Air buah ikat tepi di sedut dengan penuh lazat sambil melihat permandangan cantik kawasan sawah padi.
“Sayang nak turun tak ambik gambar?” Tanya Fazrin. Tetapi tiada sahutan dari Bunga. Merajuk lagi isteri Rin ni. “Sayang...” Fazrin menoleh dan melihat Bunga sudah tertidur dengan bungkusan air buah yang sudah kosong.
Dah puas dia tidur. Rin tengokan permandangan untuk sayanglah. Fazrin menyedut air buah di tangannya. Kereta di pandu perlahan sambil menikmati permandangan.
Kemudian Fazrin menghentikan keretanya di bawah pokok yang redup. Wajah Bunga di pandang dengan penuh kasih sayang. Perut Bunga di usap lembut. “Anak ayah rehat sekejap ye. Nanti Ibu bangun baru berparti semula,”
Tingkap kereta di buka sedikit dan Fazrin turut menyandarkan kepala untuk berehat seketika.
..
Setiap kali Bunga berhenti langkah kaki Fazrin turut berhenti. Bagai anjing yang di ikat tali di lehernya. Tapi sedikit berbeza dengan Fazrin kerana Fazrin ikut dari jarak yang jauh.
“Lagi satu ni, lelaki pakai mask tu ambik,” Bunga meninggalkan pesanan sebelum melangkah pergi.
Lepas Bunga pergi, pantas kaki Fazrin melangkah ke kaunter pengambilan air. Sepantas kilat tangan Fazrin mengaut air yang sudah Bunga pesankan untuk nya.
Air di sedut sambil melangkah mengikut Bunga. Lidah Fazrin terus terkeluar apabila menyedut air itu. Pahit! Tapi kerana Bunga yang belikan dia tetap minum hingga habis.
“Awak nak makan apa?”
“Ikut Bunga,” balas Fazrin dengan suara yang perlahan.
“Ikut Bunga, ikut Bunga. Baik tak yah ajak keluar kalau semua ikut saya,” marah Bunga
“Rin tak... Tak pernah kelu..ar, ja..jadi Rin tak tahu,” terus tergagap Fazrin lepas di marahi Bunga.
“Sini!” panggil Bunga.
Pantas kaki Fazrin melangkah dekati Bunga. Sebaik tiba, hoodie Fazrin di tarik ke belakang, earphone yang menyumbat telinga di ambil dan di buang.
Fazrin terus memalingkan wajahnya dari pandangan mata Bunga. “Pandang saya!” Fazrin terus menoleh memandang Bunga tetapi pantas matanya memandang ke tempat lain.
“Ha... macam ni kan bagus,” Bunga kaut tangan Fazrin dan berjalan sama. “Bunga ada boyfriend handsome. Boleh Bunga tayang dékat semua orang.”
Fazrin tersenyum suka. Rin boyfriend Bunga.
Medan selera di dalam mall menjadi tempat pilihan Bunga untuk makan tengah harinya. Menu di lihat setiap kedai dan Fazrin turut di tarik untuk ikutnya.
“Awak nak makan sizzling tak?”
“Bunga suka, kita makan tu,” balas Fazrin.
“Okay, Abang order Yee mee chicken mushroom dua, satu tambah telur separuh masak.” Bunga membuat pesanan.
“Awak tak nak telur?” Fazrin tahu, telur yang di tambah oleh Bunga adalah untuknya. Kerana itu makanan kegemaran Fazrin.
“Tak nak, saya tak suka telur.”
Fazrin mengangguk kepala. Bunga tak suka telur. “Lagi awak tak suka apa?”
“Semua suka, paling suka ayam goreng tapi abah tak bagi makan banyak, tak elok untuk Bunga abah cakap.”
“Bunga nak ayam goreng, Rin belikan,”
“Nak tapi satu je,” Bunga melepaskan pautannya pada lengan Fazrin. Laju kaki Fazrin melangkah ke gerai yang menjual ayam goreng.
Melihat Bunga sudah meletakan makanan yang sudah siap di atas meja, Fazrin turut melangkah ke meja itu. Bunga berpatah balik untuk mengambil makanan Fazrin tetapi makanan terlebih dahulu di ambil oleh orang lain.
“Sorry tu makanan I,” tegur Bunga.
“Ada aku kisah,” balas lelaki itu sambil memandang wajah Bunga dengan senyuman kereknya.
“Masalah I yang kisah.”
Buk! Satu tumbukan Bunga beri di pipi lelaki itu. Dulang yang berisi yeemee habis tumpah di lantai. “Aku tengah tak ada mood, sibuk cari pasal dengan aku jantan ni! Kalau tak ada duit cakap nak jangan nak mencuri. Ni tunjuk muka kerek kau pula.”
Perempuan ni selamber tumbuk muka aku. Lain dari yang lain. Selalu perempuan tengok muka aku terus jatuh hati.
“Bunga tak apa-apa,” Badan Bunga di periksa oleh Fazrin.
“Tak tapi mee awak habis tumpah dah,” aduh Bunga.
“Tak apa yang penting Bunga tak apa-apa,” balas Fazrin penuh perihatin.
Lelaki itu terkejut apabila melihat wajah Fazrin. Serupa dengannya.
“Apa tengok-tengok, kau nak aku belasah kau lagi,” Bunga masih lagi tidak puas hati. Lagi-lagi lelaki itu memerhatikan Fazrin dari atas ke bawah. “Jomlah awak,” tangan Fazrin di tarik. “Dia tengok awak lain macam, gay agaknya.”
Serupa, sama hanya berbeza pada bentuk badan, Lelaki itu lebih tegap dan besar sedikit darinya.
“Sebab kau!”
Buk!
Buk!
Buk!
Wajah Fazreen di tumbuk berkali-kali. “Sebab kau muncul, aku tak dapat Bunga! Sial!”
Buk!
Buk!
Buk!
BUK!
“Puas dah mimpi belasah orang,” Bunga memeluk tubuh dan melihat Fazrin dengan pandangan marah.
Fazrin mengusap pipinya yang sakit, Sayang ni tak pernah berubah. “Dah,” terkejut Fazrin dari lena apabila pipinya di tumbuk oleh Bunga.
“Nasib baik saya ni sempat elak! Kalau saya kena penumbuk awak tadi lagi teruk saya kerjakan awak!” marah Bunga.
“Maaf Bie tak sedar.”
“Dah balik!”
..
Bunga bernafas dengan dalam dan di hembus perlahan-lahan. Dia sudah penat. Ini masuk kali ke tiga, belum sampai setahun pun. Dugaan betul sepanjang dia mengandung.
“Tak apa, duduk sini dulu, tunggu sampai Rin balik,” Bunga bangun dari duduknya dan ke dapur. Coklat kegemaran yang masih ada di ambil. Sepanjang dia mengandung tidak terusik satu pun coklat itu kerana setiap kali bau coklat pasti dia ingin muntah.
“Adik ni, auntie ada coklat,” Bunga berjalan semula ke ruang tamu dengan membawa sebalang coklat.
Sebalang di berikan kepada kanak-kanak yang di katakan anak Fazrin. Bunga tidak nafikan wajah anak kecil itu mempunyai iras Fazrin.
“Akak buatlah apa yang patut, saya tak larat nak layan akak macam tetamu. Kalau akak nak rehat bilik tamu tepi tu, masuklah rehat,” itulah Bunga, dia malas hendak serabutkan kepala dengan masalah Fazrin.
Amalina yang keciankan keadaan Bunga yang sedang sarat, di turutkan sahaja. Jika dia tahu isteri Fazrin sedang sarat mengandung dia tak akan datang ke sini. “Amar jom ikut mama,”
Kepala di gelingkan. Mulutnya sudah penuh dengan coklat yang Bunga beri, manakala matanya memandang ke arah TV yang sedang menyala.
“Tak apa kak, biarlah Amar tengok TV. Akak pergi rehat, saya tolong tengokkan Amar.”
“Terima kasih Bunga.” Amalina terus melangkah ke bilik tamu yang Bunga maksudkan.
Sebaik Amalina masuk ke dalam bilik, Bunga terus mengadap telefon pintarnya. Aplikasi grab food di buka. Nak bagi makan apa diaorang ni. “Amar nak makan apa?”
“Ayam goreng,” balas Amar ringkas.
“Amar macam auntie la, suka ayam goreng. Kita beli KFC,” pantas jari Bunga menekan papan skrin untuk membuat pesanan. “Siap! Amar nanti ada bunyi lonceng tolong auntie ambikan ayam goreng ye.”
Amar mengangguk kepala.
Senang ada anak macam ni, boleh di harap.
Amar menukar duduk di sebelah Bunga kerana TV kelihatan lebih jelas di situ. Perut Bunga yang bergerak-gerak di perhatikan. “Dalam perut auntie ada adik Amar ke? Amar dah lama nak adik.”
Bunga mengangguk kepala. “Cuba Amar pegang,” Tangan kecil Amar di letakan di perutnya.
“Tak sakit ke aunty, adik tendang?,” tanya Amar lagi.
“Tak Amar, adik Amar ni suka berparti dalam perut ibu,”
“Bestnya, Amar nak join, mesti banyak gula-gula kan auntie.”
“Eh! Amar tak boleh join. Amar dah besar, mana muat nak masuk dalam perut auntie,” risau Bunga jika tiba-tiba Amar minta masuk ke dalam perutnya. Itulah dengan budak-budak jawab jangan loya buruk sangat.
“Tak apalah, nanti adik dah keluar kita buat parti dekat luar je. Kan aunty? Amar sayang adik,” perut Bunga di cium.
Melihat perilaku Amar, sebiji seperti Fazrin. Kalau betul anak Fazrin, dia terima sahaja dengan redha. Sebab Bunga cuba berfikir ini semua adalah dugaan kerana perangai buruk suaminya dahulu.
..
Fazrin pulang dari kerja di sambut dengan pelukan dari Amar. “Lama Amar tunggu ayah.”
“Ah! Ayah!” Fazrin tidak tahu apa-apa terkejut apabila dia di gelar ayah oleh budak yang tidak kenali. “Ayah pergi kerja,” tapi Fazrin layankan sahaja mungkin tersilap orang budak ni.
“Ayah, auntie kata adik Amar hari-hari berparti dalam perut auntie, nanti adik keluar kita buat parti macam adik ye. Amar nak masuk perut auntie tapi tak muat sebab Amar dah besar,” Amar bercerita sambil di dukung oleh Fazrin untuk di bawa masuk ke dalam rumah.
Budak ni mengarut sebiji macam... Fazrin memandang ke arah Bunga yang sedang duduk bersenang di hadapan TV.
Bunga turut memandang Fazrin dan Amar bergilir. Memang sebiji copy paste muka Amar dan Fazrin. Mulut banyak cakap pun sama. Anak Ibu, ibu ada anak tirilah nampaknya. Baby keluar terus ada abang.
“Anak siapa ni sayang?” Amar di letakan ke bawah.
“Awak tengok muka dia serupa siapa?” tanya Bunga semula.
“Muka Bie,” Fazrin jawab dengan jujur.
“Dah tahu tanya lagi, nak kena tumbuk.” Marah Bunga.
Fazrin terkejut, terbeliak biji mata dia. “Tapi. Tapi... Bie rasa kita kawin baru setahun lebih sayang. Berapa lama Bie tidur semalam. Jadi anak pertama kita lelaki bukan perempuan macam ibu cakap.”
Bunga menjeling sahaja Fazrin yang mula mengarut.
“Fazrin!” Amalina yang muncul dari dapur menegur Fazrin dari belakang.
“Ye saya,” Fazrin menoleh dan lagi sekali terkejut. “Sayang sejak bila kita ambil orang gaji? Kenapa Bie tak ingat apa-apa.”
“Saya bukan orang gaji, saya isteri awak Rin,”
“Ah!” lagi sekali Fazrin terkejut hingga hampir terkeluar biji matanya. “Sayang sejak bila Bie nikah lagi ni?” Tangan Bunga di goncang. Dia perlukan perjelasan.
Apa yang berlaku ni. Aku dekat tahun berapa ni. Aku mimpi ngeri kot. Kalau aku bangun mesti kembali seperti biasa. Fazrin mengengam penumbuk dan mukanya di tumbuk sendiri lalu rebah tidak sedarkan diri.
Share this novel