KERNA KAU MILIK AKU EP13

Drama Series 12429

"Satu, dua, tiga,"

 

"Surprise!!" Serentak Fazrin dan Amar menjerit.

 

Bunga yang melangkah ke kaunter bayaran terkejut.

 

"Ayah, adik tak keluar pun, ayah kata kalau buat aunty terkejut nanti adik keluar," tanya Amar dengan polos.

 

"Mungkin tak cukup terkejut kot Amar," Fazrin jawab tanpa memikirkan akibat yang akan dia perolehi.

 

"Awak ajar apa dekat Amar!" telinga Fazrin di pial dengan kuat. Bukan-bukan di ajar dékat budak.

 

"Sakit Sayang," Fazrin mengusap telinganya yang sudah panas dan merah.

 

"Ayah cakap kalau aunty terkejut nanti adik keluar, Amar tak sabar nak main dengan adik," terang Amar pada Bunga.

 

"Adik belum puas berparti dalam perut aunty. Nanti dah puas adik keluar sendiri," balas Bunga.

 

"Seronoknya, kenapa Amar tak dapat macam adik," wajar Amar kelihatan sedih.

 

"Amar dulu dah berparti dalam perut mama Amar, sebab Amar dah puas Amar keluar. Cuma Amar tak ingat saja. Dah jangan sedih, nanti kita buat parti dekat rumah," pujuk Bunga.

 

Amar mengangguk kepala, tetapi riak wajahnya masih kelihatan sedih.

 

..

 

Hari yang paling di tunggu oleh Fazrin akhirnya tiba jua. Keputusan yang mengata apa yang dia katakan selama ini pada Bunga adalah benar. Dia seorang lelaki yang setia pada yang satu.

 

Amalina buka sampul surat yang di terima. Sebaik melihat dia tersenyum sahaja, dia telah duga Fazrin bukan suaminya. Dan bukan juga ayah kepada Amar.

 

"Terima kasih bagi saya dengan Amar tumpang rumah Bunga dan Fazrin."

 

"Tak apa kak, lagipun saya duduk seorang  Sekurangnya ada akak, ada Amar sebagai peneman saya," balas Bunga yang perihatin.

 

"Akak minta tumpang sehari lagi, esok akak balik ke rumah akak,"

 

"Amar tak nak balik mama, Amar nak main dengar ayah dengan adik." Amar yang duduk di sebelah Amalina kelihatan sedih apabila tahu dia akan pulang ke tempat asalnya semula.

 

"Nanti kita datang jumpa ayah dengan adik lagi. Ayah nak kena kerja," pujuk Amalina.

 

Amar mengangguk kepala walaupun sedih.

 

"Sini duduk dengan ayah," Fazrin panggil untuk memujuk. Amar turun dari kerusi yang dia duduk dan datang kepada Fazrin. Fazrin angkat Amar duduk di pangkuannya.

 

Semerta badan Fazrin di peluk dan Amar menangis teresak-esak. "Ayah jangan lupakan Amar tau."

 

"Mana boleh lupa, Amar kan anak ayah." Fazrin turut membalas pelukan Amar. Keadaan tiba-tiba menjadi sayu. Dengan sendiri air mata Bunga keluar. Walaupun baru seminggu sahaja Amar di sini, dia turut merasa kehilangan.

 

 

..

 

 

"Awak!" kuat Bunga memanggil Fazrin tapi tiada sahutan.

 

"Fazrin!" tetap sama.

 

"Bie!!"

 

"Kenapa sayang? sayang dah nak bersalin ke?" Fazrin keluar bilik dengan kelam kabut dan dalam keadaan serabai dan memakai boxer sahaja.

 

"Bukan! tengok ni!" Bunga berikan kertas yang berada di tangannya kepada Fazrin.

 

"Kertas apa ni sayang?"

 

"Baca sendiri," Bunga tarik kerusi dan duduk. Penat berdiri.

 

"Kepada Bunga dan Fazrin. Terima kasih lagi sekali kerana berikan saya tempat berteduh seminggu ini. Terima kasih kerana melayan Amar seperti anak sendiri. Saya terpaksa pergi tinggalkan Amar pada Bunga dan Fazrin. Saya tak mampu untuk jaga Amar seorang diri dengan keadaan saya masih lagi terkontang kanting tanpa pekerjaan. Saya harap Bunga dan Fazrin sudi jaga Amar. Insyallah saya akan kerap jenguk Amar.

 

Ke semua dokumen Amar saya letakan di dalam laci di dalam bilik yang saya duduk. Terima kasih Amalina," Fazrin baca hingga habis lalu turut duduk seperti Bunga.

 

Wajah Bunga di pandang. "Apa kita nak buat sekarang ni sayang?"

 

"Entahlah," memang tiada satu pun yang boleh dia fikir sekarang ini kerana dia sedang kelaparan. "Awak masakan lah apa-apa, anak awak lapar ni."

 

"Anak ayah bangun pagi-pagi buta sebab lapar ye," Fazrin bercakap dengan perut buncit Bunga sebelum bangun untuk sediakan makanan untuk Bunga.

 

..

 

Bunga cuba untuk tidak terlelap tetapi matanya tidak memberi kerjasama. "Ibu nak tidur sekejap Amar, Amar main dengan adik elok-elok ye. Jangan buat benda bukan-bukan."

 

"Baik ibu, adik-adik, ibu nak tidur. Adik stop parti sekejap." Amar berbisik di perut Bunga sambil di usap. "Kita main lukis-lukis je dik. Tak bising." Baju Bunga di selak hingga menampakan perut yang tegang. Amar mula melukis dan mewarna perut Bunga. "Abang lukis dekat luar, adik lukis dekat dalam."

 

"Nanti Ibu bangun kita sama-sama tunjuk dekat ibu," Amar melukis sambil berbual dengan adiknya yang berada di dalam perut Bunga.

 

Bunga yang keletihan tidak sedar langsung apa yang Amar sedang lakukan di perutnya. Dia seperti tidur mati gara-gara malam tidak dapat tidur dengan selesa.

 

Ketika Bunga sedar dia melihat Amar sedang menonton kartun. Jam di dinding di lihat. Sekejap lagi suaminya akan pulang dari kerja. "Amar jom solat sama Ibu."

 

Selesai solat Bunga ke dapur dan apa yang di masak tengah hari tadi di panaskan untuk makan malam. Lauk siap panas Fazrin pun tiba seperti selalu. Sebelum ini Fazrin hanya di sambut oleh Bunga. Tetapi sekarang, kelihatan Amar sudah terlompat-lompat gembira dengan kepulangan ayahnya.

 

Amar di angkat dan di cium terlebih dahulu sebelum Fazrin melangkah ke Bunga. "Sayang tak mandi lagi?" Tanya Fazrin yang melihat Bunga memakai baju sama ketika menghantarnya pergi kerja pagi tadi.

 

"Belum." Tangan Fazrin di salam dan di cium.

 

"Mandi dengan Bie nanti." Fazrin melihat Bunga begitu penat sekali. Mungkin penat bawa perut yang semakin membesar.

 

"Amar nak mandi dengan ayah juga."

 

"Boleh, tapi kemas mainan dulu." Fazrin turunkan Amar dan melihat mainan berterabur di ruang tamu. Patutlah isterinya penat.

 

"Amar kemas semua baru datang dekat ayah," arah Fazrin.

 

"Okay ayah, don't worry." balas Amar yang sedang kutip mainananya satu persatu.

 

"Dah jom sayang, sayang mandi dulu." Bunga di pimpin masuk ke dalam bilik.

 

Keadaan rumah yang sunyi tiba-tiba di riuhkan dengan ledakan ketawa Fazrin. Amar yang dengar Ayahnya suka pantas masuk ke bilik Bunga dan Fazrin.

 

Bunga melihat Amar yang sudah berada di dalam biliknya. Nak marah tapi kena sabar.

 

"Ayah ibu cantik tak Amar lukis, Amar lukis luar, adik lukis dekat dalam."

 

Kata-kata Amar membuatkan Fazrin semakin kuat ketawa.

 

Hidung Bunga sudah kembang menahan marah. "Cantik Amar, tapi kenapa lukis dekat perut Ibu? Ibu nak mandi kena padam. Kalau Amar lukis dekat kertas kan boleh simpan."

 

"Emmmm," Amar seperti memikirkan sesuatu. "Adik yang suruh, dia cakap nanti dia kena lukis seorang."

 

Tepuk dahi Fazrin dengan jawapan Amar. Bunga pula seperti mahu jadi hulk. Budak yang banyak akal sememangnya banyak alasan. "Lain kali cakap dengan adik, ibu tak suka lukis dekat perut ye."

 

"Bie mandikan Amar dululah sayang, dah siap Bie mandikan sayang pula," pantas Fazrin angkat Amar di bawa ke bilik mandi apabila melihat Bunga sudah menjadi hijau.

 

..

 

 

Amar di pakaikan baju yang cantik dan rambutnya di sikat rapi. Masa untuk pergi membuat pemeriksaan Bunga dan kandungan. Semakin dekat dengan due date semakin kerap pemeriksaan perlu di lakukan.

 

Kemudian Bunga pula di siapkan. Kaki Bunga di sarungkan stoking dan Bunga di tarik tangannya untuk bangun berdiri. Kemudian baju Bunga pula di rapikan untuk kelihatan cantik.

 

"Amar pergi buka pintu kereta untuk ibu," laju kaki kecil Amar berlari keluar ke kereta.

 

"Saya boleh jalan sendiri, tak yah pimpin," Bunga menepis tangan Fazrin.

 

Fazrin memuncungkan bibirnya. "Nak pimpin pun tak boleh."

 

"Dah cepat!" Bunga menghulurkan semula tangannya. "Sikit-sikit merajuk, sikit-sikit merajuk." Tangan Bunga pantas di sambar oleh Fazrin semula dengan wajah tersenyum gembira.

 

Sebaik sampai di klinik, Fazrin dan Bunga di sambut dengan tidak sengaja oleh orang yang mereka berdua berharap tidak bertemu lagi.

 

Mata Hasnol memandang tepat pada Bunga lalu pandangan matanya jatuh ke perut Bunga yang sarat. Kemudian Hasnol memandang ke arah Fazrin pula dan senyuman di berikan.

 

"Apa khabar?" Hasnol menghulur tangan pada Bunga tapi di sambut oleh Fazrin.

 

"Baik alhamdulilah, Minta ke tepi sikit, bagi isteri saya untuk lalu," balas Fazrin yang tidak suka dengan kemunculan Hasnol.

 

"Sorry," Hasnol berikan laluan pada Bunga dan Fazrin. Sebaik Bunga duduk di tempat menunggu, Hasnol turut duduk sama di kerusi yang bertentangan. Setiap inci wajah Bunga di perhatikan. Rindunya pada Bunga hanya dia yang tahu.

 

"Amar sini duduk sebelah Ibu."

 

Tangan kecil Amar yang duduk di sebelahnya di pegang, dia merasa tidak selesa dengan pandangan mata Hasnol dan mengharap Fazrin selesaikan urusan pendaftaran dengan cepat.

 

"Ibu takut ye jumpa doktor?" tanya Amar.

 

"Ye sayang, ibu nervous." Bunga tidak takut untuk bertemu doktor tetapi dia merasa tidak selesa dengan pandangan mata Hasnol.

 

Fazrin yang selesai urusan pendaftaran pantas melangkah dan berdiri di hadapan Bunga. Melindungi Bunga dari pandangan mata Hasnol. Fazrin tahu Bunga tidak selesa dengan kehadiran Hasnol.

 

Hasnol tersenyum apabila pandangan matanya di halang. Dia bangun berdiri ke kaunter pendaftaran dan meminta pen berserta kertas. Dia menulis sesuatu lalu di lipat kecil. Kemudian Hasnol menunggu nama Bunga di panggil.

 

Sebaik nama Bunga di panggil Hasnol turut melangkah dekati Bunga dan menyelitkan kertas tadi di dalam beg tangan Bunga tanpa sesiapa perasaan. Kemudian kakinya melangkah meninggalkan klinik itu.

 

..

 

 

Bunga meletakan beg tangan di tempatnya. Telefon pintar yang di simpan di dalam beg di keluarkan dan dengan tidak sengaja satu kepingan kertas yang terlipat turut terikut sekali.

 

Bunga buka lipatan itu dan membaca isinya.

 

As gembira Bunga bahagia. As sentiasa berdoa untuk berjumpa dengan Bunga. Tuhan telah tunaikan permintaan As dengan melihat Bunga bahagia. Terima kasih pernah jadi sebahagian dari hidup As dulu dan As minta maaf apa yang pernah lakukan pada Bunga sebelum ini. Bunga sentiasa dalam ingatan dan doa As...

 

 

"Sayang!"

 

Dengar Fazrin memanggilnya pantas Bunga merenyukan kertas di tangannya dan di buang di dalam tong sampah.

 

"Jap, nanti sayang datang." Dengan kuat Bunga berkata agar Fazrin dapat dengar. "Awak ni tak tahu agaknya saya ni cepat mengah, cuba bawa bersabar sikit."

 

"Maaf sayang, hehehe. Bie excited tengok baju anak kita."

 

Segala yang berlaku dalam hidup kita ada sebabnya. Yang buruk di jadikan pengajaran. Yang baik di jadikan simpanan.

 

Walaupun dia tidak sukakan Fazrin pada asalnya tapi dia tahu. Fazrin yang terbaik untuk dirinya. Sebab itu dia cuba buka hatinya untuk menerima Fazrin masuk ke dalam hidupnya dan sekarang dia turut sayangkan Fazrin tanpa perlu di paksa.

 

"Ingat Bie seorang excited, sayang pun excited," Bunga turut tersenyum memandang Fazrin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience