KERNA KAU MILIK AKU EP9

Drama Series 12429

Tap tap tap

Keadaan yang sunyi sepi membuatkan tapak kaki melangkah kedengaran dengan jelas. Tangan yang melakukan kerja semerta terhenti. Wajahnya di paling ke sisi agar tiada sesiapa dapat melihat wajahnya dengan jelas.

“Abah bawakan Rin nasi lemak,” Suara lelaki separa abad kedengaran di cuping telinga Fazrin. Fazrin melihat dari leretan matanya sahaja.

“Terima kasih,” Fazrin pantas memusingkan kepalanya apabila lelaki itu datang dekatinya.

“Progess bagaimana?” Lelaki bertanya sambil melihat report yang di tulis oleh Fazrin.

“Okay. Perlu cari penderma sahaja untuk process uji kaji,” balas Fazrin tanpa melihat wajah lelaki itu.

“Ambil darah abah,” Lelaki itu menawarkan diri.

“Untuk uji pada siapa?” Tanya Fazrin lagi.

“Bunga!”

Fazrin memalingkan sedikit wajahnya kerana terkejut. Lalu Fazrin mengeling kepalanya. “Tak boleh,” ujian pertama adalah ujian yang berisiko tinggi.

“Tiada pilihan Rin. Tiada sesiapa yang mahu mengambil risiko walaupun bayaran tinggi di beri,” lelaki tua itu hanya dapat melihat wajah tepi Fazrin sahaja. “Esok abah bawa bunga, kamu siap sedia.”

Fazrin geling kepala tidak mahu Bunga di jadikan uji kaji. Walaupun dia tidak pernah berjumpa dengan Bunga, dia tidak mahu membuat nyawa gadis itu melayang begitu sahaja. “Abah sanggup beri risiko anak sendiri. Abah sanggup kehilangan anak abah! Abah sanggup tengok anak abah hilang kewarasan!”

“Kerana abah yakin, Rin akan berjaya walaupun hanya sekali percubaan,” Armada tersenyum sambil memegang bahu Fazrin.

..

Bunga berjalan dengan senang hati ke makmal milik orang tuanya. Ini kali pertama dia datang kerana Armada dan Melati tidak mengizinkan dia ke sini. Mereka berdua berkata tempat ini mempunyai risiko yang pelbagai kerana banyak bakteria yang di simpan.

Bunga juga tahu akan uji kaji yang akan dia jalankan, jika apa yang di lalui boleh menyelamatkan orang lain pada masa depan dia dengan senang hati membantu orang tuanya.

Fazrin melihat Bunga melalui pandangan mata tepinya sahaja. Setiap kali Bunga menyentuh barang miliknya, Fazrin merasa berdebar. Dia takut jika barang-barang miliknya pecah atau rosak.

“Fuyoo.. Abang ni yang boleh tengok sampai ada ulat kecik gerak-gerak tu kan,” Siti memegang microscope, kemudian di lihat pada pada lubang yang tersedia. “Tak ada apa pun.”

“Memang la tak ada apa. Tak letak apa-apa,” Firdaus geling kepala dengan pertanyaan-pertanyaan pelik Bunga dari tadi. Nama sahaja anak saintis tapi satu benda tak tahu. Firdaus mengambil sebutir nasi yang berada di dalam bekas makanannya lalu di letakan di dalam piring microscope. “Dah tengok. Putar tombol ni depan belakang kalau nak lagi dekat atau jauh.”

“Tak ada ulat pun abang?!” Bunga tidak berpuas hati.

“Memanglah, kalau ada ulat setiap kali orang makan nasi sakit perut,” jawab Firdaus. Kacau betul aku nak makan lah budak ni. Baik kau tak payah bawa nasi untuk aku kalau dari tadi mulut tak henti bertanya.

“Bunga nak yang ada ulat. Tukarlah benda lain Abang.”

“Rin kau bagi ulat dekat budak ni,” Firdaus sudah malas hendak melayan Bunga. Macam budak sekolah buat lawatan.

“Tak ada,” balas Fazrin ringkas.

“Dengar tu!”

“Kedekut!” Bunga merajuk dan keluar dari bilik Fazrin dan Firdaus dengan menghempas pintu dengan kuat.

“Ish! Budak ni. Nasib baiklah tak pecah pintu ni. Nasib baik lah kau anak prof. Kalau anak mak cik cleaner dah lama aku pial telinga tu,” Firdaus membebel sendiri.

Firdaus berpaling ke arah Fazrin pula dan pelik melihat Fazrin menyusun barangnya ke dalam kotak. “Sejak bila kau berhenti.”

“Aku nak selamatkan barang aku dari Bunga,” balas Fazrin.

Ni lagi sorang. Kenapa aku rasa aku sorang sahaja yang normal dekat sini.

..

Semua orang lain yang menanti ubat di cucuk masuk ke dalam badan Bunga sudah penat menunggu. Setiap kali Fazrin ingin mencucuk ubat di lengan Bunga setiap kali itu juga terbatal.

Bunga yang menanti ubat di cucuk pada badannya juga merasa penat menunggu. “Cepatlah cucuk!”

“Pandang sana!” arah Fazrin tanpa melihat Bunga.

“Saya nak tengok jarum tu cucuk. Kenapa nak pandang sana,” balas Bunga tidak puas hati.

Fazrin memusingkan badannya membelakangi Bunga.

“Cepatlah! Awak dah kenapa tiba-tiba merajuk,” Bunga yang tidak tahu sikap sebenar Fazrin telah salah faham.

“Rin tak suka orang tengok muka dia. Bunga pandang tepi,” Armada bersuara dari belakang. Dia telah penat menunggu di luar tetapi tiada apa yang berlaku.

“Bunga bukan tengok muka dia pun. Bunga tengok jarum,” balas Bunga semula. “Awak ingat awak Salman Khan apa, sampai saya nak hadap sangat tengok muka awak.”

“Jaga bahasa tu Bunga.” Melati pula menegur anaknya.

Armada memberi isyarat pada pekerja perempuannya untuk masuk. “Pegang!”

Kedua kaki dan tangan Bunga di pegang kejap, manakala Armada memalingkan kepala anaknya agar bertentangan dengan Fazrin. “Rin cepat!”

“Tak nak! Bunga nak tengok!” Bunga meronta-ronta minta di lepaskan. “Ah!! Bunga nak jadi Hulk. Belasah abah, belasah semua orang! Bunga nak tengok! Nak tengok!!!”

Pantas Fazrin bertindak memasukan ubat ke dalam badan Bunga. “Dah!”

Semerta badan Bunga di lepaskan.

“Hish! Hish! Tak nak kawan Abah! Tepi!” Kerusi Fazrin di tendang sahaja hingga terpusing-pusing Fazrin di buatnya. Bunga keluar dengan dari bilik kaca itu dengan keadaan marah.

Firdaus yang tengok dari tepi hampir tergelak. Nak jadi Hulk tu. Tak padan dengan perempuan betul budak ni.

Fazrin mendongak ke langit tiba-tiba terasa dunianya berputar-putar. Terik matahari membuatkan dia berfatamorga.

“Rin, dah lah tu. Tengah hari dah. Masuk rehat.” Saadah memanggil Fazrin yang sedang membersihkan belakang rumahnya.

“Baik ibu!” Jika Saadah tidak panggil pun dia sememangnya mahu masuk ke rumah sudah. Terik matahari sangat panas hari ini. Baru pukul 11 pagi sudah terasa bahangnya.

Sebaik membasuh tangan dan kakinya, Fazrin terus melangkah mencari Bunga di dalam rumah. Lagi sekali Bunga menjadi zombie. Fazrin merasa lega, jika tidak habis dia akan menjadi mangsa untuk melepaskan amarah Bunga.

“Anak ayah buat apa tu dalam perut ibu,” Fazrin yang duduk di sebelah Bunga terus menegur anaknya dahulu. Perut Bunga di usap lembut.

“Joget!” Balas Bunga dengan nada tidak puas hati. Tetapi beberapa saat kemudian Bunga termuntah tidak henti.

“Anak ayah berjoget dalam perut ibu ye, sampai ibu muntah,” dengan bersahaja Fazrin berkata. Saja mahu buat Bunga lagi marah.

Sesudah muntah, Bunga baring semula. Beg plastik yang mempunyai muntah Bunga di ambil dan di buang. Plastik baru di ambil dan di letakan di sebelah pembaringan Bunga.

“Jomlah kita mandi sayang,” Badan Bunga di angkat dengan mudah sekali. Bunga turut tidak melawan kerana dia juga merasa tidak selesa dengan bau badannya sendiri.

..

Kandungan Bunga masuk ke bulan 6. Alahan Bunga masih ada tetapi tidak seteruk awal kehamilanya. Video yang membuatkan dia bergaduh dengan Fazrin tidak di terima lagi. Tetapi perkara lain pula yang berlaku.

Seorang gadis berpakaian seksa dan berlagak muncul di hadapanya mengaku sebagai kekasih suaminya. Bunga tidak mahu mengikut sangat dengan perasaan dengan melepaskan marahnya dengan cara mengamuk.

Dia sendiri tidak tahu, hendak percayakan suaminya atau tidak. Melihat dari cara Fazrin melayannya setiap hari seperti agak mustahil untuk Fazrin curang. Tapi nama pun lelaki kalau nak curang pasti ada sahaja caranya.

“Beginilah. Kalau awak nak kawin dengan Fazrin, kawinlah, saya tak kisah. Cakap dengan Fazrin saya izinkan. Saya pun malas dah nak layan kerenah Fazrin hari-hari. Sekurangnya ada awak sebagai bini number dua, saya ada masa saya sendiri.”

Mustafa yang berada di sebelah Bunga terkejut dengan kata-kata yang isteri cucunya berikan. Dengan mudah terima orang lain masuk dalam keluarganya. Tapi bila memikirkan Bunga sedang mengandung adalah lebih baik Bunga tidak melawan hingga menganggu kandungannya.

“Awak dah ada dekat sini, saya kenalkan. Ni atuk Fazrin.”

Gadis yang berada di hadapan Bunga terkejut dan dengan pantas membetulkan kedudukannya agar lebih sopan. Wajah kereknya juga semerta bertukar tersenyum manis.

Mustafa senyum dengan penuh makna. “Jika betul kau berkahwin dengan cucu Aku. Aku tak iktiraf kau dan anak yang lahir dari rahim kau sebagai keturunan aku.” Walaupun perlahan nada Mustafa bercakap tetapi sesiapa yang dengar tahu Mustafa serious dengan kata-katanya. “Kau nak Fazrin, ambiklah!”

Bunga menyedut jus apple di cawannya dengan tenang sekali. Ingat aku nak marah mengamuk ke. Buang tenaga aku sahaja, baik ibu relax goyang kaki kan anak Ibu.

“Urusan kita dah selesai. Jangan malu jangan segan, sila pergi.” Bunga tersenyum manis.

“Terima kasih,” Gadis itu melangkah pergi. Dengan mudah dia dapat keizinan dari Bunga. Tidak seperti yang dia duga.

..

Kaki melangkah keluar dari kereta apabila pekerja Fazrin tidak benarkan dia masuk untuk bertemu lelaki itu.

“Kau tahu tak aku siapa!” Dengan berlagak Sofia berkata.

“Manusia yang tak faham bahasa,” Dengan bersahaja juga pengawal keselamatan membalas kata-kata Sofia.

“Aku ni bakal wife boss kau! Kalau kau tak nak kena pecat, baik bagi aku masuk!” ugutan di beri.

“Takutnya Aku...” Pengawal itu mengejek Sofia tanpa rasa takut. Kerana majikannya telah melarang keras tiada sesiapa pun boleh masuk kecuali pekerja sahaja.

“Jaga kau!” Sofia keluarkan telefon pintar lalu nombor Fazrin di tekan. Deringan pertama langsung tidak berjawab. Sofia cuba menelefon Fazrin lagi sekali.

“Bagi I masuk jumpa you,”

“For what? Urus niaga kita sudah berakhir,” Jawab Fazrin sambil melihat uji kaji yang dia sedang lakukan.

“Wife you, izinkan you berkahwin dengan I.”

Fazrin terdiam, apa yang dia lakukan semuanya terhenti. Tak mungkin. Tak mungkin Bunga dengan mudah melepaskan dirinya. Komputer riba sudah terbuka yang berada di sebelahnya di ambil. Folder tersembunyi di buka. Report laporan di buka dan Fazrin mula menaip sesuatu.

“Fazrin you dengar tak I cakap apa! I boleh siapkan majlis kita dalam this month juga. I tak sabar nak peluk you, nak kiss you,” Sofia mula berikan ayat mengoda tetapi tidak sedikit pun Fazrin tergoda. Dia masih leka dengan report yang sedang dia lakukan.

“Fazrin!”

“Ha!” Fazrin sedikit terkejut dan kembali ke dunia nyata. “Apa bukti you ada, yang wife I setuju izinkan I kawin lagi!” Ada sesuatu yang perlu dia ubah. Tapi bagaimana hendak berikan kepada Bunga sekarang ni. Fazrin memikirkan kandungan Bunga. Fazrin mengeling kepala. Dia sayangkan anak dan isterinya. ‘Jangan berikan lagi pada Bunga. Jangan!’ Hati Fazrin berbisik.

“I ada video I bercakap dengan wife you. Atuk you pun ada. I tak kisah dengan harta you Fazrin, sebab I pun ada harta I sendiri. I just nak kan you sahaja.”

“I nak tengok, nanti I call guard I, untuk benarkan you masuk.” Fazrin mematikan panggilan. Sarung tangan getah di buka. Kepalanya di gerakkan kiri dan ke kanan.

“Kau dengar!” Sofia memandang pengawal Fazrin dengan bongkak sekali. “Bagi aku masuk!”

Pengawal keselamatan Fazrin hanya tersenyum dengan makna tersirat. Kau masuk bermakna hidup kau habis perempuan sombong. “Aku tunggu boss aku call,” balas pengawal dengan tenang.

Fazrin melangkah ke masuk ke bilik kerjanya lalu di hubungi seseorang. Kaki pekerja Fazrin pantas berlari ke bilik audio. Apabila bunyi microfon di buka serta merta semua pekerja Fazrin berhenti melakukan kerjanya. Dari permulaan pemprocessan membuat ubatan hingga ke pembungkusan yang terakhir.

Telefon di tangan di halakan ke microfon. “Lagi 5 minit parti akan berlangsung. Ikutlah apa yang kauorang semua nak buat tapi pastikan selepas itu bersih sebersihnya. Lepas tu semua boleh balik. Ingat esok kerja seperti biasa,” Fazrin tersenyum dengan wajah yang amat menyeramkan.

Bilik pengawal pintu utama kilang nya pula di hubungi. “Parti untuk semua. Sila bagi masuk dan iringin dengan hormat. Layan baik-baik.” Ayat Fazrin penuh dengan makna yang tersirat.

“Baik Tuan!” Pengawal yang mengangkat panggilan dari Fazrin tersenyum. Kemudian dia datang berbisik pada sahabatnya.

“Tuan Fazrin benarkan Cik masuk,” Pengawal itu buka pintu kereta Sofia agar Sofia kembali masuk semula ke dalam keretanya. “Cik ikut saya dari belakang.”

Sofia melihat sekeliling kawasan kilang Fazrin yang pertama kali dia masuk. Sangat besar dan Sofia boleh menduga separuh dari kilang itu adalah tempat simpanan sahaja.

Kereta Sofia berhenti apabila sudah sampai ke destinasi yang di tuju.

“Ikut saya Cik.” Pengawal keselamatan mengiringi Sofia dengan tertip sehingga Sofia tidak mencurigai apa-apa.

Sebaik masuk ke dalam kilang badan Sofia di sembur dengan cecair pembersih beralkohol. Kemudian Sofia di bawa masuk ke dalam bilik tetamu. “Cik tunggu dekat sini dulu.”

Pengawal terus keluar dari bilik tetamu dan berderet lelaki sedang menunggu di luar, menanti giliran untuk memuaskan nafsu mereka. “Tuan suruh layan dengan lembut. Ingat tu!”

“Baik!” semua menyahut serentak.

“Undi, siapa yang akan rasmikan dahulu,” Batang aiscream bertulis nombor di kocak di dalam tin sebelum seorang demi mencabut undi.

Kedua tangannya di angkat dan di belek berulang kali. “Tak kotor, tangan Rin tak kotor sayang.” Fazrin melangkah keluar dari makmal dua tingkat itu dengan tenang seperti tiada apa yang berlaku.

“Aku rasa Rin ni, lagi lama hidup lagi nampak tak betul lah.” Firdaus berbisik pada salah seorang rakan sekerjanya, sebaik sahaja kereta Fazrin menghilang dari pandangan matanya.

“Tunggulah kau ada isteri nanti. Confirm tak betul macam Rin tu. Aku ni pun rasa dah nak biol sebab nak layan kerenah isteri aku,”

“Yeke, bukan lagi best ada wife. Semua terjaga sebab wife jaga,” tanya Firdaus.

“Hahahaha, belum kawin bolehlah cakap macam tu. Dah buat kerja! Buang masa aku cakap dengan orang bujang ni.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience