KERNA KAU MILIK AKU EP6

Drama Series 12429

“Sayang dah bangun” Fazrin pantas bangun berdiri melihat Bunga yang masih terkebil-kebil melihat sekeliling. Dia terasa asing sekali.

 

“Saya dekat mana ni?”

 

“Hospital sayang,” melihat wajah pucat Bunga membuatkan Fazrin berasa bersalah. “Sayang pengsan tadi.”

 

“Pengsan?” Bunga cuba mengingati apa yang berlaku. Tetapi apa yang berada dalam ingatanya tidak membantu.

 

Fazrin mengangguk kepala. “Doktor kata sayang kolesteron tinggi. Sebab tu sayang tiba-tiba pengsan tadi. Sayang kena turunkan berat,” Fazrin menerangkan apa yang berlaku pada Bunga. Seperti dia tahu apa yang Bunga sedang fikirkan.

 

“kolesteron? Berat?” Bunga bangun dari pembaringan dan duduk melihat badan sendiri. “Saya tengok badan saya tak besar mana pun. Awak lagi besar.” Dia hanya pakai baju bersize M. Dia nampak gemuk kerana rendah. Kalau Fazrin pula tinggi melangit dan memang badannya kelihatan besar, pakaian yang di pakai semuanya bersize XL. Kadang double chin pun boleh nampak di wajah Fazrin.

 

“Tulah pasal. Bie tengok pun sayang dah cantik chubby macam ni. Sedap jadi bantal peluk Bie. Tapi kalau doktor dah cakap macam tu nak buat macam mana. Untuk kesihatan sayang. Bie tak nak kehilangan sayang,” badan Bunga di peluk, di cium. Tidak sanggup kehilangan isterinya.

 

“Yang awak tergedik kenapa?” Bunga cuba melepaskan pelukan Fazrin. Rimas.

 

“Sayang tidur lama sangat. Bie tak dapat bermanja lebih 12 jam.” Lagi sekali Bunga di peluk. Tidak hirau sudah dengan penolakan Bunga. Lagi Bunga tolak lagi kuat Fazrin memeluk Bunga.

 

Bunga membuat muka menyampah. Seminggu bersama Fazrin, Bunga sudah merasa rimas. Berkahwin dengan suami yang suka berkepit, suka bermanja tidak kira masa membuatkan dia perlu mempunyai kesabaran tinggi. Body bukan main berketul-ketul tapi gediknya, hanya dia yang tahu.

 

“Nanti kita diet sama-sama. Bie register kan sayang dekat gym. Lepas tu...”

 

“Suka hati.” Bunga malas hendak melayan bebelan Fazrin. Apa yang Fazrin cakap di iyakan sahaja. Nanti dia salah cakap merajuk. Macam kawin dengan budak-budak.

 

Tapi... Kenapa dalam mimpi aku Fazrin sangat berbeza. Bagaikan langit dan bumi perbezaannya. Dalam mimpi lagi, ganas, garang macam bad boy tapi yang real depan mata ni. Mata Bunga melihat Fazrin dari atas sampai ke bawah.

 

Allahuakhbar. Selipar jamban dia pakai. Sebelah lain, sebelah lain pula tu. Harap je muka kacak tapi pernampilan hampeh.

 

“Sayang tengok apa tu?” Fazrin melihat ke arah mata Bunga memandang. Kaki Rin, sayang tengok. Ada yang tak kena ke? “Kenapa pandang kaki Bie macam tu?”

 

“Tak ada pape? Dah awak stop cakap sekejap. Sakit tekak awak nanti.” Bunga cuba bersikap perihati, tetapi hakikat sebenar dia malas untuk melayan Fazrin berbual.

 

“Sayang tak perlu risau okay. Bie sakit tak apa yang penting bukan sayang yang sakit....”

 

Yela Muhammad Fazrin...

 

 

..

 

 

Lagi sekali Bunga kebingungan melihat sekeliling. Aku dekat mana ni? Rumah siapa ni?

 

“Sayang tercegat dekat pintu kenapa? Sini masuk.” Tangan Bunga di tarik untuk masuk ke dalam rumah.

 

“Rumah siapa ni?”

 

“Pondok kitalah sayang. Dah sayang duduk dulu.  Jangan buat pape. Pening sayang tu tak hilang lagi,” Bunga di bawa duduk di sofa yang berada di ruang tamu.

 

“Ye.” Bunga menurut kehendak Fazrin tapi matanya tidak henti melihat setiap inci rumah. “Tapi kenapa saya macam tak pernah datang sini?” Bunga melihat Fazrin yang datang mendekatinya dengan membawa segelas air.

 

Satu jentikan hinggap di dahi Bunga. “Sayang ni kenapa? Memang la tak pernah datang. Ni first time sayang datang. Ya Allah janganlah ambil kewarasan isteri ku.”

 

Bunga mengosok dahinya sambil menjeling Fazrin. “Lupalah saya baru kawin dengan awak!” Kenapa aku rasa aku dah lama bersama Fazrin. Macam aku dah lama kawin dengan dia.

 

“Nah minum. Lepas tu sayang rehat. Nanti apa lagi mengarut dia fikir.” Cawan berisi air di hulur.

 

“Tapikan awak. Kenapa saya rasa macam dah lama kawin dengan awak? Macam dah lama kenal awak,” yang bermain di dalam minda Bunga akhirnya di keluarkan jua.

 

Fazrin garu kepala untuk jawab pertanyaan Bunga. “Mungkin masa di alam berudu kita bestfriend kot.” Bunga tak sepatutnya ingat apa-apa.

 

“Hahahaha. Lawak sangat!” Bunga terbeliakan biji matanya memandang Fazrin. Suka sangat mengarut.

 

“Dah sayang pun tanya soalan mengarut.” Rin pula kena balik. Rin merajuk baru tahu. “Sayang minum air ni, lepas tu rehat.”

 

 

Bunga meneguk air yang Fazrin beri, Fazrin melihat Bunga minum hingga habis sambil memujuk diri sendiri. ‘Jangan merajuk Rin, Girl always right. Ingat jangan bantah.’

 

 

“Dah pergi rehat sana. Sayang ni ada wayar tak sembuh lagi ni.” Fazrin menarik tangan Siti agar ikutnya masuk ke dalam bilik.

 

“Suka hati cakap orang tak betul!” Satu cubitan hinggap di perut Fazrin.

 

Berkerut dahi Fazrin menahan sakit. Nasib kau la perut sentiasa jadi mangsa. Kerana mulut perut binasa. “Okay-okay. Bie minta maaf. Nanti hilang six pack Bie baru padan muka sayang.”

 

“Ada saya kisah,” six pack konon, lemak je banyak adalah.

 

“Sayang tak kisah tapi Bie kisah. Bie nak kelihatan sentiasa tampan di hadapan sayang. Biar mata sayang ni tak pandang laki lain.”

 

“Wek!” Bunga buat-buat seperti ingin termuntah.

 

Sayang wekkan Bie. Nasib baiklah sayang ni tak sihat. Kalau tak Bie dah ajak bergusti lagi tadi. “Wek lah sayang. Dah rehat. Bie nak kemaskan barang sayang.” Bunga di baringkan.

 

“Awak jangan pergi,” tangan Fazrin di tarik dan di gengam erat. “Saya tak biasa tempat baru. Saya takut.”

 

Fazrin kembali duduk di sebelah pembaringan Bunga. Wek kan Rin. Takut cari Rin juga sayang ni. Ubun-ubun Bunga di cium lembut. “Bie teman Sayang sampai tidur.”

 

Bunga menutup matanya sambil memeluk tangan Fazrin. Fazrin pula tidak henti tersenyum melihat Bunga yang semakin boleh menerima dirinya.

 

 

 Rin tak jahat sayang, Rin berterima kasih dekat sayang, kerana sayang Rin cuba berubah. Apa yang Rin buat sekarang ini semuanya untuk sayang.

 

 

Sebaik Bunga sudah betul-betul tidur Fazrin melangkah keluar dari bilik. Sebaik pintu bilik di tutup wajah manis Fazrin semerta menjadi serious.

 

 

Fazrin menoleh seketika pintu bilik. “Saya rasa macam dah lama kawin dengan awk.” Ayat Bunga sentiasa bermain di fikirannya. Sayang tak akan ingat apa yang pernah berlaku.

 

 

Telefon pintar di kocek seluar di keluarkan. Seseorang di hubungi. “Jual rumah tu.”

 

 

“kau ingat kau pindah dia tak dapat cari kau. Selicik kau licik lagi dia.”

 

“Kau jumpa kau bunuh,   kau tak perlu tunggu aku.” Fazrin terus mematikan panggilan.

 

“Aku cakap tak nak dengar. Kau sendiri yang bermain api. Kalau kau betul sayang, kau tak sepatutnya bermain dengan api. Kau ingat perempuan-perempuan yang pernah kau main dulu maafkan kau senang-senang ke. Kau tu bernasib baik je tak kena sihir, perut busung.” Firdaus membebel sendiri. Sakit hatinya kerana kena selesaikan masalah kawannya. Apa yang di bebelkan tiada kaitan dengan apa yang Fazrin arahkan.

 

“Yang perempuan sorang ni pisko sangat dah kenapa. Macam tak ada jantan lain dekat dunia ni.” Gambar seorang wanita muda di gengam hingga renyuk. Tak sudah-sudah mencari masalah.

 

..

 

 

Bunga cuba untuk tetap senyum walaupun hatinya tersentap dengan kata mengata yang keluar dari orang sekelilingnya. Kerana semua orang tahu siapa tunangnya sebelum ini. Kemudian dalam sekelip mata dia berkahwin dengan orang lain.

 

“Entah-entah jantan lain dah merasa. Sebab tu putus tunang.”

 

“Kecian betul laki tu kena jadi pak sanggup.”

 

“Ke dia bayar laki tu. Sebab nak tutup malu.”

 

“Aku rasa laki tu pun kawin dengan dia ni untuk rasa je. Dah puas confirm ceraikan. Kau ingat jantan ni nak sayang ke dengan perempuan yang dah kena tebuk. Semua sebab nafsu je.”

 

“Kan. Aku pun rasa macam tu. Lagi aku tengok macam langit dengan bumilah dia dengan laki dia tu. Tak caya aku laki handsome macam tu nak kan kain buruk.”

 

Sabar Bunga. Orang mengata kau. Kau dapat pahala. Kan bagus tu. Semakin lebar senyuman Bunga apabila memikirkan ganjaran yang dia dapat.

 

 

Lagipun yang berkeras untuk berkahwin dengannya adalah Fazrin. Dia dah menolak dengan kekerasan pun Fazrin tetap mahu berkahwin dengannya.

 

 

Ina yang melihat wajah Bunga semakin lebar tersenyum merasa cuak. Orang mengata boleh lagi senyum. Pelik ni. “Berseri muka kau Bunga. Seronok bercinta ke?”

 

“Gila kak tak seronok. Six pack kot!” Sengaja Bunga bercakap dengan kuat. “Ketul-ketul semuanya. Tapi tulah penat juga nak melayan. Kuat merajuk! Sikit-sikit minta pujuk. Sikit-sikit minta berkepit. Orang handsome memang macam ni kot!!”

 

“Aha!”

 

“Allahuakhbar!” Bunga mengusap dadanya kerana terkejut apabila Fazrin tiba-tiba muncul di tepinya.

 

“Kata tak kisah six pack Bie hilang. Mulut lain hati lain.” Pipi chubby Bunga di tarik kerana geram.

 

“Bie ni terkejut sayang.” Bunga sengaja bercakap kuat dan mengedik-gedik. “Nasib baik tak kena peninju sayang tadi,” Fazrin terus merasa seperti berada di awangan apabila Bunga memanggil dia dengan panggilan ‘Bie’

 

“Rindu sayang. Sebab tu Bie datang,” tangan Bunga di ambil dan di kucup dan di gengam erat. “Kita lunch sama sayang.”

 

“Ye. Tapi bieee... Bie tak kerja ke? Sayang tak nak tanggung biawak hidup.” Bunga melihat Fazrin sekilas sebelum memandang ke hadapan semula.

 

“Bie kerjalah. Order tak banyak jadi boss suruh balik,” terang Fazrin.

 

“Order? Awak jual dadah ke?” Bahu Fazrin di tolak kasar hingga hampir tergolek ke belakang Fazrin.

 

Ganaslah isteri Rin ni. Rin yang sado ni pun nak tergolek kena tolak. “Kilang la!”

 

“Saya tak percaya!” Bunga menepis tangan Fazrin yang cuba menyentuhnya semula. Laju melangkah meninggalkan Fazrin. Ina yang ikut dari tepi terpaksa turut melangkah laju mengikut Bunga.

 

Fazrin cuba mengejar dan menahan Bunga dari terus melangkah. “Bie kerja kilang. Sebab Bie kerja kilang sayang terus tak suka Bie!” Suara Fazrin kuat kerana tidak puas hati dengan tindakan Bunga.

 

“Bukan tu?” Tajam Bunga memandang anak mata Fazrin.

 

“Habis tu?!”

 

“Saya tak suka awak kerja kilang sebab ramai orang perempuan. Saya tak percayakan awak, termasuk perempuan perempuan tu.”

 

Jeng! Sebab tu terus tak caya. Serious perempuan memang complicated. “Kilang Bie kerja semua lelaki la sayang.”

 

“Tak caya! Mana ada kilang semua lelaki. Awak ingat saya tak pernah kerja kilang. Ingat saya tak tahu!”

 

Garu kepala Fazrin melihat isterinya. Mata Fazrin memandang Ina untuk meminta pertolongan untuk menyakinkan Bunga. “Betul sayang. Bie tak tipu. Bahagia office je ada perempuan,” suara Fazrin kembali lembut untuk memujuk. Ingatkan Bunga tak suka dia kerana dia kerja kilang. Rupanya marah sebab perempuan saja. Dia kata kerja kilang pun semata untuk uji Bunga. Rupanya dia pula yang terkena.

 

“Tengok! Awak tipu saya!”

 

“Ye! Bie tipu sayang. Tapi bahagian Bie kerja memang semua lelaki. Bie sanggup bersumpah,” Fazrin angkat tangan untuk bersumpah. Memang semua lelaki nak takut apa. Rin memang ambil pekerja semua lelaki semata untuk sayang. Rin tahu sayang kuat cemburu. Kata sahaja tak suka Rin, bila perempuan dekat dia cemburu.

 

“Buktikan!”

 

“Buktikan?” Rin nak buktikan macam mana ni sayang. “Ah! Bie call kawan Bie. Kita buat video call sayang tengok sendiri.”

 

“Ermm. Cepat!”

 

“Okay-okay. Bie call sekarang.”

 

..

 

 

 

“Kenapa tak bagitahu awal. Boleh sayang orderkan sekali tadi,” Suara Bunga lembut sekali tidak seperti bergaduh beberapa minit tadi.

 

“Nak makan satu pinggan dengan sayang. Ahh!” Fazrin membuka mulutnya meminta Bunga menyuapkannya.

 

Mulut yang mengata Bunga semerta terdiam apabila melihat cara Fazrin melayan Bunga. Dari bergaduh hingga Fazrin memujuk. Jelas menunjukan Fazrin berkahwin dengan Bunga bukan kerana terpaksa seperti mereka umpatkan.

 

Ina yang berada di hadapan Bunga dan Fazrin hanya tersenyum melihat gelagat mereka berdua. Nasib baik dia dah kawin. Kalau bujang boleh jadi hari ni juga minta kawin.

 

Fazrin dekatkan bibirnya di telinga Bunga dan berbisik. “Sayang ingat, sayang kena diet. Jangan order macam ni lagi. Hehehe.”

 

Bunga berikan jelingan maut pada Fazrin. “Saya tahulah!”

 

“Tak-tak. Bie gurau. Suka tengok muka sayang marah macam ni. Lagi comel.”

 

 

..

 

 

“Hahahaha...” Firdaus tak boleh berhenti ketawa apabila mengetahui Fazrin takut dengan isterinya. Sama sahaja seperti Fazrin bersama dengan Bunga dulu. Tak pernah berubah.

 

Depan orang laki bukan main ganas. Depan bini terus lembik. “Hahahaha...”

 

“Aku rasa wife Rin, Bunga bukan jenis kuat cemburu. Tapi kenapa tadi berbeza sangat. Macam...”

 

 

 

 

 

 

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience