KERNA KAU MILIK AKU EP14

Drama Series 12429

 

Bunga buka matanya tetapi keadaan sekeliling gelap gelita. “Bie!” Fazrin di panggil.

 

“Bie!”

 

Tiba-tiba lampu terbuka dan Bunga menutup matanya kerana silau. Bunga buka mata perlahan-lahan dan melihat sekeliling. Tiada sesiapa hanya ada dia seorang di bilik yang kosong.

 

“Bie!” Fazrin di panggil sekali lagi. Badannya sudah lenguh duduk dalam keadaan terikat tangan dan kaki.

 

“Bunga Amaryllis...”

 

Seseorang memanggil Bunga dan tercari-cari Bunga dari mana suara itu datang.

 

“Cari aku atau cari suami kau? Hahahaha.”

 

“Siapa kau? Kenapa kau buat aku macam ni?” balas Bunga dengan tenang.

 

“Sebab kau, ahli keluarga aku mati. Kau rasa sebab apa kau dekat sini?”

 

“Apa aku buat?” Bunga tertanya.

 

“Kau tak buat tapi orang lain yang buat untuk kau!” Dengan tiba-tiba dinding di hadapan Bunga bertukar kaca lut sinar.

 

Kelihatan Fazrin yang lebam dan berdarah di serata badannya.

 

“Bie!” Bunga cuba mengesot untuk dekati Fazrin tetapi tidak berjaya. “Kau buat apa dekat suami Aku?!”

 

Fazrin buka matanya sedikit apabila mendengar suara Bunga. Fazrin sedikit lega apabila melihat keadaan Bunga yang tidak di apa-apa kan.

 

“Tu sedikit sahaja di bandingkan dengan apa yang suami kau pernah buat pada keluarga aku. Kan Fazrin? Hahahaha. Mungkin aku akan lakukan cara yang sama masa kau bunuh mama dan papa aku pada Bunga dan anak kau dalam perut dia ni.”

 

Fazrin mengeling kepala.

 

Kedengaran tapak kaki melangkah ke pintu bilik Bunga. Sebaik pintu di buka Bunga terkejut melihat Aliya di hadapanya. “Kau buat apa ni Aliya! Apa salah aku dan Abang kau?”

 

“Abang! Siapa Abang aku?” Aliya masuk dengan membawa dulang berisi makanan dan air. “ Abang aku dah mati dua tahun lepas.” Di letakan makanan itu di hadapan Bunga.

 

Bunga semerta memandang Fazrin yang terbaring mengadapnya. Dia tidak faham.

 

“Depan kau tu bukan Abang aku. Nama dan rupa sahaja sama. Tapi Abang aku mati pun sebab kau!” Aliya melangkah perlahan-lahan mundar Mandir di depan Bunga. “Aku pun tak tahulah kenapa semua orang nak pertahankan nyawa kau. Aku nak tahu juga apa yang buat kau berharga sangat sampai semua orang sanggup gadaikan nyawa untuk kau.” Aliya berhenti betul-betul di hadapan Bunga lalu dagu Bunga di tarik untuk memandang tepat pada wajahnya.

 

“Aku bawakan makanan untuk anak kau, mesti anak kau laparkan. Sini aku suapkan.”

 

Fazrin cuba bangun dan memberi isyarat agar Bunga tidak makan apa yang Aliya berikan kepadanya.

 

“Aku tak lapar,” balas Bunga.

 

“Tak lapar? Tapi Aku nak suapkan kau juga.” Aliya tersenyum sipi pada Bunga.

 

Makanan di dalam pinggan di ambil dan mulut Bunga di buka secara paksa dan Aliya menyumbat makanan ke dalam mulut Bunga hingga Bunga terpaksa menelan secara paksa.

 

“Stop it Aliya!” jerit Fazrin di bilik sebelah. “Bunga tak salah! Dia tak tahu apa-apa.”

 

Tangan Aliya berhenti menyumbat makanan pada mulut Bunga dan bangun melihat Fazrin. “Kalau dia tak tahu, apa kata kau ceritakan pada dia.”

 

Bunga mengambil peluang yang ada memuntahkan kembali makanan yang ada di dalam mulutnya.

 

“Tak ada apa yang aku perlu ceritakan!” balas Fazrin. “Kau sendiri yang bunuh Abang kau! Keluarga kau sendiri mulakan dulu sebab tamak! Kau ingat balik macam mana kau bunuh mak Abah Bunga! Kau ingat sendiri apa yang keluarga kau rancang dulu!” Jerit Fazrin.

 

Bunga terkejut dengan apa yang Fazrin katakan. Mak Abah dia di bunuh, bukan kemalangan seperti ibu ceritakan. Jadi selama ini Ibu tipu pada dia.

 

“Mereka berdua memang patut di bunuh! Cuba dengar sahaja apa yang kami minta, mungkin diaorang masih hidup. Hahahaha... Tapi kami tetap akan bunuh walaupun dah dapat apa yang kami nak. Kan mama papa?” Aliya memandang ke satu suduh bilik yang kosong.

 

 

..

 

 

“Ibu! Ayah!” puas Amar mencari Bunga dan Fazrin tapi kedua orang tuanya tidak di jumpai. “Ibu! Ayah!”

 

“Ibuu!!!”

 

Amar duduk di ruang tamu sendirian sambil matanya memandang ke arah barang-barang adiknya yang baru di beli selepas balik dari klinik.

 

Kenapa barang adiknya bersepar? Amar memikir sendiri. Ibu tak suka barang bersepar. Amar tolong ibu kemas. Mesti ibu suka. Barang yang di beli di bawa masuk ke dalam bilik adiknya.

 

Ketika ingin melangkah keluar Amar terpandang tong sampah, semerta dia teringat akan ibunya. “Amar tolong ibu buang sampah sekejap.”

 

“Amar buang sampah. Nanti ibu balik dah bersih,” kertas yang bersepah di lantai di punggut dan buka. “Surat ibu!” Amar baca apa yang tertulis di kertas itu.

 

“Ada nombor, mesti dia tahu Ibu pergi mana?” berlari Amar ke ruang tamu, telefon di atas meja kecik di ambil.

 

Nombor yang tertera di dail. Beberapa kali deringan akhirnya panggilan Amar di angkat.

 

“Hello.”

 

“Hello, uncle tahu mana Ibu?” Amar terus bertanya apabila terdengar suara lelaki di hujung panggilan.

 

“Ibu? Siapa ibu adik?”

 

“Ibu adik ibu Amar lah,” jawab Amar yang tidak faham dengan yang di beri. Dia ingatkan adik yang di maksudkan adalah adik yang berada di dalam perut Bunga.

 

“Ada sesiapa dekat rumah tak? Bagi uncle cakap?”

 

“Tak ada! Ayah pun tak ada.” Balas Amar lagi.

 

“Ayah pergi mana?”

 

“Tak tahu! Ayah dengan ibu tak ada. Sebab tu Amar call tanya uncle.”

 

Amar... Nama ini seperti dia pernah dengar tapi di mana. “Sekejap ye Amar.” Cuba di fikirkan kembali dan akhirnya. “Nama Ibu Amar, Bunga kan?”

 

“Ye nama Ibu Bunga.”

 

Berderau jantung Hasnol apabila ketahui anak Bunga menghubungi dirinya. Tetapi tak kan Bunga dan Fazrin tinggalkan anaknya yang masih kecil seorang diri. “Amar tahu alamat rumah Amar?”

 

“Tak,” jawab Amar sepatah.

 

“Amar pandai baca?”

 

“Pandai,”

 

“Amar pergi cari surat apa-apa sahaja. Dekat surat ada alamat. Amar bacakan untuk uncle, Uncle tunggu.”

 

Amar letak semula telefon di atas meja dan ke ruangan makan. Dia ingat di mana Bunga meletakan ke semua surat yang di terima. Laci kabinet paling atas di tarik dan sekeping surat di ambil, kemudian Amar berlari semula ke ruang tamu.

 

“Uncle!”

 

“Ye Amar. Jumpa dah?”

 

“Dah!”

 

“Amar baca dari atas sekali,” arah Hasnol. Hasnol sudah siap sedia di dalam kereta untuk ke rumah Fazrin dan Bunga.

 

 

..

 

 

Bunga terbatuk-batuk apabila terasa tekaknya panas dan perit. Air yang berada di depan matanya di pandang. Fazrin yang bercakap dengan Aliya perasaan akan perubahan pada Bunga.

 

“Sayang! Tahan! Jangan minum!”

 

Bunga mengangguk kepala. Dia cuba bertahan untuk menahan panas di kerongkongnya.

 

“Wah! Dah ada tindak balas,” Aliya pusingkan badannya untuk melihat Bunga. “Boleh tahan cepat.”

 

“Tapi aku tak nak kau mati cepat, aku nak kau terseksa, biar suami kau tengok kau dan anak kau mati perlahan-lahan. Hahahaha...”

 

“Sayang tak akan apa-apa. Percaya cakap Bie,” Fazrin cuba menyakinkan Bunga.

 

“Atau aku tunjuk macam mana aku bunuh suami kau dulu,” badan Bunga di tendang di bahagia perut sebelum melangkah keluar dari bilik Bunga.

 

Bunga menahan sakit senak di perutnya dan Fazrin dengan pantas memujuk. “Sabar sayang. Sayang tak akan apa-apa.” Sayang tak akan apa-apa. Badan Sayang ada penyembuh semua racun dan sakit kecuali mati. 

 

 

..

 

 

Hasnol melangkah masuk ke rumah Bunga, keadaan dalam rumah gelap gelita seperti tiada orang.

 

“Amar!” Nama Amar di panggil.

 

Hasnol melihat bayang seperti toyol sedang berlari di dalam rumah. Pintu utama di buka.

 

“Kenapa rumah gelap?” Tanya Hasnol sebaik kelibat Amar muncul.

 

“Tak sampai buka lampu,” jawab Amar tanpa rasa takut pada Hasnol.

 

“Uncle bukakan,” Hasnol melangkah masuk sambil melihat sekeliling. Benda pertama yang Hasnol nampak adalah pasu bunga yang pecah. Keadaannya seperti masih baru.

 

Sebaik lampu di hidupkan kelihatan rumah Fazrin yang bersepah, seperti ada pergaduhan yang berlaku. “Amar ke yang buat sepah?”

 

Amar geling kepala. “Tak! Amar bangun dah macam ni.”

 

“Dah makan?”

 

Kepala di angguk. “Dah! Amar makan coklat Ibu. Uncle nak.”

 

“Tak apa! Amar duduk dulu, uncle call kawan uncle sekejap,” kepala Amar di usap.

 

Hasnol terus menghubungi polis kerana merasa curiga dengan keadaan rumah Fazrin dan Bunga. Malah anaknya juga di tinggalkan seorang diri tanpa pengawasan orang dewasa.

 

 

Aliya masuk ke dalam bilik kurungan Fazrin dengan membawa sebatang kayu. Cermin yang menampakan Bunga di ketuk dengan jari agar Bunga memandang ke arahnya “Aku nak buat pertunjukan macam mana aku bunuh Abang aku dulu. Look here Bunga.”

 

Fazrin yang terbaring di tarik rambutnya hingga terbangun berdiri.

 

“Abang Aliya nak ubat Aliya Abang!” Aliya sudah tidak keruan dengan keadaan badannya.

 

“Stop it Aliya! Ubat yang Aliya ambik tu merosakan Aliya bukan buat Aliya lagi sihat!” Fazreen memarahi adiknya.

 

“Tapi adik tak tahan Abang! Adik nak!” Badan terikat Fazreen di goncang kuat.

 

Fazreen melihat Bunga yang tidak sedarkan diri di sebelahnya. Dia perlu fikirkan cara untuk selamatkan diri dan Bunga. “Buka ikatan Abang, nanti Abang bagi ubat dekat Aliya.”

 

Dengar tawaran Fazreen pantas Aliya buka ikatan di tangan dan kaki abangnya itu. Sebaik ikatan terlerai Fazreen cuba membuka ikatan Bunga pula.

 

“Abang tipu Aliya!” Badan Fazreen di tarik untuk di jauhkan dari Bunga.

 

Fazreen terus menepis Aliya hingga terjatuh. “Abang tipu Aliya! Aliya nak ubat Aliya!”

 

Buk!

 

Bunga memejamkan matanya sebaik melihat kepala Fazrin di pukul dengan kuat sehingga jatuh dan tidak sedarkan diri. Menangis Bunga melihat suaminya di perlakukan begitu.

 

“Macam nilah aku bunuh Abang aku!” Aliya tersenyum puas hati. “Lepas ni giliran kau pula,” Bunga di pandang dengan sinis.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience