EPILOG

Drama Series 12429

Empat tahun kemudian...

 

Angin pantai yang kuat hampir menyebabkan baju yang di pakai Bunga melekat mengikut bentuk badannya. Badan suaminya di jadikan pelindung untuk di jadikan penghalang dari mata orang melihat dirinya.

 

“Ibu! Ibu! Tengok adik jumpa apa?” Lily berlari dapatkan ibunya. Batu kecil berwarna warni di tangannya di tunjuk.

 

“Wah!! Cantiknya. Lily jumpa dekat mana?” Bunga bertanya melayan anak kecilnya itu.

 

“Jumpa sana?” Lily menunjuk ke tempat tidak jauh darinya. Dan Amar turut ada di situ seperti sedang mencari sesuatu.

 

“Ibu! Adik! Abang jumpa raksasa!” Kali ini Amar pula berlari ke Bunga dengan kedua tangannya memegang udang galah yang berkepit biru gelap.

 

“Ah!! Abang adik tak nak, adik takut!” Lily menyorok di belakang ayahnya untuk berlindung.

 

“Wah!! Goreng kunyit sedap ni Amar!” Udang di tangan Amar di ambil.

 

“Tak boleh ayah! Tu Amar punya. Ayah cari sendiri!” Amar cuba merebut balik udang dari tangan ayahnya.

 

“Ermm... Excuse me,” tiba-tiba keluarga Bunga di tegur. 

 

Serentak semua melihat ke arah lelaki itu.

 

“Boleh saya nak beli raksasa tu?” lelaki itu bercakap dengan sopan dan tersenyum sedikit. Dia terpaksa sebut raksasa kerana keluarga di hadapanya memanggil udang dengan nama raksasa.

 

“Tak boleh! Tu Amar punya!” Amar tidak mahu jual udangnya.

 

“Ye tak boleh tu abang punya!” Lily juga menolong Amar dari mempertahankan udang milik abangnya itu.

 

Rifaat Rafie memandang Bunga dan suaminya, meminta persetujuan.

 

“Ni milik anak saya jadi keputusan jual beli atas tangan anak saya,”

 

Rifaat Rafie menunjuk tanda okay dengan jarinya dan membongkokkan badannya sikit untuk menyamai Amar. “Abang bagi lima ratus kalau adik jual dekat Abang.”

 

Amar geling kepala tidak setuju.

 

“Seribu!”

 

“Tak boleh!” Lily pula bersuara bagi pihak Abangnya.

 

“Okay last. Dua ribu please. Isteri Abang pregnant, dia tengok udang adik dia nak sangat. Kalau tak dapat kecian anak Abang dalam perut akak tu.” Rifaat Rafie menunjuk ke arah perempuan mengandung yang melihat ke arahnya.

 

Amar melihat ke wanita itu dan kemudian melihat ke arah Bunga yang mempunyai perut besar yang sama. Amar tiba-tiba teringat adiknya yang berada di dalam perut Bunga. “Ibu, baby tak nak makan raksasa?”

 

Bunga geling kepala. Siapa yang nak makan raksasa sayang. Kamu bagi dekat ayah pun ayah tak nak.

 

“Ibu tak nak, jadi deal!” Amar hulurkan tangan.

 

“Okay deal!” Rifaat Rafie menyambut tangan kecil Amar.

 

Sebaik membayar Rifaat Rafie terus berlari ke arah isterinya dengan teruja. Suami Bunga faham apa yang lelaki itu rasanya. Sama seperti yang dia alami ketika Bunga mengandungkan Lily. Tengah malam sanggup di redah semata untuk mencari buah naga.

 

 

Tamat...

 

 

 

 

 

 

 

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience