terkejut dengan Kemunculan Fazrin di balik pintu.

Fazrin terus berhenti melangkah, Bunga masih ingat akan dirinya, tapi kenapa orang lain Bunga tidak ingat. “Oh. Ibu yang bagitahu awak ye.”

“Ye.” Pantas Fazrin mengangguk kepala.

“Kenapa awak datang pula. Awak bukan sesiapa pun untuk saya. Lagipun awak kan tak suka jumpa orang.”

Kata Bunga membuatkan Fazrin lagi bertambah kaku. Kata-kata Bunga mengingatkan Fazrin beberapa tahun lepas. Itu kata-kata yang hampir sama dia berikan kepada Bunga. ‘Saya tak suka orang tahu pasal saya, Saya tak nak orang tahu bagaimana rupa saya, saya tak kisah awak atau orang lain nak kata apa pada saya. Yang penting saya tidak menyakitkan hati orang lain.’

“Rin suami sayang.”

“Awak face to face pun awak nak main-main ke? Simpan sajalah ayat main-main awak tu. Saya tak akan percaya,” balas Bunga.

“Bie tak main-main sayang. Sayang memang wife Bie dan Bie husband sayang,” Kata-kata Fazrin mendapat reaksi bersahaja dari Bunga. Fazrin tahu Bunga tidak percaya dengan apa yang dia beritahu. “Kalau sayang tak percaya, kita nikah lagi sekali.”

“Maaf, saya tak nak kawin dengan awak.” Penolakan Bunga menyentap tangkai hati Fazrin. “Walau pun awak kacak, handsome, saya tak nak kawin dengan awak. Sebab saya tak nak jadi macam awak. Awak boleh faham sendiri kan.”

Sebab Sayang, Rin berubah. Sebab sayang, Rin keluar dari dunia sendirian Rin. Sebab sayang Rin nak miliki sayang. Rin tak nak sayang terlepas pada tangan orang lain. “Bie boleh buktikan yang Bie sebenarnya suami sayang.”

“Buktikanlah.”

Fazrin melangkah dekati Bunga. Semakin dekat, semakin rapat. Kedua bahu Bunga di pegang erat. Satu kucupan singgah di bibir Bunga.

Fazrin di tolak hingga jatuh terduduk. “Awak memang tak pernah berubah. Mana janji awak dulu untuk berubah. Jangan sampai saya sebut menyesal kenal awak. Baik awak pergi! PERGI!”

Saadah yang dengar jeritan Bunga pantas masuk ke dalam bilik wad anaknya itu. “Bawa laki tak guna ni pergi Ibu. Bunga tak nak jumpa dia, tak nak kenal siapa dia. Bunga tak nak jumpa dia lagi”

Saadah menolak Fazrin untuk keluar dari bilik Bunga. “Sekejap ibu,” raut wajah kecian terpancar di wajah Fazrin menghentikan tolakkan Saadah.

“Bunga Amaryllis, Bie ceraikan sayang dengan talak satu.” Saadah terkejut dengan lafaz talak yang Fazrin ucapkan. “Sayang kena ingat, Bie tak pernah bencikan sayang. Bie tetap sayang Bunga walaupun Bie ceraikan sayang. Cara terbaik yang ada, kita berpisah. Tapi Bie berjanji, setahun sayang tiada penganti Bie, Bie akan berkahwin dengan sayang.”

“Aku tak pernah kawin dengan kau. Tak payah kau nak ceraikan aku. Kalau kau muncul lagi pun, aku tak kenal kau lagi,” balas Bunga dengan keadaan marah.

Fazrin memalingkan wajahnya untuk tidak melihat Bunga. Dia tidak dapat menahan sakit untuk berpisah dengan Bunga. Satu-satunya orang yang dia sayang dekat dunia ini. “Satu sayang kena ingat. Jangan sesekali sayang percayakan lelaki walaupun dia itu suami sayang sendiri. Jangan sesekali sayang tanam sayang sepenuh hati pada mereka,” habis berkata Fazrin melangkah pergi tanpa melihat walaupun sekilas wajah Bunga.

Setelah jauh melangkah akhirnya Fazrin tidak dapat menahan sakit di dalam hatinya. Jatuh terduduk Fazrin apabila mengenangkan dia bukan sesiapa lagi untuk Bunga. Tapi ini saja yang terbaik untuk dia dan Bunga pada masa ini. ‘Maafkan Rin sayang. Sayang jangan risau. Rin akan jaga sayang dari jauh.’

“Abang okay tak?”

Fazrin terus mendongak langit melihat orang yang menyentuh bahunya. Seorang pemuda yang kelihatan lebih tua sedikit darinya. Berkulit putih, matanya mempunyai lingkaran hitam yang kelihatan pudar.

“Saya okay Abang.” Fazrin pantas bangun berdiri. “Terima kasih.”

“Abang tak tahu apa masalah kau. Tapi ingat setiap masalah ada penyelesaiannya.” Bahu Fazrin di tepuk dua kali sebelum pemuda itu meninggalkan Fazrin.

“Kenapa As?”

“Entalah mak. Mungkin dia ada masalah.” Hasnol menolak kerusi roda orang tuanya. “Nanti temujanji mak bulan depan ingatkan As. As takut terlupa macam hari ni.”

“Kamu lupa mak tak pergi.”

“As lupa pun mak tetap kena pergi macam sekarang. Mak jangan nak mengelak. Mak bukan susahkan As, tapi mak tanggungjawab As,” Hasnol bersuara tegas seperti tahu apa yang di fikirkan oleh orang tuanya itu.

Sayang... Rin dah jumpa penganti Rin untuk sayang.

SEBULAN KEMUDIAN...

“Bunga tunggu luar la Ibu.” Bunga mengelak dari masuk ke bilik doktor. Pasti jawapan sama yang di terima. Dia sihat dan perlu datang semula untuk rawatan susulan. Kalau sihat kenapa masih lagi perlu datang ke hospital.

“Yela. Bunga jangan pergi jauh. Susah Ibu nak cari nanti.”

“Bunga nak ke mana Ibu dengan kaki macam ni.” Kakinya masih lagi tidak sembuh sepenuhnya dan pergerakan masih lagi terbatas.

Bunga duduk di tempat menunggu luar sambil melihat sekeliling sambil menunggu Saadah selesai urusannya dengan doktor.

Doktor geling kepala sebaik melihat Saadah. “Saya tak pasti bila memori Bunga akan kembali. Dari tanda yang dapat dari Bunga dan puan ceritakan. Kemungkinan ambil masa yang lama.”

“Bukan itu yang saya mahu,” setiap malam Saadah tidak dapat tidur dengan nyenyak memikirkan apa yang akan Bunga lakukan jika ingatannya pulih sepenuhnya.

“Apa maksud puan?” Doktor tidak jelas dengan kemahuan Saadah.

“Kalau boleh saya tak nak anak saya ingat kisah silap dia. Saya mohon dekat doktor jangan paksa dia ingat semula,” Saadah merayu sambil memegang kedua tangan doktor yang sedang duduk di hadapanya. “Doktor sendiri tahu apa yang berlaku pada keluarga saya. Saya merayu dekat doktor, biarlah anak saya begini. Saya tak nak anak saya bersedih. Saya tak nak dia salahkan diri dia sendiri.”

Doktor terkejut dengan permintaan Saadah, tapi dia sedar jika ingatan Bunga pulih kemungkinan perkara lain yang boleh menjejaskan kesihatan mental Bunga boleh berlaku. Keadaan Bunga sekarang ini pun terjadi kerana cubaan membunuh diri.

“Baiklah, saya tidak akan bertanya lagi akan ingatan Bunga. Tapi Bunga masih perlu datang untuk rawatan susulan dan jika Bunga kerap sakit kepala, cepat datang ke hospital.”

“Baik doktor. Terima kasih banyak-banyak,” Lagi sekali tangan doktor di hadapanya di gengam erat.

“Siapa ni mak?” Hasnol pelik melihat seorang gadis bersahaja tidur sambil memeluk maknya.

“Entahlah As, tiba-tiba muncul berpaut dekat mak. Mungkin dia letih, biarlah dia rehat sekejap.” Zuraidah tidak sampai hati untuk membangunkan gadis yang bersandar pada lengannya.

“As kejutkan lah mak. Nak tunggu sampai bila, urusan kita dah selesai.” Hasnol dekati Bunga. “Cik bangun.” Badan Bunga di goyangkan sedikit. Tetapi Bunga tidak sedar walaupun sedikit.

“Tak apalah As, kita tunggu sekejap. Sekejap lagi dia bangunlah.” Zuraidah memujuk anaknya apabila tindakannya untuk mengejutkan Bunga tidak berhasil.

“Yela Mak,” Hasnol bergerak duduk di sebelah Bunga. Hasnol dalam diam melihat Bunga dengan lirikan hujung matanya. Kaki berbalut. Kalau aku sentuh sepak kaki dia agak-agak dia bangun tak.

“Ah!!! Ibu sakit!”

Pantas Hasnol bangun berdiri kerana terkejut. Aku tak sepak lagi tak kan dah sakit. Zuraidah turut tersentak kerana terkejut dengan jeritan Bunga.

“Tolong, tolong, kaki saya cramp,” Bunga yang dalam kesakitan menarik baju Hasnol yang berada di hadapanya. “Tolong awak.”

“Bunga!” Doktor dan Saadah pantas keluar dari bilik rawatan apabila terdengar jeritan Bunga. Orang ramai sudah mengelilingi Bunga untuk melihat.

“Bunga kenapa? Bunga!” jantung Saadah berdegup laju, risaukan keadaan Bunga. Kerana anaknya itu belum cukup sihat lagi.

“Ibu... Kaki Bunga cramp ibu. Tolong Bunga ibu. Abang ni tak pandai tolong Bunga.” Bunga sudah menangis kerana sakit.

Aku pula tak pandai. Aku ni lelaki, kau tu perempuan. Kang aku salah pegang tuduh aku meraba pula.

Hasnol memberi ruang apabila melihat ada doktor cuba membantu Bunga. Bunga di baringkan sahaja di lantai lalu badannya di terbalikkan. Punggung Bunga di tekan dan kakinya di tarik ke bawah. Melihat Bunga sudah tidak kesakitan, Bunga di dudukkan semula di kerusi. “Kamu duduk macam mana Bunga boleh cramp macam ni.”

“Duduk kaki lurus ke depan lah. Tak kan ke belakang pula. Tak ingat kaki saya ni doktor yang balut.”

“Cuba jawab betul bila doktor tanya Bunga,” Saadah menegur anaknya.

“Tak apa puan saya faham,” doktor hanya tersenyum sahaja apabila Bunga seperti menyindir dirinya.

“Betulah ibu. Ibu lama sangat dating dengan doktor ni. Penat Bunga tunggu, sampai Bunga tumpang tidur dekat Mak Cik sebelah Bunga.”

Eh! Budak ni. Jadi kau saja tidur sandar dekat Mak aku. Sabar Hasnol. Kalau aku tahu tadi aku sepak je kaki kau ni lah.

“Terima kasih mak cik,” Bunga mengusap lengan Zuraidah sambil tersenyum tidak bersalah. “Lembut macam tilam, saya selesa sangat.”

“Ye tak apa.” Zuraidah turut tersenyum.

“Maafkan anak saya,” Saadah merasa malu dengan perilaku anaknya. Perangai Bunga dulu dan sekarang tidak berguna walaupun Bunga tidak mengingati apa-apa.

“Tak apa,” balas Zuraidah lagi.

“Terima kasih. Dah Bunga jom balik,” Saadah membantu Bunga untuk berdiri.

“Dah As jom balik,” Zuraidah pula menegur anaknya yang sedari tadi memandang ke arah Bunga.

“Ada juga orang macam ni kan mak,” Hasnol bercakap sambil menolak kerusi roda Zuraidah.

“As tengok sendiri depan mata As, jadi adalah. Kalau As suka jangan di tangguh. Melepas, As yang rugi.”

“Apa mak mengarut ni. Tak nak lah As dengan orang macam tu,” Hasnol cuba berdalih.

“Tak perlu berbohong As, dari Bunga tu tidur sandar mak, As tak henti padang dia. Umur kamu pun dah berapa As, tak salah kalau kamu jatuh hati, terasa untuk berkeluarga. Tapi buat dengan cara elok dan beradab.”

Hasrol hanya berdiam diri apabila Zuraidah memberi kata nasihat. Lagi dua tahun dia Akan jejak 40, tipu kalau dia tak ada rasa untuk berkahwin, mempunyai keluarga sendiri. Tapi dia takut jika tiada perempuan mahukan dia.

“Selagi As tak cuba As tak akan tahu.”

“Mak tunggu sekejap,” Hasnol parking kerusi roda Zuraidah di tepi lalu berlari mengejar Bunga dan Saadah yang berada tidak jauh darinya.

Bunga memandang Hasnol atas bawah, biar betul mamat ni. Gentlemen siot, ni aku suka.

“Boleh kita berbincang lain hari. Mak cik rasa tempat macam ni tak sesuai untuk bincang. Ni number mak cik. Nanti kamu call atau mesej saja.” Saadah berikan kad kepada Hasnol.

“Boleh mak cik. Terima kasih.” Hasnol merasa lega apabila hajatnya seperti akan di terima.

“Bye awak berbaju merah. Nanti jumpa lagi,” Bunga tersenyum manja sambil melambai Hasnol sebelum melangkah pergi.

Hasnol menundukkan kepala kerana malu. Harap kita dapat bertemu lagi.

Wajah Saadah kelihatan biasa tetapi dia dalam kegusaran. Dia tidak kisah Bunga berkahwin lagi tapi, adakah orang yang betul-betul sanggup terima Bunga jika tahu keadaan Bunga yang sebenar.

..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience