KERNA KAU MILIK AKU EP10

Drama Series 12503

 

Fazrin turun dari kereta seperti biasa. Seperti tiada apa yang berlaku. Salam di beri sebelum pintu rumah di buka.

 

“Sayang, Bie dah balik,” Bunga di panggil. Tetapi tiada sahutan. Fazrin tahu rumahnya kosong. Dia juga tahu Bunga sedang larikan diri darinya.

 

Nombor Mustafa di hubungi kerana orang yang terakhir Sofia jumpa adalah Bunga dan Mustafa. Ini bermakna Bunga bersama dengan datuknya.

 

“Mana isteri Rin?” Tanpa salam Fazrin terus menyoal.

 

“Bunga tiada dengan atuk!” balas Mustafa tenang.

 

“Bohong! Mana isteri Rin!” kuat Fazrin menjerit.

 

Mustafa balas pertanyaan Fazrin dengan mematikan panggilan. Mustafa tetap tenang melihat permandangan luar dari dalam kenderaan. “Rumah atuk tak selamat, Atuk bawa Bunga ke tempat lain.”

 

“Ikut Atuk, yang penting Bunga dapat tenangkan diri,” balas Bunga yang duduk di sebelah Mustafa. Dia juga sedang menikmati permandangan yang tenang.

 

 

..

 

 

Fazrin melulu masuk ke rumah Mustafa dengan wajah yang bengis. Kakinya melangkah naik ke tingkat dua yang menempatkan bilik datuknya itu. Tanpa sebarang ketukan Fazrin terus buka pintu bilik milik Mustafa.

 

“Mana Atuk sorok isteri Rin?!”

 

“Buat apa Atuk nak sorok isteri kamu,” jawab Mustafa dengan tenang.

 

“Jangan ingat Rin tak tahu, Atuk datang jumpa isteri Rin sebelum isteri Rin hilang!” marah Fazrin.

 

“Jadi apa salah atuk? Isteri Rin hilang tak ada kaitan dengan Atuk.”

 

“Hahahaha... hahahaha...” Fazrin gelak dengan kuat sekali. “Jadi Atuk nak tengok lah cucu terakhir atuk melayang kehilangan nyawa macam cucu kesayangan atuk dulu.”

 

Riak wajah Mustafa berubah.

 

“Nak Rin ingatkan macam mana dia mati atas tangan ketamakan keluarga dia sendiri. Sebab adik, sebab mak ayah sendiri nyawa dia tergadai. Nyawa isteri dia pun di hujung tanduk.”

 

Fazrin melangkah dekati Mustafa. “Tapi kau orang silap, silap orang. Aku yang buat ubat tu bukan Reen. Beruntung muka aku sama seperti muka cucu kau sendiri, nama pun hampir sama,” Fazrin melihat wajahnya di cermin dan di usap pipinya dengan tangan. “Aku dapat selamat kan diri. Aku pun dapat wife cucu kau! Orang yang aku sayang sebelum Reen kenal.”

 

 

“Abang! Aliya nak abang! Aliya nak!” Badan Aliya yang mengigil mencari ubat di badan Fazreen yang terbaring tidak sedarkan diri. Dia perlu hilangkan rasa sakit di badannya.

 

“Aliya!” suara keras menegur. “Kau buat apa dekat Abang kau! Mama suruh jaga bukan buat dia pengsan!” Carmelia menolak jauh badan Aliya lalu di periksa keadaan Fazreen.

 

“Aliya nak ubat, Aliya tak tahan mama.” Aliya memeluk tubuh sendiri. Terasa sejuk di seluruh badannya.

 

Carmelia mula gelabah apabila nadi Fazreen tidak dapat di baca. Telinganya juga di lekapkan di dada Fazreen tetapi tiada satu degupan jantung kedengaran. “Abang tolong!” Carmelia memanggil  Nawawi yang sedang duduk senang lenang.

 

Nawawi datang untuk melihat Fazreen tetapi hasilnya sama seperti Carmelia. Fazreen sudah tiada.

 

“Habis semua plan mama sebab kau Aliya!” Aliya di marah sepuas hatinya. Melati dan Armada terlebih dahulu dia bunuh kerana mereka berdua tidak berguna. Sudah di ugut tetap tidak mahu berikan formula ubat untuk memadam ingatan seseorang. Jika dia dapat fomula itu dia akan terus masyur tanpa perlu takutkan sesiapa.

 

Sekarang tinggal perempuan tak guna ni saja. Bunga yang sedang pengsan kerana di beri ubat tidur di pandang dengan penuh amarah.

 

“Pilihan yang terakhir,” Nawawi melihat ke arah Bunga.

 

“Pindahkan dalam bilik lain. Dia nampak semua orang mati, lagi susah kerja kita,” arah Carmelia.

 

Nawawi tarik sahaja rambut Bunga dan di serit ke bilik lain.

 

“Ubat! Aliya nak ubat.” Aliya mengeledar rumah milik Armada untuk mencari ubat yang membuat dia ketagih.

 

“Abah!” Kedengaran suara seseorang dari luar rumah. Nawawi dan Carmelia menjadi cuak. “Abah!”

 

Fazrin menekan telefon di tangan, sudah banyak kali dia menelefon Armada tetapi tiada satu pun panggilan yang di jawab. Tidak pernah Armada begini. Pasti sesuatu telah berlaku pada Armada. Kerana itu dia beranikan diri ke rumah Armada.

 

Fazrin teragak-agak untuk melangkah ke pintu utama milik Armada. Apabila keberanian sudah ada pintu rumah Armada terbuka sendiri dari dalam. Kelihatan Aliya berdiri melihat ke arahnya.

 

“Eh! Abang hidup lagi,” Aliya melihat Fazrin dengan wajah tersenyum. “Masuklah Abang, isteri abang tengah tidur.”

 

Fazrin terkejut melihat adik ipar Bunga berada di dalam rumah Armada. Fazrin melangkah masuk seperti di arahkan dan lagi sekali terkejut apabila tubuhnya di hempap seseorang dengan tiba-tiba. Apabila di lihat rupanya Armada yang sudah berlumuran darah pada badannya.

 

“Abah!”

 

“Bun...ga... se. La..matkan...” suara Armada tersekat-sekat.

 

 

“Sebab ketamakan kau sekeluarga sanggup buang mayat anak sendiri hingga tak bernama. Kau ingat aku pak turut yang akan ikut semua kemahuan kau. Kau silap orang Mustafa. Aku bukan seperti cucu kau yang tamak tu. Bagus juga Reen mati, sekurangnya Bunga cinta hati aku selamat selamanya.”

 

Fazrin duduk di hadapan Mustafa dengan tenang, tetapi sebaliknya bagi Mustafa. Dia tersilap langkah memilih Fazrin menganti cucunya. Jika masa boleh di undur balik dia lebih rela menerima kematian cucunya.

 

“Untuk kali terakhir aku bertanya,” Fazrin berikan telefon pintar pada Mustafa. Terpampang video Aliya yang berusaha mencari nafas.

 

“Antidote berada di sini,” Fazrin tersenyum sambil buka telapak tangannya. Sebiji pill di dalam plastik putih jernih kelihatan.

 

Pantas tangan Mustafa mengambil pen dan kertas, alamat keberadaan Bunga di tulis dan di berikan kepada Fazrin.

 

“Terima kasih.” Fazrin bangun dan hulurkan ubat penawar kepada Mustafa. “Tapi lagi dua rasanya dah K.O.”

 

Mustafa faham siapa yang Fazrin maksudkan dan berlari mendapatkan cucunya. Fazrin turut melangkah ke bilik Aliya. Mahu melihat sama ada nyawa Aliya dapat di selamat atau tidak.

 

 

Fazrin menepuk tangan dan semerta Mustafa menoleh. “Syabas cucu kesayangan dapat di selamatkan. Tapi aku dah balas balik nyawa yang pernah diaorang ambil. Dua. Untuk abah dan mak Bunga.” Kemudian Fazrin melangkah pergi meninggalkan Mustafa dan Aliya.

 

Saat melalui ruang tamu, Fazrin tersenyum sinis melihat Nawawi dan Carmelia yang sudah tidak bernyawa.

 

 

..

 

 

Baju berhoodie berwarna hitam di pakai, topeng muka di pakai dan hoodie di tarik agar dapat menutup seluruh wajahnya. Pernampilannya di lihat di balik cermin. Saat kakinya melangkah keluar dari bilik terasa jantungnya berdebar.

 

“Rin, kau nak keluar ke?” Firdaus menegur, pertama kali melihat Fazrin ingin keluar dari kawasan makmal. Selalunya kawannya itu hanya kirim sahaja jika inginkan sesuatu.

 

Fazrin membalas dengan anggukan kepala dan terus melangkah lebih laju. Alamat yang berada dalam gengaman tangannya di buka.

 

Dari jauh Fazrin memerhati Bunga yang berada di dalam rumah. Dia ingin bercakap berbual dengan Bunga seperti orang lain tetapi dia tidak berani. Dia takut jika Bunga mengenali dirinya kemudian tidak mahu berkawan dengannya lagi.

 

Armada melangkah keluar dari pagar rumahnya, Kakinya melangkah menghampiri Fazrin tetapi sedikit pun Fazrin tidak sedar kerana matanya tidak berganjak memerhatikan Bunga.

 

“Kamu skodeng siapa Rin.”

 

Fazrin yang terkejut dengan teguran Armada mengambil keputusan untuk lari tetapi bajunya terlebih dahulu di tarik oleh Armada. “Nak lari pula, masuk!” Geling kepala Armada melihat Fazrin. “Kamu ingat abah tak kenal kamu, bayang kamu sekali imbas pun abah kenal la.” Fazrin di herit secara paksa oleh Armada untuk masuk ke rumahnya.

 

Tadi dia melihat Bunga dari jauh, kini Bunga berada di depannya tetapi Fazrin tidak berani mengangkat muka untuk melihat Bunga. 

 

“Awak nak apa cari saya?” Bunga melihat Fazrin dengan pandangan tidak puas hati. Tidak berpuas hati sejak kes dia tidak di benarkan melihat Fazrin memasukan ubat ke dalam badannya.

 

“Rin nak minta maaf,” Fazrin bercakap tanpa melihat Bunga.

 

“Nak minta maaf pandang muka saya ni! Tu baru ikhlas,” tegur Bunga.

 

Takut-takut Fazrin ingin memalingkan wajahnya untuk melihat Bunga.

 

“Pandang cepat!” marah Bunga.

 

Fazrin yang terkejut terus mengangkat muka dan memandang tempat ke mata Bunga. “Sa...ya, saya minta maaf. A...awak maafkan saya, nan.. nanti saya bagi ten.. tengok ulat.”

 

Itulah kali pertama kali Fazrin dan Bunga bertentang mata antara satu sama lain. Fazrin terpesona dengan mata Bunga yang bersinar cantik, dan Bunga terpanar dengan ketampanan Fazrin.

 

 

Bunga yang duduk bersendiri tersenyum sendiri apabila teringat kembali saat dia dan Fazrin bertemu. Dari awal dia tahu Fazrin bagaimana sebab itu dia yakin Fazrin tidak pernah curang dengannya. Sebenarnya dia bersyukur sangat suaminya itu Fazrin.

 

Cuma sejak keyakinan diri Fazrin pulih, Fazrin jauh sangat berbeza. Mungkin sekarang ini sikap Fazrin sebenar sebelum Fazrin hilang keyakinan diri. Mesti suaminya itu lebih teruk dulu sebab Fazrin sendiri mengaku dia seorang playboy.

 

“Pandailah Bie cari sayang,” Bunga sedikit mengeluh dan mengubah kedudukannya dari duduk kepada baring mengiring. Angin yang sempoi-sempoi bahasa membuatkan Bunga ingin terlena.

 

 

Fazrin yang melihat Bunga dari jauh merasa lega melihat isterinya tidak apa-apa. Fazrin terkenangkan kembali saat dia melihat Bunga dari jauh sebegini sebelum ini.

 

Ke mana sahaja Bunga pergi pasti Fazrin akan ikut sekali walaupun dia hanya memandang Bunga dari jauh. Dia mahu berkawan dengan Bunga tapi pada masa yang sama dia takut.

 

 

Apabila melihat Bunga bertemu berbual mesra dengan kawan-kawannya membuatkan Fazrin merasa cemburu.

 

Kerana itu Fazrin mencipta ubat untuk Bunga sentiasa ingat padanya. Dia mahu Bunga beri perhatikan padanya sahaja tetapi Fazrin tahu apa yang dia lakukan adalah salah. Ubat yang di cipta hanya di berikan sekali sahaja pada Bunga. Iaitu ketika Bunga berada dalam keadaan koma. Kerana dia tidak mahu Bunga bersedih atas kehilangan kedua orang tuanya, dia tidak mahu Bunga ingat apa-apa kecuali dirinya. Dia mahu Bunga mulakan hidup baru tanpa kenangan silam.

 

Melihat Bunga melangkah masuk ke dalam rumah, Fazrin turut melangkah dekati Bunga. Perlahan-lahan Bunga melangkah memijak tangga kayu. Risau jika tersilap langkah bawa binasa pada dia dan anaknya.

 

Fazrin yang risau dengan keselamatan Bunga pantas memimpin Bunga untuk naik ke rumah.

 

“Astrafiruallah... Terkejut lah,” bahu Fazrin di pukul kerana tindakan refleksi.

 

“Maaf sayang, Bie tak sengaja nak terkejutkan sayang, Bie risau tengok sayang naik tangga ni, Bie tak puas lagi hidup dengan sayang.”

 

“Lelaki semua mulut manis,” Bunga berkata sendiri tetapi jelas di dengar oleh Fazrin.

 

Rin tak begitu sayang, “Bie sanggup lakukan apa saja untuk buktikan apa yang Bie cakap betul.” Bunga di pimpin hingga duduk di kerusi yang ada di ruang tamu.

 

“Anak ayah buat apa hari ni? Rindukan ayah tak?” Fazrin mengulas lembut perut Bunga. Melihat Bunga diam sahaja sambil melihat dia berbual dengan anaknya, Fazrin perlahan-lahan berikan kucupan di perut Bunga.

 

“Bawa air buah tak?”

 

Tangan yang mengulas perut Bunga semerta terhenti. Habislah, lagi sekali kena harap ragam pelik Bunga. “Ada-ada, Bie letak dalam kereta. Bie pergi ambik.”

 

“Tak payah nak tipu! Muka awak tu tak sesuai untuk menipu!” Wajah Fazrin di lihat dengan tajam. Macam tikus mondok Fazrin kerana takut.

 

“Bie belikan sekarang. Sayang nak ikut? Jalan-jalan pusing kampung sekali,” pujuk Fazrin.

 

“Malas! Sakit kaki nak jalan, Tak nampak agaknya kaki saya bengkak,” marah Bunga.

 

“Tak yah jalan sayang, duduk je dalam kereta sambil minum air buah, best sayang,” Fazrin ingin bawa Bunga sekali kerana dia takut jika Bunga melarikan diri lagi.

 

“Dah cepat!” Bunga bangun dari duduk dengan bantuan Fazrin. “Tadi dekat bawah tak nak ajak, orang dah naik atas baru sibuk nak àjak,” bebel Bunga sendiri.

 

“Sayang jangan bebel kuat sangat, nanti jatuh dekat anak, sayang juga yang penat nak layan nanti,”

 

 

 

 

 

 

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience