8 bulan kemudian...
Bau busuk terhidang sebaik sahaja pintu rumah di buka. Kelihatan sebujur tubuh terbaring di lantai dengan pakaian lusuh.
Perlahan-lahan kaki Fazrin melangkah masuk untuk melihat lalu kepalanya di geling melihat keadaan Bunga. Bagai zombie sedang berehat selepas kekenyangan. Kelihatan juga muntah di lantai. Fazrin tahu sangat, pasti isterinya tidak sempat ke tandas untuk buang isi perutnya.
“Bie tolong...”
Sebiji macam Zombie Awakened. Tak baik Rin kutuk isteri sendiri. Badan Bunga di angkat dan di bawa masuk ke dalam bilik mandi.
“Kalau orang tak tahu ni, orang ingat Bie dera sayang,” Baju Bunga di buka untuk di bersihkan badan isterinya itu.
Bunga balas kata-kata Fazrin dengan luahkan muntah yang banyak. Pantas tangan Fazrin menepuk belakang badan Bunga.
“Bie nak air buah.” Bunga bersuara selepas selesai memuntahkan isi perutnya.
“Mandi dulu, nanti Bie buatkan,” Kecian pula Fazrin melihat keadaan Bunga. Berat badan Bunga turun mendadak kerana alahan. Dari tembam menjadi kurus kering. Wajahnya turut kelihatan cenkung.
Bunga balas dengan anggukan kepala.
“Esok Ibu datang tolong jaga Sayang. Bie risau tinggalkan sayang masa Bie tengah kerja,” badan Bunga di sabun dengan lembut.
Lagi sekali Bunga balas dengan anggukan lemah. Setiap kali dia buka mulut, pasti akan muntah.
..
Saadah melangkah dengan laju sebaik dengar Bunga muntah di dalam bilik air. Fazrin sudah beritahu padanya alahan yang Bunga alami agak teruk tapi Saadah tidak menyangka teruk yang di alami sehingga berubah bentuk badan Bunga seratus peratus.
“Anak Bunga rasanya perempuan ni,” Saadah menepuk lembut belakang badan Bunga. “Perempuan selalunya alahan memang teruk.”
“Dulu mak pregnant kan Bunga macam ni juga ke ibu?” Bunga bertanya.
“Aha!” Saadah mengiyakan “Sama macam bunga, sampai tak boleh bangun. Makan sikit mesti muntah.” Saadah ingat lagi, sebaik tahu Melati mengandung dia antara orang yang paling gembira. Dengan ikhlas dia menjaga Melati sepanjang madunya itu mengandung. Sebaik Bunga lahir, dia juga menjaga Bunga seperti anaknya.
“Terima kasih ibu sebab jaga Bunga dari dalam perut mak sampai sekarang.” Dia tidak ingat semua itu tapi Bunga tahu dia pasti di jaga sangat baik. “Ibu Bunga nak balik kampung. Boleh tak ibu bawa Bunga balik.”
Saadah melihat wajah Bunga. Terkejut dengan permintaan anaknya itu. Tiba-tiba sahaja mahu balik kampung. Tapi wajah Bunga kelihatan sangat kecian sekali. Seperti mengharap sangat untuk Saadah penuhi permintaannya.
“Bunga nak balik kampung ke?” Saadah bertanya lagi sekali untuk kepastian. Orang mengandung kalau mengidam tidak boleh di jangka.
Bunga mengangguk kepala.
“Bunga beritahu suami Bunga dulu, kalau Rin izinkan baru ibu bawa Bunga balik,”
“Bunga dah minta izin dengan Rin, dia bagi,” balas Bunga.
“Betul ni?” Saadah antara yakin tidak yakin.
“Betul ibu. Rin cakap sekurangnya Bunga ada yang tengokkan kalau Rin kerja, bila ibu dah balik kampung nanti.”
“Kalau Rin dah cakap macam tu, ibu kemaskan baju Bunga. Nanti lepas zuhur kita balik,” Saadah bangun masuk ke dalam bilik pakaian anaknya.
Sebaik Saadah tidak kelihatan, Bunga mengesat air mata yang dia tahan sedari tadi. Sampai hati awak buat saya macam ni.
..
“Assalamualaikum, Sayang, Bie belikan air jambu sayang minta pagi tadi,” Fazrin melangkah ke bilik tidurnya apabila tiada sahutan dari Bunga mahupun Saadah.
Pintu bilik di buka tetapi tiada sesiapa. Fazrin melangkah ke bilik lain, turut sama tiada sesiapa. Fazrin mula kerisauan. Telefon pintar di ambil dan Bunga di hubungi tetapi panggilan tidak bersambung.
Nombor Saadah pula cuba di hubungi. “Assalamualaikum Rin.”
“Waalaikumusalam Ibu, Bunga mana?” Jelas suara Fazrin sedang kerisauan.
“Bunga tengah tidur. Dia letih sangat tu. Dia tiba saja kampung terus tidur. Kamu call bunga tak dapat ye,” balas Saadah seperti biasa.
Fazrin merasa lega setelah mengetahui keberadaan Bunga. “Ye ibu, nanti Rin call Bunga lagi. Assalamualaikum Ibu.” Kenapa sayang buat Rin risau.
Fazrin pantas mengambil beberapa helai baju di masukkan ke dalam beg dan keluar semula untuk bertemu dengan Bunga.
..
Tidak menyempat motor yang di bawa terparking dengan elok, Fazrin telah melulu masuk ke dalam rumah. “Sayang!”
“Bunga dalam bilik Rin,” Saadah geling kepala melihat Fazrin yang tidak menyempat itu. Ingatkan perompak mana ceroboh masuk rumah, rupanya menantu sendiri. “Kamu jauh-jauh datang esok tak kerja ke?” Saadah hulurkan tangan untuk bersalam dengan Fazrin.
“Rin cuti, lagipun Bunga minta air jambu tadi. Tu Rin balik,” Fazrin tersengih sambil menunjukan air yang di bawa.
“Yela.” Saadah tidak mempercayai Fazrin tetapi dia buat seperti biasa sahaja. Dia dapat menduga Fazrin dan Bunga sedang bergaduh ketika ini. “Pergilah tengok Bunga dalam bilik tu.”
“Ye ibu,” Fazrin melangkah ke bilik Bunga dengan wajah tersengih memandang Saadah. “Sayang Bie datang bawa air yang sayang nak.” Fazrin buka pintu bilik. “Bunga tidur pula. Rin letak dalam peti dulu la.” Fazrin menukar langkah ke dapur.
Confirm budak berdua ni ada masalah. Dia sebagai orang tua lihat sahajalah. Kalau ada yang tidak kena baru di tegur.
..
“Sayang, cuba dengar penjelasan Bie. Cuba sayang fikirkan balik. Bie sepanjang masa dengan sayang. Bie tak ada dengan sayang masa Bie kerja sahaja,” kedua tangan bunga di ulas lembut, cuba memujuk Bunga yang sedang menangis.
“Masa awak kerja,” Bunga tidak mempercayai kata-kata Fazrin.
“Sayang ingat Bie ada masa ke nak curang dengan sayang masa kerja. Bie rehat satu jam pun Bie datang jumpa sayang. Kalau Bie tak jumpa sayang, Bie call, Bie mesej sayang. Daripada Bie curang baik Bie rehat tidur. Sayang ingat Bie kerja tak penat ke sampai boleh fikir nak ada perempuan lain.” Fazrin seperti mahu lepaskan kemarahan tetapi dia perlu banyak bersabar.
Badannya terasa perit kerana Bunga telah memukulnya dengan teruk tadi. Tiada satu pun pukulan dari Bunga di balas. Fazrin hanya menadah badannya dengan sabar sekali. Fazrin tahu orang yang sedang berbadan dua mudah terganggu emosinya. Jadi dia biarkan sahaja Bunga melepaskan amarahnya, yang penting Bunga dapat tenangkan diri selepas itu.
Bunga mengesat air mata dengan tangannya. Dia masih lagi tersedu menangis. “Saya tak tahu nak percayakan awak atau tidak.”
“Please sayang... cuba percaya dengan Bie. Bie memang mengaku Bie jahat dulu, suka bertukar perempuan. Tapi sebelum kawin dengan sayang Bie dah berubah. Masa mula-mula kenal sayang lagi Bie dah mula berubah,” air mata Bunga di kesat dengan jemarinya.
“Air jambu mana?” Tiba-tiba Bunga menukar topik perbualan.
“Ada-ada, Bie pergi ambik.” Laju kaki Fazrin melangkah ke dapur untuk mengambil air jambu yang di simpan di dalam peti.
“Bunga menangis kenapa Rin? Sakit ke?” tegur Saadah apabila melihat Fazrin ingin melangkah laju ke dapur.
Kaki Fazrin berhenti melangkah seketika untuk jawab pertanyaan Saadah. “Bunga nak air jambu ibu, Rin nak ambik la ni.” Fazrin menipu. Dia tidak mahu masalah rumahtangga dia di ketahui Saadah.
“Ohh...” Saadah memandang pelik setiap langkah Fazrin.
Sebaik Fazrin masuk ke bilik semula tiada sudah tangisan Bunga. Saadah yang memikirkan Bunga dan Fazrin sedang bergaduh terus hilang. Pasti Fazrin sengaja menyakat Bunga seperti sebelum ini.
“Ni sayang. Ikat tepi macam sayang nak.” Fazrin kembali duduk di hadapan Bunga.
Bunga mengambil air yang di hulur sambil melihat telefon pintarnya. Di sedut hingga separuh kemudian telefon pintarnya di hala ke tepi muka Fazrin. Perbandingan di buat. Ada perbezaan bentuk badan Fazrin. Sekarang Fazrin semakin berketul-ketul dengan lemak tapi di dalam video itu otot Fazrin seperti malu-malu untuk keluar. Tapi hatinya tetap sakit melihat aksi suaminya bersama perempuan lain walaupun itu adalah kisah silamnya.
“Sayang buat apa ni?” Fazrin mengambil telefon dari tangan Bunga.
Fazrin terkejut melihat video yang sedang bermain di skrin telefon pintar isterinya. “Ni yang sayang dapat? Siapa bagi sayang?”
Bunga hanya balas dengan anggukan dan terus bangun meninggalkan Fazrin.
Fazrin tidak terus mengejar Bunga tetapi di biarkan sahaja Bunga pergi hingga tidak kelihatan. Video dan nombor telefon pemberi video di hantar ke seseorang sebelum di buang dari histori telefon Bunga.
“Bunga nak pergi mana?” Saadah menegur Bunga pula. Mata Bunga kelihatan merah seperti baru sahaja menangis. Tapi mana Fazrin. Lagi sekali Saadah berfikir negetif. Memang Bunga dan Fazrin bergaduh ni.
“Ambik angin dekat luar, panaslah ibu.” Habis berkata Bunga menyedut air jambu yang berada di tangannya.
Saadah melihat anaknya minum membuatkan dia juga rasa terliuh. “Rin mana?”
“Tengah solat. Bunga keluar dulu la Ibu,” pantas kaki Bunga melangkah tidak mahu Saadah bertanya lagi.
Bunga duduk di buaian yang berada di halaman rumah ibunya. Langit yang gelap di tenung seperti dapat menembusi alam semestar. Mampu ke dia bertahan, bersabar jika dia dapat lagi video zaman kejahilan suaminya. YA ALLAH...
Bunga memandang sekilas Fazrin yang memakaikan baju sejuk pada badannya. Buangkan kepedihan yang aku rasa sekarang ini yang YA ALLAH.
Fazrin duduk di sebelah Bunga sambil memeluk isterinya dari tepi. Fazrin cuba memikirkan ayat untuk memujuk dan menyakinkan Bunga.
“Bie tiada niat untuk sakitkan hati sayang, tapi sayang kena lihat Bie yang sekarang. Bie yang sekarang lain dengan Bie yang dulu. Sebelum kenal dengan sayang Bie dah perlahan-lahan cuba berubah. Bila dah ada sayang lagilah Bie berubah hundred percent.”
Bunga menyedut jus jambu yang tersisa sehingga habis. Sekurangnya air sejuk dapat menyejukan sedikit hatinya yang sedang perit ketika ini. “Entahlah awak. Saya cuba kuatkan hati saya. Cuba untuk fikir awak tak macam dulu lagi tapi saya tak mampu awak! Hati saya sakit sangat bila terfikir apa yang awak pernah buat dulu walaupun saya masih tak kenal awak lagi masa tu,” Bunga kembali menangis teresak-esak.
Bunga semakin di peluk erat. “Itu tanda Bunga sayang pada Bie. Bie suka sayang cemburu macam ni. Tapi satu sahaja Bie minta pada sayang. Bie minta Sayang percaya pada Bie. Cinta Bie pada sayang bukan sekecil zarah tapi cinta Bie pada sayang sampai apa pun Bie sanggup lakukan untuk dapatkan sayang, Nyawa Bie hampir melayang untuk bersama sayang. Mustahil Bie nak sia-siakan usaha Bie selama ini.”
“Tapi awak sendiri kata jangan percayakan sesiapa termasuk suami saya sendiri,” balas Bunga dengan suara tersedu-sedu.
“Tu kalau sayang kawin dengan orang lain, bukan Bie. Bie termasuk orang yang sayang patut percaya 100 peratus.”
“Bie nak air buah naga,” tiba-tiba Bunga menangis dengan agak kuat. Keadaannya tersangat sedih seperti kehilangan barang yang paling berharga. Dia malas nak fikir pasal kecurangan Fazrin. Yang penting tekaknya dapat apa yang dia idamkan saat ini.
“Tengah malam dah sayang, esok Bie pergi pasar pagi-pagi cari buah naga,” Fazrin sudah gelabah apabila tangisan Bunga semakin kuat. Risau jika mertuanya lagi sekali fikir bukan-bukan apabila melihat keadaan Bunga begini.
“Nak air buah!” Tangisan Bunga semakin sayu.
Saadah yang dengar suara Bunga sedang menangis pantas mencari anaknya itu. Sejak Bunga ajak dia balik kampung dia sudah rasa tidak kena. Kemudian apabila Fazrin muncul anaknya menangis tidak henti. Sekarang menangis lagi.
“Bunga, kenapa menangis dekat luar tengah malam ni? Kamu buat apa dekat Bunga Rin?!” Suara Saadah agak kuat menegur Fazrin. “Kamu tahu tak Bunga tengah mengandungkan anak kamu, Kalau kamu ada rasa tak puas hati, Cuba jaga sikit perasaan isteri kamu.”
“Eh! Tak Ibu,” Fazrin sudah duga pasti Saadah akan salah faham.
Bunga berlari mendapatkan Saadah, di peluk ibunya itu. “Rin tak bagi Bunga air buah ibu...” Bunga mengadu dengan tersedu sayu.
Astrafiruallah... Sebab air buah bergaduh tak henti dari tadi. “Bukan tadi Rin dah bagi dekat Bunga?”
“Buah lain pula ibu,” Tergaru kepala Fazrin jawab. “Buah naga.”
“Rin tak nak bagi, esok pagi-pagi ibu belikan untuk Bunga. Dah jangan nangis, tak elok untuk kandungan Bunga,” Saadah memujuk.
“Ibu sama je macam Rin!” Semakin kuat Bunga menangis dan berlari masuk ke dalam bilik. Pintu biliknya turut di kunci.
Fazrin tersenyum sahaja melihat Saadah apabila ibu mertuanya itu memandang ke arahnya. “Rin cakap macam ibu juga tapi Bunga tak terima. Hehe.”
“Kamu cubalah cari dekat mana-mana Rin sampai dapat. Nanti sampai esok pagi menangis tak elok untuk Bunga dengan anak kamu,” Saadah tak tahu nak buat bagaimana. Anak sendiri yang meragam.
..
“Kamu dapat mana buah ni Rin?” Saadah bertanya sebaik melihat Fazrin melangkah masuk ke rumah dengan beberapa biji buah naga.
“R&R ibu. Situ saja ada,” balas Fazrin.
“Dah kamu pergi panggil Bunga. Biar ibu buatkan.” Saadah mengambil plastik buah dari tangan Fazrin.
Fazrin melangkah ke bilik isterinya lalu pintu di ketuk beberapa kali.
Tuk! Tuk! Tuk!
“Sayang, buka pintu. Bie dah buatkan air buah sayang nak.” Fazrin dekatkan telinganya di balik pintu untuk dengan apa yang isteri lakukan.
“Tipu!” Bunga jerit dengan kuat sekali.
Terkejut Fazrin apabila dengar jeritan Bunga. Ingatkan sudah tidur, menangis sampai tertidur. “Tak tipu sayang. Ada merah dengan putih. Sayang nak yang mana?”
Suara Bunga tidak kedengaran. Tiba-tiba sunyi sepi. Fazrin ingin mengetuk pintu lagi sekali terbantut apabila pintu bilik di buka dari dalam. Terpacak Bunga di muka pintu dengan mata merah dan berair.
“Nak warna merah.”
Bibir Fazrin terus terukir senyuman. “Boleh sayang. Jom ikut Bie,” Tangan Bunga di pimpin dan di bawa ke meja makan.
Apabila sampai di meja makan, dua gelas air buah naga sudah terhidang di atas meja. Satu putih, satu merah. Bunga yang melihat, wajahnya terus tersenyum gembira. “Ibu minum yang putih, Bunga nak yang merah saja,” gelas berisi air buah naga putih di berikan kepada Saadah.
“Confirm perempuan cucu Ibu ni,” Saadah meneguk air buah naga sambil melihat anaknya sedang bergembira menikmati air yang di idamkan. Anak-anak.
“Terima kasih ibu, terima kasih Bie. Sedap.” Jelas terpancar wajah bahagia di wajah Bunga.
“Esok nak minum air buah apa pula? Ibu nak beli buah awal. Tak adalah nak meragam macam hari ni,” Saadah memerli anaknya sendiri.
“Tak ada,” Bunga mengeling kepala. “Bie basuh,” Gelas kosong di berikan kepada Fazrin. “Goodnight ibu. Bunga nak tidur.” Bunga bangun dari duduknya lalu di cium kedua pipi Saadah sebelum melangkah masuk ke bilik tidur.
Saadah geling kepala melihat anaknya sendiri. “Sabar jela Rin untuk berapa bulan ni?” Saadah bangun dari duduknya dan ke dapur.
Fazrin turut mengikut langkah Saadah. “Tak apa ibu, Bunga kandungkan anak Rin, Rin dah bersyukur sangat. Apa yang Bunga minta tak seberapa di bandingkan dengan sakit lenguh Bunga rasa.”
“Dah kamu pergilah rehat, biar ibu saja bersihkan. Penat jalan jauh tak hilang kena layan ragam Bunga pula.”
“Terima kasih ibu, Rin masuk bilik dulu.”
Fazrin masuk ke bilik dan melihat Bunga sudah tidur dengan pulas. Fazrin melangkah dan duduk di sisi Bunga. Perut Bunga yang masih nipis di usap lembut. “Anak ayah, please jangan buat Ibu meragam lagi. Sayang nak susahkan ayah tak apa tapi jangan Ibu. Kecian Ibu penat sayang,” perut Bunga di cium kemudian dahi Bunga turut di berikan kucupan.
“Tidur, esok saya nak belasah awak lagi,” Bunga bersuara dengan mata tertutup. Badannya di paling membelakangi Fazrin.
Fazrin meneguk air liuh sendiri. Nasiblah badan.
Share this novel