Nak masuk ke tak nak. Nak. Tak nak. Nak. Tak nak. Kalau aku tidur dekat luar, mesti kena bising dengan Ibu. Kacau betul la, laki gatal ni.
Krekk!
Dalam keterpaksaan Bunga melangkah perlahan-lahan masuk ke dalam bilik tidur yang sudah gelap gelita.
“Ahhhh!!!”
“Diam sayang! Orang dengar.” Fazrin menegur dengan suara yang sangat lembut dan perlahan. “Suara sayang tu dahlah nyaring macam memerang.”
“Dah tahu saya ni macam memerang sibuk juga nak kawin dengan saya.”
“Sebab suara memerang ni yang telah buat Bie jatuh hati dengan sayang,” bibir Bunga di sambar tanpa sempat Bunga mengelak.
“Gatal! Miang!” Dada Fazrin di pukul sebaik sahaja bibir mereka berdua terlepas.
“Garang sayang ni pun telah buat Bie jatuh hati. Hari hari sayang marah pun Bie tak kisah.” Bie tahu sayang garang bersebab. Bie juga tahu, garang-garang sayang, Sayang patuh dengan Bie, suami sayang.
Dah jom tidur, Bie letih sangat ni, Sayang buli Bie teruk sangat tadi. Nasib Bie sayang sayang. Kalau tidak tak ingin Bie buat semua kerja tadi,” hidung Bunga di tarik kerana geram melihat isterinya itu.
“Awak tidur la atas katil saya nak tidur dekat sofa je,” Bunga cuba mengelak dari tidur sekatil dengan Fazrin. Terasa kekok sekali.
“Seorang isteri hendaklah berada di samping suami,” Ringkas teguran Fazrin tapi menyentap hati Bunga. Dan dengan keterpaksaan Bunga baring di sebelah Fazrin.
“Tidur mengadap suami sayang. Apa bagi punggung dekat Bie ni.” Punggung Bunga di tepuk dengan lembut. Pantas juga tangan Bunga menepis tangan Fazrin yang menyentuhnya.
Bunga memusingkan badannya untuk mengadap Fazrin. Melihat Fazrin sudah menutup matanya, Bunga cuba meneliti wajah Fazrin yang sangat sempurna di matanya. Ketampanan dan kecantikan wajah Fazrin bagaikan langit dan bumi jika di bandingkan dengan dirinya.
Kenapa Fazrin nak kawin dengan aku? Kalau dia petik jari, ramai sahaja yang beratur untuk menjadi isteri dia. Yang kaya, yang miskin, yang tua, yang muda. Tapi kenapa dia pilih aku yang tidak cantik ni, hidung penyek, gemuk.
“Puas tenung wajah Bie?”
“Mana ada!” Pantas Bunga memalingkan badannya.
“Tengoklah sayang. Bie memang milik sayang. Tak salah sayang nak tenung, sayang nak sentuh,” Fazrin memalingkan semula Bunga agar mengadapnya semula. “Bie pula nak tenung wajah lembut sayang.”
Bunga menutup rapat matanya apabila jemari Fazrin menyentuh wajahnya. Bie tahu apa yang sedang bermain di fikiran Sayang. “Sayang tak cantik tapi wajah sayang lembut, tenang apabila di pandang. Yang penting dapat menenangkan jiwa Bie . Bukan kecantikan yang Bie cari, tapi Bie mencari orang yang boleh menerima Bie yang tak sempurna ini. Isteri yang Bie nak bawa bahagia bersama. Bie mencari ibu untuk anak-anak Bie. Bie tak nak anak-anak Bie jadi macam Bie dulu. Jahil, jahat, jijik.”
Bunga buka matanya apabila terdengar esakan halus. “Sampaikan sayang pun tak nak pandang Bie.” Tanpa segan silu Fazrin menangis di hadapan Bunga. Menangis terkenangkan dirinya dulu.
“Awak dah berubahkan? Awak cuba untuk berubahkan?” Dengan sendiri jari jemari Bunga mengesat air mata Fazrin yang mengalir. Dia jatuh kecian pada Fazrin. Apa yang aku cakap ni? Kenapa Aku cakap macam aku sudah lama kenal Fazrin.
Fazrin mengangguk kepala. “Tapi Bie tetap tak sebaik sayang. Bie tetap fikirkan benda itu setiap kali berhadapan dengan sayang. Bie rasa Bie langsung tak layak untuk sayang. Tapi Bie tetap nak kan sayang jadi milik Bie.”
Bunga semerta bangun dari pembaringannya. “Laki miang. Gila sex. Awak jangan dekat dengan saya.”
“Hish! Hish!” Fazrin juga bangun dan melangkah menjauhkan diri dari Bunga. “Maafkan saya. Saya tahu saya memang jahat. Awak tidurlah atas katil, saya tidur dekat sofa. Awak jangan risau, saya tak akan sentuh awak selagi awak tak izinkan.”
“Merajuk lah tu. Macam budak-budak. Dah besar macam danauso pun cakap sikit merajuk.” Bunga membebel sendiri sambil baring semula di atas katil.
Fazrin cuba menahan diri dari melepaskan ledakan ketawa apabila mendengar perkataan danauso dari isterinya. Dinosaur sayang bukan Danauso. Tahulah kaki Rin penuh bulu tapi belum sampai jadi danau lagi.
Suasana dengan menjadi sunyi sepi. Tangisan Fazrin juga tidak kedengaran lagi kerana cuba menahan gelak. Bunga menjadi serba salah dengan sendiri kerana mengelar suaminya sendiri gila sex.
Bunga memalingkan badannya untuk mengadap Fazrin yang sedang berbaring di sofa. “Awak, awak dah tidur ke?”
“Belum.” Sayang janganlah keluar perkataan pelik lagi. Rin tak dapat nak tahan gelak. Muka sayang tu confident sangat walaupun cakap perkataan salah.
“Maaf sebab kata awak gila sex.”
Fazrin menarik nafas dalam sebelum membalas kata Bunga. “Tak apa. Memang saya gila sex pun.”
“Semua perempuan ke awak pandang buat nafsu awak naik?”
“Tak.”
“Habis tu yang awak cakap fikirkan benda tu tadi apa?”
“Awak je.”
“Perempuan lain.”
“Tak ada.”
“Saya tak percaya!”
“Suka hati.” Fazrin memalingkan badan membelakangi Bunga.
“Yang awak nak merajuk kenapa? Cakap sikit merajuk. Orang tak cakap sibuk suruh cakap.”
“Ermmm...”
“Tidur atas katil sini. Buat saya percayakan kata-kata awak.”
“Tak pe.” Yes! Fazrin tersenyum sendiri apabila Bunga berusaha untuk memujuknya. Rin memang nak tidur sebelah sayang, nak peluk sayang ketat-ketat. Nak cium Sayang sampai puas. Tapi Rin rasa Rin tak akan pernah puas cium Sayang.
“Sini! Nak saya tumbuk awak ke.”
Ganas betul isteri Rin ni. Memujuk dia dengan cara kekerasan. Cubalah pujuk manja kan lagi mudah Rin cair. Fazrin melangkah ke katil tanpa melihat wajah Bunga. Acah-acah merajuk.
“Dah jangan merajuk!”
“Kalau Bie tak merajuk, sayang kena peluk macam ni.” Badan Bunga di peluk erat. Rin tahu luar sahaja sayang ganas tapi yang sebenarnya hati sayang lembut dan baik macam marshmallow .
“Suka hati.”
“Dia pula merajuk,” hidung Bunga di tarik lembut. “Bie hilang lama sebab nak rawat sakit Bie. Bie dah sembuh sayang. Tapi tulah, bila nampak sayang. Bie tak boleh kawal langsung. Mungkin ini adalah takdir kita untuk bersatu semula.”
“Ye.”
“Sayang nervous ke Bie peluk sayang? Muka sayang merah ni,” suka Fazrin menyakat isterinya.
“Tak.”
“Yela tu. Hehehe.” Hanya Allah yang tahu berapa besarnya cinta Rin pada sayang. Kerana Allah yang menanam perasaan Rin terhadap sayang. “Dah tidur, jangan cakap. Nak cakap nak buat Bie merajuk, esok je.”
“Ye.”
Dia ye kan saja. Sayang ni tak pernah berubah betul. I love you sayang.
..
“Cari apa tu Rin?”
Fazrin menoleh pada susuk yang menegur. “Cari kopi ibu.”
Ibu terkejut apabila melihat wajah menantunya. “Astrafiruallah.. Apa lagi Bunga buat pada kamu ni Rin. Sampai bengkak dua-dua biji mata kamu. Bunga tumbuk mata kamu lagi ke?”
Senyuman manis Fazrin berikan kepada ibu lmertuanya. “Tak la Ibu. Rin tak cukup tidur, tu mata Rin bengkak. Tak biasa tempat baru.”
“Oh... Ni Bunga mana? Tidur lagi?”
“Aha Ibu. Bunga pun letih kenduri semalam tak hilang lagi. Ibu nak kopi Rin buatkan sekali.”
“Tak Rin. Ibu tak suka kopi. Dalam rumah ni Bunga je minum kopi. Kopi Bunga tepi sekali tu Rin.”
Tangan Fazrin pantas mencapai bekas kopi yang di tunjuk oleh Ibu. “Ibu, Rin nak cakap sesuatu boleh?”
“Cakaplah, dengan ibu cakap saja. Ibu tak kisah, Rin pun anak ibu.”
“Rin nak minta maaf dekat ibu atas apa yang terjadi dulu. Rin terima kasih sangat-sangat dekat ibu sebab terima Rin semula lepas apa yang terjadi dulu.”
“Kalau ikutkan hati Ibu, ibu tak nak Rin jadi suami Bunga. Tapi kalau dah berpusing macam mana pun Rin tetap juga jodoh Bunga, Ibu tak boleh buat apa-apa. Ibu terpaksa terima Rin juga. Kalau arwah Mak Abah ada pun, abah pun akan buat pilihan sama seperti Ibu. Sudahlah Rin tak perlu di kenang masa lalu. Teruskan masa hadapan kamu, fikirkan masa depan kamu dengan Bunga. Yang penting kamu dapat bahagiakan anak ibu.”
“Terima kasih ibu. Insyallah Rin akan buktikan Rin akan bahagiakan Bunga.” Fazrin tersenyum manis apabila mendengar sendiri penerimaan Saadah terhadap dirinya. “Lagi satu ibu. Bunga suka apa lagi ibu. Makanan?”
“Oh... Bunga tak memilih bab makanan tak macam dulu. Paling dia suka tetap sama ayam goreng.”
“Ayam goreng!” Isteri Rin tak pernah berubah.
“Ye, ayam goreng.”
“Patut makin tambah comel je isteri Rin.”
“Aha comel... Nak tengok saat kelahiran kecomelan isteri Rin tu. Tepi TV ada rak buku. Ada album dekat situ. Tengoklah.”
“Terima kasih ibu. Lepas buat air ni Rin pergi tengok.”
..
Buku album di selak satu persatu. Fazrin tersenyum sendiri melihat wajah Bunga yang berada di dalam buku album. Dari sebesar telapak tangan hinggalah sebesar tong beras. Tak baik mengata isteri sendiri.
Macam mana isteri Rin ni boleh besar double dari dalam gambar ni. Muka tu kalau senyum macam ni kan cantik. Ni masam sahaja.
“Awak bangun kenapa tak kejutkan saya?”
Fazrin pantas menoleh pada suara yang menegur. “Bie sayang?”
“Ermm. Bie kenapa tak kejutkan saya.” Bunga bercakap dengan mata menjeling ke atas. Mengada betul. Kalau tidak kerana dia mengata Fazrin gila sex semalam tak ada makna dia nak panggil Fazrin dengan panggilan Bie.
“Bie tengok sayang letih sangat. Tak sampai hati nak kejutkan. Walaupun sayang semalam mengarah je.”
“Mengarah ingat tak penat ke. Lagi awak tu jenis tak faham bahasa.”
“Ye Sayang... Bie memang saja-saja buat tak faham bahasa untuk menyakat sayang. Dah sini duduk sebelah Bie. Air favourite sayang ni pun ada.”
“Emm... Awak tengok apa tu?”
“Bieeee...”
“Sorry. Tak biasa lagi la. Bie tengok apa tu?”
“Gambar sayang dari kecik sampai sekarang.”
“Dulu lain. Sekarang lain.” Tiada satu pun yang dia ingat tentang masa silamnya. Jadi Bunga mengambil keputusan untuk lupakan semuanya.
“Okay Bie faham.” Buku album di tutup dan di letakan semula di atas rak.
“Apa yang awak faham.” Bunga mengambil cawan yang berisi sisa kopi Fazrin lalu di hirup perlahan-lahan. Fazrin tersenyum sedikit apabila melihat Bunga meminum air dari cawannya.
“Bie akan tengok sayang sekarang tanpa membezakan sayang yang dulu. Lagipun Bie memang sayang, jatuh cinta dengan sayang yang sekarang hingga ke akhir hayat sayang. Insyallah.” Ye Sayang sangat berbeza walaupun masih ada persamaan.
“Okay.” Sepatah sahaja Bunga bersuara kerana matanya tertumpu pada piring di atas meja. “Awak makan telur separuh masak lagi?”
Wajah ceria Fazrin berubah. ‘Lagi’ Sayang ingat Rin?
“Saya tak suka telur ni. Awak suka nak makan masak sendiri. Jangan suruh saya masakan untuk awak.”
“Sayang tak masakan. Bie makan mentah je.” Badan Bunga di tarik hingga tiada ruang antara mereka berdua. “Pagi ni tak kiss sayang lagi.”
Bibir mereka tetap bersatu walaupun Bunga berusaha untuk menolak.
“Eek!! Busuk!” Bau telur mentah membuatkan Bunga mahu termuntah.
Fazrin hanya tergelak melihat Bunga berlari ke bilik air. Yang ni sayang tak pernah berubah. Sama seperti dulu.
..
KERNA KAU MILIK AKU EP4
Dengan payah sekali Fazrin menolak badan Bunga mengunakan belakang badan agar Bunga meneruskan perjalanannya. Walaupun cuaca sejuk tetap kelihatan dahi Fazrin mengeluarkan percikan peluh.
“Dah stop. Penat!” Pantas Bunga berlari apabila melihat ada bangku kosong untuk dia beristirehat.
Laju pula lari, tadi bukan main nak jalan pun tak boleh. Bercekak pinggang Fazrin melihat Bunga yang sedang duduk berehat. “Apa yang penatnya. Bie yang tolak sayang. Patut Bie ni yang lagi penat.”
“Ada saya suruh awak tolak saya. Tak ada kan? Jadi jangan bising. Pergi beli aiscream sana.”
Fazrin geling kepala sebelum melangkah pergi mengikut arahan isterinya.
“Mana yang paling sedap?” Fazrin bertanya pada penjual wanita. Mahu beli tak sedap nanti dia pula kena habiskan.
“Perasa Peach.”
“Tu satu.”
Bunga yang sedang duduk dalam diam matanya meleret memandang ke arah Fazrin. Keraguan pada Fazrin masih lagi tidak hilang. Aku nampak kau mengatal kena kau nanti.
Bunga hanya mengenali Fazrin dengan saki baki ingatannya sebagai kaki perempuan. Sebab itu dia menolak keras untuk berkahwin dengan Fazrin. Bunga juga tahu perempuan yang pernah bersama Fazrin boleh di herit hingga ke dalam bilik untuk puaskan nafsu lelaki yang telah menjadi suaminya sekarang ini.
Bunga pantas mengalihkan pandangan matanya apabila Fazrin memusingkan badan. “Sayang nak apa lagi? Lollipop nak?”
“Tak nak,” balas Bunga ringkas.
Lagi sekali Fazrin geling kepala kerana melihat gaya duduk Bunga. “Sayang duduk sopan sikit,” tiada sahutan dari Bunga dan malah tiada juga perubahan dari cara duduknya.
“Ni sayang.” Aiscream potong di hulurkan sebaik sahaja Fazrin melutut dengan sebelah kaki di hadapan Bunga.
Sebaik sahaja Bunga mengambil aiscream di tangannya, pantas Fazrin menutup rapat kaki Bunga yang sedang duduk terkangkang. “Sopan sayang. Orang tengok tak elok.”
“Sibuk lah awak ni. Saya ni tengah penat jadi suka hati saya lah nak duduk macam mana.” Bunga terbeliakan biji matanya semasa memandang Fazrin sebagai tanda dirinya sedang marah kerana di ganggu lelaki itu.
“Dekat rumah suka hati awak nak duduk macam mana. Saya tak halang. Tapi sini dekat public. Suka orang laki tengok celah kangkang awak. Suka tayang benda tak sepatutnya. Suka dapat dosa! Saya suruh pakai kain awak tak nak, nak juga pakai seluar. Kalau awak pakai kain nak kangkang pun tak apa. Orang tak nampak. Lain kali saya cakap dengar. Saya suruh bukan saja-saja.” Dalam sekali nafas Fazrin menegur Bunga dengan tegas.
“Dahlah jangan marah!” Bunga mengesot punggung menjauhkan diri dari Fazrin. Tersentap dengan kata-kata suaminya.
Fazrin bangun dari melutut dan beralih duduk di sebelah Bunga. “Bie bukan marah. Dah sayang tak dengar bila Bie cakap elok. Jadi Bie kena tegas. Sayang tu tanggungjawab Bie. Bie minta maaf ye,” tepi kepala Bunga yang berlapik tudung di cium.
“Kaki sayang Bie katupkan.” Fazrin melekatkan kakinya rapat dengan kaki Bunga. Kemudian tangannya menarik sebelah lagi kaki Bunga untuk di rapatkan.
Bunga tetap tidak memandang Fazrin. Kepalanya menoleh bertentangan dengan Fazrin kerana masih lagi terasa hati dengan teguran suaminya.
Alahai sayang ni. Merajuk tapi aiscream dekat tangan tak lepas tu. Sayang suka kan bila Rin pujuk sayang macam ni. Bila Rin sentuh sayang. Rin tahu ego sayang tinggi. Tapi tak apa, Rin tahu sayang bagaimana sebenarnya.
“Sibuk pergi sini buat apa tah. Buat penat je!” Bunga membebel sendiri tapi dapat di dengari dengan jelas di cuping telinga Fazrin.
“Sayang suka tempat sejuk kan. Sebab tu Bie bawa sayang datang sini. Nak pergi oversea kita kawin pun mengejut tak sempat nak booking tiket. Nanti kita plan lain untuk pergi oversea.” Ada sebab Rin bawa sayang datang sini. Hehehe. Sayang tunggu ye malam nanti.
..
Sebaik masuk sahaja di service apartment yang di booking. Bunga terus hilang dari pandangan Fazrin. Pintu yang tertutup Fazrin cuba buka tetapi tidak berjaya kerana di kunci dari dalam.
Tuk! Tuk! Tuk!
Tiga kali ketukan jari Fazrin berikan. “Sayang, Bie nak masuk.”
“Awak duk bilik lain. Saya nak tidur seorang,” balas Bunga dari dalam. Sedap terbaring sambil melihat telefon pintar.
Bahu Fazrin terus jatuh. Tak menjadi lah plan Rin sayang. Fazrin menarik beg bajunya ke bilik lain. Kenapa lah bilik honeymoon tak ada hari ni.
Padan muka. Ingat aku tak tahu kau nak mengantal. Bunga bercakap sendiri sambil menjeling tajam pada pintu bilik.
...
Tuk! Tuk! Tuk!
“Sayang dah margib lom? Jom solat sama.” Fazrin tidak pernah mengalah untuk memujuk Bunga agar buka pintu bilik tidurnya.
“Dah! Awak solat la sendiri.” Balas Bunga bersahaja. Padahal dia baru ingin melangkah untuk mengambil wuduk.
“Yela. Bie dah belikan makan malam. Nanti lepas Bie siap solat. Kita makan sama ye.”
“Saya kenyang. Awak makanlah sorang,” lagi sekali Bunga menolak.
Fazrin melepaskan nafas kecewa. “Yela. Tapi kalau sayang lapar sayang makan ye. Jangan tahan diri nanti sakit. Lagipun Bie tak suka sayang kurus, Bie suka sayang comel macam sekarang ni.”
Ceh! Ingat aku caya. Laki semua manis dekat mulut je!.
Masa berjalan dengan pantas, dalam sekelip mata waktu menjejak ke tengah malam. Fazrin yang duduk di ruang tamu menonton TV akhirnya mengalah. Penantiannya untuk menunggu Siti keluar tidak kunjung tiba.
TV di matikan, kemudian melangkah masuk ke dalam biliknya. Peluk bantal jela malam ni.
Bunyi TV sudah tidak kedengaran. Bunga menjadi semakin gelabah. Handphone di capai dan music di mainkan. Seluruh badan di selubung dengan selimut dan dengan payah Bunga berusaha untuk tidur.
Suasana gelap gelita tanpa sebarang cahaya. Kaki dan tangan di ikat rapi hingga tiada sedikit pun ruang untuk dia bergerak.
Jeritan tolong di lepaskan tetapi hanya di dalam hati kedengaran. Kerana mulutnya turut terikat rapi hingga tidak mampu mengeluarkan suara.
“Hahahaha.”
Sayup suara seseorang ketawa kedengaran di cuping telinga. Kepala cuba menoleh kiri kanan tetapi tidak kelihatan milik siapa suara itu. Semakin lama semakin dekat hilaian tawa itu di cuping telinga.
Semakin kuat Bunga menjerit meminta tolong tapi tiada satu bunyi pun keluar dari kerongkongnya.
“Tolong!”
Bunga tersentap dari tidurnya. Peluh di dahi mengalir dengan deras. Pantas Bunga bangun dan keluar dari bilik tidurnya. Kelibat Fazrin di cari.
Pintu bilik Fazrin cuba di buka tetapi di kunci dari dalam. Ketukan bertubi-tubi di beri hingga membuatkan tidur Fazrin terganggu.
Sebaik pintu bilik di buka, Fazrin di terkam dan di peluk erat.
“Sayang kenapa ni?” Fazrin mengusap belakang badan Bunga yang sedang memeluknya dengan ketat. Kelihatan dengan jelas isterinya dalam ketakutan. Nafasnya juga tidak teratur. “Bie ada. Jangan takut”
Bunga di bawa masuk ke dalam bilik dan di dudukkan di sisi katil. “Sayang tidur sini, Bie teman.”
“Awak tidur sebelah.” Bunga menunjuk ke arah katil sebelah yang kosong.
“Ye. Dah sayang tidur.” Fazrin menurut kehendak Bunga. Dalam keadaan Bunga yang dalam keadaan tidak stabil dia tidak mahu membantah. Badan Bunga di baringkan. Selimut di tarik menutup badan isterinya. Fazrin tidak terus pergi, dia setia duduk di sisi Bunga hinggalah isterinya itu tidur.
Cup! Kucupan lembut singgah di dahi Bunga setelah Fazrin yakin Bunga sudah tidur dengan nyenyak. “I love you sayang.”
Fazrin melangkah ke katil sebelah untuk menyambung tidurnya yang terganggu.
“Ah!! Sayang sakit!” Mata Fazrin yang baru hendak terlelap terbuka luas semula.
Pehanya di pegang kerana di pijak oleh Bunga. Nasib baiklah tak kena senjata sayang oi. Boleh mandul Rin macam ni.
“Yang sayang melompat tiba-tiba kenapa.”
Bunga tidak menjawab. Badan Fazrin di tolak hingga terbaring lalu di peluk erat. Dari situ Fazrin tahu Bunga masih dalam ketakutan. Badan Bunga mengigil dengan kuat.
"Jangan takut. Bie ada.” Fazrin memeluk erat. Badan belakang Bunga di ulas lembut.
Share this novel