KERNA KAU MILIK AKU EP15

Drama Series 12429

 

“Anak siapa As bawa balik ni?” Zuraidah bertanya apabila melihat Hasnol masuk ke dalam rumah dengan seorang anak kecil yang sedang tidur di dukungan anaknya itu.

 

“Anak Bunga ibu,” jawab Hasnol. Kakinya terus melangkah ke bilik tidurnya untuk meletakan Amar di atas katil.

 

“Anak Bunga dah besar macam ni?” Zuraidah terkejut. Yang dia tahu dulu Bunga janda yang tidak mempunyai anak.

 

“Rasa anak suami dia sekarang, sebab muka serupa dengan suami Bunga,” balas Hasnol lagi. Punggung Amar di tepuk apabila kelihatan tidur Amar sedikit terganggu.

 

“Kalau dah tahu anak dia, kenapa As bawa balik. Nak kena tuduh menculik pula?” Risau Zuraidah jika anaknya di tuduh bukan-bukan.

 

“Bunga dengan suami dia tiba-tiba hilang tak dapat di kesan. Tak ada orang yang jagakan Amar jadi As bawa dia balik. Pihak polis pun tahu Amar dengan As,” jawab Hasnol agar Zuraidah tidak risau.

 

“Astrafiruallah. Hilang pergi mana?” Zuraidah terkejut dengan khabar berita dari anaknya itu.

 

“Tak tahu mak, polis tengah siasat. Kalau ada perkembangan nanti polis call As bagitahu.”

 

“Ibu Bunga dah tahu belum? Kalau belum baik As call bagitahu sekarang.”

 

“Dah mak, awal-awal lagi As dah bagitahu. As pun dah bagitahu Ibu Bunga yang Amar, As jaga.”

 

 

..

 

 

“Bie... Bangun Bie...” Bunga menangis teresak-esak sambil mengejutkan Fazrin yang masih lagi terbaring tidak sedarkan diri. Kelihatan juga ada darah mengalir di lantai.

 

“Sakit sangat Bie,” Bunga tiba-tiba merasa perutnya memulas sakit. “Bie!”

 

Aliya melihat dari CCTV keadaan Bunga hanya ketawa gembira apabila dapat melihat orang yang dia benci dalam kesakitan. “Aku nak kau mati perlahan-lahan.”

 

“Ah!!!” Bunga menjerit kesakitan. “Anak ibu sabar sekejap sayang. Ibu sakit Sayang.” Perut Bunga terasa tegang sekali akibat di pijak oleh Aliya beberapa kali tadi  Bunga tahu pasti anak yang ada di dalam perutnya juga merasa sakit yang sama seperti yang dia alami.

 

..

 

Selepas 24 jam selepas kehilangan Bunga dan Fazrin, pencarian besar-besaran dilakukan. Wajah Bunga dan Fazrin keluar di setiap berita di kaca TV. Motif kehilangan Bunga dan Fazrin tidak di ketahui. Dan kes pembunuhan kedua orang tua Bunga iaitu Armada dan Melati kembali hangat seperti kejadian itu baru sahaja berlaku.

 

Orang ramai berharap pihak berkuasa menjalankan siasatan dengan lebih terperinci dan pantas agar Bunga dan Fazrin dapat di jumpai dengan segera. Orang ramai turut mula kecoh apabila ketahui apabila kes pembunuhan Armada dan Melati sehingga kini masih belum selesai hingga menyebabkan penculikan Bunga dan Fazrin berlaku. Orang ramai juga mengesyaki orang yang menculik Bunga dan Fazrin adalah orang yang sama bunuh kedua orang tua Bunga kerana persalah hingga ke hari ini masih tidak berjaya di tahan.

 

Desas desus juga mula tersebar apabila ada yang mengatakan kemungkinan besar Bunga dan Fazrin akan menjadi mangsa yang sama seperti kedua orang tuanya. Kerana Fazrin merupakan penganti kepada Armada sebagai ketua pencarian ubat penawar bagi segala penyakit.

 

 

“Uncle, Ibu dengan ayah masuk TV,” Amar menujuk wajah Bunga dan Fazrin di kaca TV.

 

“Ye, masuk TV sebab nak cari Ibu Ayah Amar.”

 

“Uncle rasa ayah dan Ibu pergi mana ye?” Amar meletakan tangannya di dagu seperti sedang memikirkan sesuatu.

 

Hasnol geling kepala tanda tidak tahu. Dia berharap Bunga dan Fazrin di jumpai dalam keadaan yang selamat.

 

Pihak berkuasa dalam tekanan apabila kes penculikan menjadi perhatian umum dan orang atasan mula memberi tekanan kepada mereka. Apa yang mereka temukan adalah jalan buntu apabila tiada satu pun pertunjuk siapakah yang menculik Bunga dan Fazrin.

 

..

 

 

Pintu gudang di buka untuk pembersihan untuk penyewa baru masuk. Gudang yang gelap gelita semerta di terangi cahaya lampu yang terang.

 

Beberapa orang dari syarikat pembersihan masuk ke dalam gudang sambil membawa peralatan mereka.

 

“Kita bersihkan office dulu?” Salah seorang dari mereka bersuara.

 

“Kita bagi, 3 Kiri 3 kanan,” dan mereka berenam bersetuju.

 

Salah seorang dari mereka mula menghidupkan radio sebagai hiburan sambil mereka melakukan kerja..

 

Dua pintu pejabat di buka serentak dan orang yang buka semerta terjatuh serentak dan mengundur ke belakang. Mereka saling berpandangan. “Call polis!” seorang dari mereka menjerit.

 

 

Bunga di jumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri dan terus di kejarkan ke hospital. Sebaik tiba Bunga terus di bawa masuk ke dewan bilik bedah untuk menyelamatkan kandungannya.

 

Saadah dan Hasnol yang di hubungi bergegas ke hospital selepas di beritahu Bunga dan Fazrin sudah di jumpai.

 

Amar terus menangis apabila di bawa bertemu dengan Bunga. Mungkin kerana dia sangat rindukan ibunya itu. Keadaan Bunga masih tidak sedarkan diri selepas pembedahan untuk keluarkan anaknya.

 

“Nek! Bila Ibu nak bangun?” Amar bertanya pada Saadah yang turut ada untuk menjaga anaknya itu.

 

“Ibu penat, nanti ibu dah hilang penat, nanti ibu bangun. Amar dah tengok adik?” Saadah cuba memujuk dan mengalihkan tumpuan Amar pada Bunga. Tidak mahu Amar berterusan bertanya pasal Bunga mahupun Fazrin.

 

“Dah, uncle bawa. Adik Amar comel sangat nenek. Macam Amar juga comel,” Amar dengan tidak malu memuji diri sendiri.

 

“Adik Amar lelaki ke perempuan?”

 

“Perempuan. Amar pegang tangan adik. Adik pun pegang tangan Amar macam ni nenek.” Amar buat cara adiknya memegang tangannya pada Saadah. Dan dia mula bercerita apa yang dia bualkan dan apa reaksi adiknya berikan.

 

 

Bunga sedar dari tidurnya selepas 24 jam pembedahan di lakukan. Perkara pertama yang di tanya adalah anaknya kerana dia merasakan perutnya sudah leper. Bunga bersyukur apabila ketahui anaknya dalam keadaan baik.

 

Kemudian keadaan Fazrin pula yang di tanya. “Rin macam mana Ibu?” Sepanjang dia sedar di bilik kurungan Fazrin tidak sedarkan diri langsung selepas di pukul dengan kuat oleh Aliya. Bunga berharap suaminya itu dalam keadaan baik sahaja.

 

Wajah Saadah sedikit berubah apabila Nama Fazrin di sebut.

 

Bunga yang perasan perubahan wajah Saadah bertanya lagi. “Rin baik-baik saja kan ibu?”

 

Perkebumian Muhammad Fazrin.... Bunga terus menoleh ke kaca TV yang terbuka apabila Nama suaminya di sebut.

 

Pagi ini berjalan lancar dengan kehadiran ahli keluarga dan sahabat andai untuk memberi penghormatan terakhir. Muhammad Fazrin meninggal dunia setelah berada di ICU selama satu hari. Mendiang Muhammad Fazrin merupakan Pakar saintis meninggalkan seorang anak angkat lelaki berusia 4 tahun, seorang anak perempuan yang baru lahir dan seorang balu iaitu Bunga Amaryllis yang juga merupakan anak kepada bekas saintis negara Armada Sakti. Mereka berdua di jumpai di dalam gudang kosong dalam keadaan tidak sedarkan diri. Fazrin yang mengalami kecederaan di kepala tidak dapat di selamatkan, manakala isterinya masih tidak sedarkan diri sehingga kini. Pihak polis masih menyiasat motif penculikan Bunga dan Fazrin dan berharap orang ramai membuat spekulasi yang boleh merumitkan siasatan.

 

“Tak ibu! Rin belum mati. Suami Bunga hidup lagi kan ibu!” Bunga mengharapkan jawapan dari Saadah berbeza seperti berita yang di dengar.

 

“Rin dah tak ada Bunga,” balas Saadah dengan sayu.

 

“Tak! Ibu tipu! Rin Bunga hidup lagi!” Bunga tidak dapat menerima hakikat yang Fazrin sudah tiada. “Bie! Bie!” Fazrin di panggil berulang kali.

 

Suara pekikan dan tangisan Bunga menyebabkan pegawai kesihatan datang untuk menenangkan keadaan Bunga.

 

 

Ku kenal erti cinta

Kau sebagai saksinya

Cahaya syurgaku, kaulah itu

Siang-malamku

Selamat kau di sana

Terdiam, ku berdoa

Sehingga malamnya tiba

Terima kasih atas cinta dan sayangmu

Atas pengorbanan dan juga perjuanganmu

 

 

Bunga yang berpimpin tangan dengan Amar, berjalan meninggalkan pusara Fazrin dengan perasaan hiba. Tiada sesiapa mahukan perpisahan yang menyakitkan. Dia juga tidak mahu tapi terpaksa lalui walaupun tidak bersedia.

 

“Adik!” Tangan Bunga di lepaskan dan Amar berlari ke Saadah apabila melihat adiknya yang berada di dukungan Saadah.

 

Bunga juga tersenyum dalam sedih memandang anak kecilnya itu. Terima kasih tinggalkan permata buat Sayang.

 

“Bunga!”

 

Bunga menoleh pada suara yang memanggilnya. Lelaki tua yang dia pernah hormat dulu. Kini tiada apa-apa perasaan saat melihat lelaki itu.

 

“Maafkan Atuk, maafkan cucu Atuk.  Atuk betul-betul tak tahu apa yang dia pernah buat dékat Bunga dan Fazrin.” Mustafa merayu sambil melutut. Kini dia tiada sesiapa apabila Aliya di sumbat ke pusat mental setelah berjaya di tahan oleh pihak polis.

 

“Bila nafsu dan harta di utamakan, maka musnah semuanya. Saya maafkan Aliya tapi untuk kedua orang tua saya, untuk suami saya. Saya tiada hak untuk maafkan bagi pihak mereka.” Habis berkata kaki Bunga terus melangkah masuk ke dalam kereta. Tiada apa lagi perlu dia katakan pada Mustafa.

 

“Bunga nak terus balik kampung atau singgah rumah Bunga dulu?” Hasnol bertanya sebaik melihat Bunga masuk ke dalam kereta, kerana Saadah meminta tolong pada Hasnol untuk menjadi pemandu untuk Bunga seketika.

 

Bunga memandang Hasnol yang bertanya. “Saya nak balik kampung.” Terlalu banyak kenangan bersama Fazrin di rumah mereka.  Dia tidak mampu melihat kerana ia akan buatnya merasa semakin sedih.

 

 

 

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience