KERNA KAU MILIK AKU 1

Drama Series 12503

"Ibu, Bunga keluar balik lambat!" Tergopoh gapah Bunga mencapai kunci kereta dan berlari keluar. Sebaik masuk ke dalam kereta, engin di hidupkan dan kereta bergerak dengan pantas meninggalkan perkarangan rumah.

 

Telefon bimbit di tekan dengan pantas. Kemudian menunggu panggilannya di angkat. "Kak betul ke gambar kau bagi ni?"

 

"Betul! tak kan akak nak tipu kau Bunga. Abang akak ada sekali dengan akak. Dia pun nampak." Ina menyakinkan Bunga dengan kata-katanya.

 

"Kak, aku on the way pergi sana. Boleh tak akak dengan suami akak ikut diaorang." Sekarang ini sememangnya Bunga memerlukan pertolongan. Dia tidak tahu apa yang perlu dia lakukan.

 

"Bunga! Jauh, tak perlu datang. Nanti akak dengan Abang akak cuba selesaikan untuk pihak Bunga. Apa-apa akak call Bunga bagitahu perkembangan." Ina melihat wajah suaminya. Dia merasa serba salah.

 

"Tak kak! Aku nak tengok dengan mata Aku sendiri baru aku percaya. Kalau betul dia, sampai hati dia buat saya macam ni. ish! ish!" Akhirnya tangisan yang di tahan terlepas jua. "Lagi berapa hari kak kitaorang nak nikah. Sampai hati dia buat macam ni. Apa salah aku kak!" Bunga menangis teresak-esak.

 

"Sabar Bunga, semua ni dugaan untuk Bunga, sebab Allah tahu Bunga boleh hadapi. Kalau Bunga tekad datang sini, datanglah akak tak boleh halang. Kalau Bunga penat letih rehat tepi. Akak tunggu Bunga dekat sini," Ina tahu bertapa kecewa Bunga ketika ini. Tapi dia tidak dapat menolong apa-apa.

 

Sebuah motor menyusur mengikut kereta yang di pandu oleh Bunga dari jarak jauh. Sayang kalut sangat nak pergi mana? Sayang nak kawin tak lama lagi. Jangan buat orang lain risaukan sayang. Sayang berdarah manis tak elok berjalan jauh.

 

..

 

 

"Mana kak?" Nafas Bunga turun naik dengan laju sebaik turun dari kereta kerana cuba menahan tangis dan marah.

 

"Akak nampak diaorang masuk rumah depan tu." Sebaik dapat jawapan laju Bunga berjalan ke rumah yang di tunjuk oleh sahabatnya itu. 

 

"Bunga ! tunggu!" Bunga sempat di tahan. Kedua bahu Bunga di pegang erat. "Cuba Bunga tenangkan diri dulu. Tarik nafas dalam-dalam. Lepas tu hembuskan perlahan-lahan. Tak guna Bunga marah-marah." Ina cuba menenangkan Bunga.

 

"Abang dah panggil orang pejabat agama. Bunga tunggu sini sampai orang pejabat agama serbu, baru kita ikut masuk."

 

Bunha mengangguk setuju. Ya Allah. Ya Tuhan ku. Ku bermohon bukan tunangku di dalam. Aku bermohon bukan dia Ya Allah.

 

Broommm...

 

Sebuah motor laju melintasi tempat Bunga berdiri dan berhenti di sebalik pokok agar tiada sesiapa dapat melihatnya. Kenapa sayang perlu bersedih untuk orang yang tidak berguna untuk sayang. Sesungguhnya dia bukan terbaik untuk sayang. Terimalah ujian sayang ini dengan hati yang tenang.

 

 

..

 

 

Air mata yang mengalir di kesat dengan jari jemari. Tangan sahabatnya di pegang erat sebagai pemberi semangat pada hati yang sudah tergores tercalar. Betul kata Rin jangan percayakan lelaki walaupun dia tunang kita. Walaupun esok kau akan berkahwin dengan dia dan walaupun dia adalah suami kita.

 

Ya Allah, aku bersyukur tidak menanam perasaan sayang aku sepenuhnya pada dia lagi. Lapangkan dada ku untuk menerima ujian mu ini Ya Allah.

 

 

"Patut kau cermin diri kau dulu, sebelum kejar Aku! Gendut ada hati nak kan aku. Hahahaha." Hasnol bercakap dengan nada mengejek, tangan pantas merangkul pinggang Husna dengan lebih erat. "Kau tengok sendiri dan compare kan kau dengan wife aku. Sekali pandang dah tahu siapa bidadari siapa tahi lembu. Terima kasih juga dekat kau, Aku dapat kawin free dengan buah hati aku"

 

"Awak!" Mata Bunga sudah kemerahan menahan sedih dan merasa malu memandang tepat pada Hasnol dan Husna secara bergilir. Dia yang buat salah tapi kenapa Aku yang rasa malu untuk memandang wajah dia Ya Allah. Kuatkan kesabaran Aku Ya Allah.

 

"Muka macam tahi lembu ada hati nak dengan you kan sayang," Husna menjeling dan tersenyum mengejek memandang Bunga. Tangannya juga mengusap lembut pipi Hasnol yang sedang erat merangkul pinggangnya.

 

"Jantan sial!" Suara Bunga tinggi melangit memarahi Hasnol. "Kalau kau tak sukakan aku! kenapa kau tunang dengan aku sial!. Kau ingat aku hadap ke muka hantu cina kerepot kau tu."

 

"Sabar Bunga." Ina cuba menenangkan Siti. Kedua bahu Siti di pegang erat dari sisi agar dapat menahan Siti dari menyerang Hasnol.

 

“Awak nama dia Bunga ke? Bunga tahi ayam.” Husna mengejek Bunga.

 

“Bukan... Bunga tahi lembu ni. Bunga tahi ayam masih cantik sayang,” balas Hasnol sambil tersenyum sinis memandang Bunga.

 

Dada Bunga berombak kuat kerana kesabarannya sudah berada di tahap terakhir. Penumbuk sudah tergengam erat menunggu masa untuk dilepaskan sahaja. “Woi hantu cina, perangai kau tu lebih teruk dari hantu cina tahu tak.”

 

"Awak dia kata muka you muka hantu cina." Husna mengadu dengan tergedik.

 

"Hahahaha... biarlah sayang. Hantu cina I handsome. Dia muka manusia pun serupa macam tahi lembu, sekarang siapa yang lebih baik."

 

"Laki sial!" Cincin di jari manis di cabut dengan kasar lalu di baling ke muka Hasnol. Tapi tanpa sempat Bunga berbuat begitu satu tangan telah menghalangnya.

 

"Sayang," suara lembut menyapa dan menarik tangan Bunga.

 

Bunga melihat susuk tubuh pemilik suara itu dengan terkejut. "Rin..." Suara yang Bunga seperti tidak kedengaran.

 

"Ye sayang... Ni Rin, Bie sayang. suara sayang sampai tak ada. Itulah jerit kuat sangat sampai sebatu Bie boleh dengar," mata Fazrin berair melihat wajah Bunga di hadapan matanya. Gembira tak hingga tidak dapat di ungkap dengan kata-kata. Makin dekat makin comel buah hati Rin.

 

"Maafkan Bie sebab buat sayang tunggu lama." Badan Bunga di tarik untuk masuk ke dalam pelukan dan Fazrin berbisik. "Maafkan Bie, Bie tak tahan tengok sayang. Please jangan meronta sayang, bagi Bie hilangkan rindu Bie."

 

Badan Bunga yang meronta, serta merta terdiam kaku, kerana Bunga tahu dia tidak dapat lawan kekuatan Fazrin yang dua kali ganda besar dan tinggi daripadanya.

 

"Cup!" Satu kucupan hinggap di pipi Bunga.

 

BUK!

 

Satu tumbukan padu juga melayang hinggap di pipi Fazrin.

 

Cepat-cepat Bunga mengesat pipinya untuk menghilang kesan kucupan Fazrin. Begitu juga Fazrin mengusap pipinya kerana sakit di tumbuk oleh Bunga.

 

"Kau gatal sangat peluk, cium Aku kenapa! Laki semua..." Pantas mulut Bunga di tutup dengan telapak tangannya.

 

"Dah sayang. Maaf, kan Bie dah cakap Bie rindu sangat dengan sayang." Fazrin tetap tersenyum manis memandang Bunga yang sedang berikannya jelingan maut. "Ni cincin tunang sayang kan?" Cincin di dalam gengaman tangan Bunga di ambil. "Sayang kawin dengan Bie saja."

 

Tanpa menunggu jawapan dari Bunga, Fazrin memulangkan cincin tunang Bunga kepada Hasnol. "Terima kasih jagakan bakal isteri aku dengan baik Bro. Biar muka macam tahi lembu daripada cantik seperti rama-rama yang cantiknya hanya seketika. Tahi lembu ni boleh di buat baja untuk dapatkan hasil yang lain, yang mungkin lebih cantik dan berguna dari rama-rama." Bahu Hasnol di tepuk sekali sebelum Fazrin melangkah pergi.

 

Hasnol tersenyum luka memandang Bunga  yang melangkah pergi meninggalkannya. Cinta tak semestinya untuk di miliki. Berbahagialah Bunga dengan orang lebih berhak untuk Bunga. “Selesai dah urusan kita. Bayaran untuk selebihnya aku transfer.” Hasnol bangun dari duduknya dan melangkah pergi.

 

"Kak, Abang. Saya hantar Bunga pulang. Dah sayang ikut Bie balik." Fazrin memandang Ina dan suaminya sekilas sebelum tangan Bunga di tarik untuk mengikutnya pergi.

 

 

Setelah Bunga dan Fazrin tidak kelihatan, Hasnol mendekati Ina dan suaminya. “Terima kasih akak abang tolong saya.” Suara Hasnol bergetar apabila memikirkan tiada lagi Bunga di sisinya untuk selamanya. Perpisahan sangat menyakitkan tapi dia perlu kuatkan diri untuk orang yang dia sayang.

 

“Sabar As, Insyallah ada yang lebih baik untuk As.” Suami Ina cuba untuk memujuk sambil memeluk tubuh Hasnol.

 

“Bagi saya, Bunga yang terbaik walaupun Bunga kadang garang bak singa.” Hasnol tergelak kecil apabila terlintas wajah garang Bunga di fikirannya. “Saya pergi dulu.” Tiada sesiapa boleh gantikan tempat Bunga di sisi As. Hanya Bunga yang terpahat di hati As.

 

 

Hasnol mencari Fazrin di dalam bilik rakannya itu tetapi tidak kelihatan. Sekeping gambar di atas meja di ambil untuk melihat. Hasnol menduga pasti gambar itu adalah gambar gadis yang Fazrin ceritakan padanya sebelum ini.

 

Gadis yang Fazrin suka tetapi terpaksa di lepaskan untuk kebaikan gadis itu. Hasnol yang melihat gambar itu semerta gambar di tangannya itu terlepas dan jatuh ke tanah.

 

BUNGA AMARYLLIS

 

...

 

 

Di dalam kereta, perjalanan pulang ke rumah Bunga.

 

"Bie nak tuntut janji Bie. Genap seminggu lagi apa yang Bie katakan dulu akan tiba." Fazrin menjeling ke arah Bunga yang sedang menangis teresak-esak.

 

"Janji apa? Awak jangan mengarut boleh tak?"

 

"Janji Bie akan kawin dengan sayang, dalam masa setahun jika sayang tiada sesiapa, dan bukan milik sesiapa. Bie akan pinang sayang, Bie akan jadi suami sayang." Fazrin bercakap dengan nada serious.

 

Tangisan Bunga terhenti semerta. "Awak ni tak betul apa? Saya baru jumpa awak berapa kali sahaja. Berapa kali! Awak ingat kawin tu macam main pondok-pondok."

 

“Yes... Pondok kita berdua. Pondok yang kita hiasi bersama. Suka duka bersama. Dan yang paling penting di penuhi dengan kasih sayang kita berdua hingga tidak akan pernah jemu untuk sayang tinggal di dalamnya.”

 

“No! Saya tak...”

 

“Yes! Sayang akan jadi permaisuri Bie, walau apa pun yang berlaku.” Fazrin memotong bicara Bunga dengan suara yang agak kuat. “Kita kenal satu sama lain lepas kita berkahwin. Bie tahu sayang akan jatuh cinta dengan Bie. Macam Bie jatuh cinta dengan sayang sejak kita bertemu kali pertama.” Fazrin tersenyum dalam diam. Dari mula kita berkenalan hinggalah sekarang. Tak pernah berubah betul prinsip sayang untuk bencikan Rin.

 

"Saya tak nak kawin dengan awak! Laki gatal! Miang!."

 

Sriikk!

 

Kereta berhenti dengan mengejut. Fazrin buka tali pinggang yang di pakai lalu dekatkan diri pada Bunga.

 

"Tepi! Tolong!!!"

 

"Tolo!! erm ermm," pantas Fazrin menutup mulut Bunga dengan tangannya.

 

"Sayang kata Bie gatal, miang.  Ni Bie jadi macam yang sayang nak," tangan yang menutup mulut Bunga bertukar dengan bibir Fazrin. Kedua tangan Bunga di pegang dengan rapi agar tidak menganggu ciuman yang di beri.

 

Beberapa saat kemudian...

 

"Manis, lembut dan sedap. Hari-hari ye Bie nak sayang kiss Bie," Ibu jari Fazrin mengesat air mata Bunga yang mengalir. Dia jatuh kecian tetapi dia tidak boleh mengawal perasaannya.

 

"Aku benci kau! Tepi!" Tangan Fazrin di tepis dengan kasar. Pintu kereta cuba di buka tetapi sempat di halang oleh Fazrin.

 

Maafkan Rin sayang, Rin tak dapat tahan perasaan Rin bila berhadapan dengan sayang. Sebab itu Rin larikan diri dari sayang sebelum ini. "Sayang tiada pilihan lain. Sayang nak keluarga sayang malu sebab majlis sayang di batalkan atau sayang kawin dengan Bie dan tiada apa-apa yang berlaku pada keluarga sayang."

 

"Berapa kali nak Aku cakap dengan kau baru kau faham!? Aku tak nak kawin dengan kau!" Kemarahan Bunga hingga membuatkan badannya mengigil.

 

"Nanti Bie cakap sendiri dengan family sayang," Fazrin balas kemarahan Bunga dengan tenang seperti tiada apa-apa yang berlaku.

 

 

..

 

Saadah yang sedang menyambut kepulangan Bunga terkejut melihat tetamu yang tidak di undang. Wajah Fazrin di lihat dengan penuh kerisauan sebelum beralih pandangan ke arah anaknya dengan penuh tanda tanya.

 

“Walau apa pun yang terjadi. Bunga tak nak kawin dengan dia ni.” Bunga  bersuara sebelum melangkah masuk ke dalam rumah dan menghilangkan diri dari pandangan mata Fazrin dan Saadah.

 

Saadah yang masih lagi terkejut dengan kehadiran Fazrin cuba berbuat seperti biasa.

 

“Assalamualaikum Ibu. Ibu sihat?”

 

“Waalaikumusalam. Sihat alhamdulilah. Rin sihat? Lama tak jumpa Rin.”

 

“Alhamdulilah. Boleh Rin masuk. Ada sesuatu Rin hendak bincangkan dengan ibu,” walaupun Fazrin kelihatan tenang tetapi hatinya tetap mempunyai kegusaran.

 

“Masuklah,” Saadah menjemput Fazrin masuk walaupun dia sebenarnya agak keberatan.

 

Fazrin mengikut langkah Saadah masuk ke dalam rumah. Keadaan sekeliling di lihat. “Rumah ibu tak berubah. Tetap sama seperti dulu.”

 

“Ye tetap sama kecuali isi di dalamnya semakin berkurangan.”

 

Fazrin tersentap dengan kata Saadah. “Maafkan Rin Ibu. Sebab Rin mak abah pergi.”

 

Wajah Saadah berubah suram. “Jangan salahkan diri kamu Rin. Ajal maut semua ketentuan Ilahi. Mungkin kamu hanyalah asbab atas kematian mereka. Kamu duduk dulu. Ibu buatkan air untuk kamu,” Saadah bangun berdiri dan melangkah ke dapur tapi terhenti selepas beberapa langkah. “Bunga masih tak tahu. Ibu harap Rin tak ceritakan apa-apa pada Bunga. Ibu tak nak Bunga sedih.” Habis berkata Saadah meneruskan langkahnya sambil mengesat air mata yang mengalir keluar. Kenangan setahun yang lalu terimbau diingatanya.

 

..

 

“Aku terima nikahnya Bunga Amaryllis Binti Armada Sakti dengan emas kawin seutas gelang emas.”

 

Sebaik Qabul yang di lafaz di sahkan oleh saksi, Fazrin berkali-kali mengucap syukur di dalam hatinya ke atas Ilahi. Sayang jadi milik Rin semula. Rin tidak akan lepaskan Sayang lagi walau apa pun rintangan yang berlaku.

 

"Apa pandang suami macam tu Bunga? salam cium tangan suami tu." Teguran yang di terima tidak di hiraukan malah lagi tajam jelingan yang di beri.

 

Fazrin tersenyum sengit apabila Bunga di marahi oleh Ibunya sendiri. Tipu jika Bunga tidak tergoda dengan senyuman manis dari wajah sempurna Fazrin. Tapi wajahnya tetap di masamkan. Egonya perlu di pertahankan. Kenapa Ibu tak dengar permintaan Bunga. Sampai hati Ibu kawinkan Bunga dengan orang gila seks ni.

 

"Tak apa Ibu. Rin tak kisah. Pinjam kepala sat sayang." Kedua tangan Fazrin melekat di kedua sisi kepala Bunga. Kedudukan kepala Bunga di perbetulkan mengadap dirinya, sebelum doa di baca dan di hembuskan di ubun-ubun Bunga.

 

Insyallah sayang akan jadi isteri yang solehah. Isteri yang taat perintah Allah. Dan menjadi ibu yang terbaik untuk zuriat kita nanti. Amin.

 

Ya Allah. Pegang jiwaku, perasaanku, cintaku, sayangku hanya kepada satu satunya isteriku, Bunga Amaryllis. Amin

 

 

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience