SEBULAN KEMUDIAN...
“Assalamualaikum.” Salam di beri sebaik sahaja pintu rumah di buka. Kaki terus melangkah ke ruang tamu. Beg di campak sahaja di salah satu sofa yang kosong. “Bie dah balik?”
“Dah sayang. Duk sini.” Fazrin menepuk ruang kosong di sebelahnya.
Badan yang letih terus di rebahkan ke sofa. Tangan halusnya pantas mencapai tangan berurat milik suaminya. Di salam dan di kucup tanda hormat. Pipi suaminya turut tidak tinggal di berikan kucupan sebelum merebahkan kepala di pangkuan Fazrin. Matanya di tutup rapat untuk menghilang rasa letih.
Fazrin tersenyum manis melihat Bunga yang sudah tidak kekok untuk menciumnya. Tidak kekok apabila bersamanya. Kepala Bunga di ulas lembut. “Banyak kerja ke hari ni sayang?”
“Aha. Belakang sayang sakit. Nak urut.” Bunga membalas dengan mata tertutup.
Tangan Fazrin semerta mengurut perlahan belakang Bunga. “Sayang angkat barang berat lagi ke?”
“Tak. Hari ni duduk je. Tak sempat nak bangun langsung. Mata pun sakit, tengok PC je,” adu Bunga
“Bie sediakan air mandi sayang.” Fazrin mengambil bantal hiasan untuk mengantikan pahanya sebagai alas kepala Bunga.
Air panas dan sejuk di buka serentak. Suhu air di rasa dengan tangan hingga betul-betul sesuai untuk di gunakan. Pewangi di titiskan ke dalam air.
“Sayang. Air dah ready.” Fazrin bersuara dari pintu bilik mandi tetapi tiada respond dari Bunga.
Fazrin melangkah dekati Bunga. Tidur rupanya. “Sayang bangun.” Badan Bunga di sentuh lembut. “Tak elok tidur waktu macam ni.”
“Tertidur sendiri.” Bunga bangun dalam keadaan malas.
“Dah pergi mandi. Air dah siap.”
“Ermm. Terima kasih” Bunga terus melangkah masuk ke dalam bilik pakaian terlebih dahulu sebelum keluar dengan membawa baju untuk di tukar.
Sebaik Bunga masuk ke bilik mandi. Fazrin melangkah ke dapur. Air minum di bancuh dan di titiskan ubat, kemudian di hidangkan di meja kopi berhadapan dengan TV. Fazrin duduk melihat TV sambil menunggu Bunga siap urusannya.
Beberapa minit kemudian...
“Ni duduk depan Bie,” Fazrin memanggil Bunga setelah melihat Bunga menuju ke dapur.
“Sekejap,” Bunga ke dapur dan mengambil coklat kegemarannya terlebih dahulu sebelum duduk di hadapan Fazrin.
“Bie nak?” Bunga menawarkan coklat di tangannya.
“Tak, sayang makanlah,” Rambut Bunga di lap lembut kemudian di sikat rapi. “Sayang kalau letih, tak nak kerja pun tak apa. Insyallah Bie boleh tanggung sayang.”
Bunga geling kepala. “Sayang nak kerja, boring duduk rumah tak buat apa.”
“Yela, tapi sayang kena ingat janji sayang. Kalau ada anak Bie tak nak sayang kerja. Bie tak berani hantar anak untuk orang jaga.”
“Ye, sayang pun tak nak orang jaga anak sayang. Bie tak nak kenalkan sayang dekat family Bie ke?” Sebulan berkahwin dengan Fazrin, Bunga ternanti juga jika Fazrin ingin memperkenalkan dia pada kedua orang tuanya. Tapi penantian Bunga tidak kunjung tiba.
Sikat yang menyisir rambut Bunga terhenti. Wajah biasa Fazrin bertukar kelat. Sudah di ceritakan sedikit perilah keluarganya kepada Bunga. Tapi tidak sangka Bunga tetap mahu bertemu dengan kedua orang tuanya. “Sayang tahukan family Bie macam mana?”
“Tapi tak kan Bie tak nak bagitahu mereka langsung Bie dah kawin.”
Mereka dah tahu Rin dah kawin, tapi mereka tak tahu Rin pernah ceraikan sayang dan kawin semula dengan sayang. “Nanti Bie fikirkan.”
“Seburuk mana pun mak ayah kita, Di tetap orang tua kita Bie. Tanpa mereka kita tak akan wujud dekat dunia ni. Mereka yang jaga kita sampai kita boleh berdikari sendiri. Ada keluarga sendiri,” Bunga cuba memujuk Fazrin agar tidak membenci orang tuanya. “Lagi Bie anak lelaki, memang tanggungjawab Bie untuk jaga mereka.”
“Ye Bie tahu, Dah margib, sayang pergi ambil wuduk kita solat sama,” Fazrin cuba mengelak dari bercakap tentang keluarganya.
..
Rumah agam terserla agung di atas bukit. Sesiapa yang ingin masuk di periksa dengan rapi.
“Memang masuk susah macam ni ke Bie?” Bunga bertanya. Sudah letih dengan perjalanan jauh. Kini dia seperti di tahan seperti seorang persalah.
Fazrin balas dengan anggukan kepala sahaja. Wajahnya kelihatan serious hingga Bunga juga hampir takut untuk bersuara. Kelihatan Fazrin bukan seperti yang Bunga kenal. “Sayang jangan sesekali jauh dari Bie.”
Melihat cara Fazrin yang serious membuatkan Bunga merasa takut. Dia juga semakin merapatkan diri pada Fazrin.
“Boleh masuk,” Beg tangan Bunga di pulangkan semula.
Sebaik mendapat kebenaran, Fazrin melangkah keluar sambil di ikut rapat oleh Bunga. Sebaik keluar kereta buggy sudah berada di hadapan mereka berdua. Fazrin menarik tangan Bunga agar mengikutnya naik.
Sebaik tiba di pintu utama, Fazrin dan Bunga di sambut oleh seorang wanita tua yang bertudung labur. “Rin, mama rindukan Rin.” Wanita yang mengelar dirinya mama itu memeluk Fazrin dengan erat tapi tidak di balas oleh Fazrin.
“Ni isteri Rin, Amaryllis. Panggil Lis,” Fazrin memperkenalkan Bunga pada mamanya.
“Oh... Ni menantu mama.” Bunga di sambut dengan pelukan mesra. Bunga merasa pelik kerana apa yang di ceritakan Fazrin sangat berbeza dengan cara sambutan yang di terima.
“Jom masuk, papa ada dekat ruang tamu.” Carmelia memperlawa mereka berdua masuk. Apabila Bunga tidak melihat ke arahnya wajah Carmelia berubah seperti ingin menikam Bunga dari belakang.
“Abang...” Seorang gadis yang hampir sebaya dengan Bunga muncul berlari untuk mendapatkan Fazrin. Fazrin dengan pantas mengelak dari di peluk gadis itu.
“Hi Bunga, kita bertemu lagi.” Lagi sekali Bunga di sambut mesra.
Bunga menyambut salam gadis itu dan memandang Fazrin. Dia tidak faham dengan bertemu lagi? Rasanya ini kali pertama dia bertemu dengan gadis di hadapanya.
“Adik Bie. Aliya.” Fazrin memperkenalkan Aliya pada Bunga. Bunga balas dengan anggukan kepala. Sudah bersalam dengan Aliya, Fazrin terus menarik tangan Bunga agar ikutnya.
“Baru nak muncul, masalah apa lagi kau buat,” suara garang menegur kehadiran Bunga dan Fazrin. Bunga semerta memegang erat lengan Fazrin kerana takut.
“Rin datang untuk perkenalkan isteri Rin pada semua orang,” balas mendatar Fazrin. “Bukan Rin yang patuh papa risau. Terjadi apa-apa pada orang sekeliling Rin. Terima padahnya. Jadi kurung haiwan perliharan papa dengan betul.” Fazrin menjeling tajam pada Aliya.
Aliya tersenyum sinis melihat Bunga dari belakang. Aliya melangkah ke dapur selepas mendapat isyarat mata dari Carmelia.
“Rin bila sampai?” Satu lagi suara tua menegur Fazrin.
“Baru,” Balas Fazrin sepatah.
Kelihatan lelaki tua bertongkat sedang menuruni tangga. “Ni isteri Rin?”
“Ye, boleh panggil Lis,” balas Bunga dengar suara berketar takut.
“Jangan takut Lis, Pak cik tua ni datuk Rin. Lis boleh panggil atuk sahaja.” Mustafa memperkenalkan dirinya pada Bunga. “Mari duduk Lis, Lis pertama kali datang sini. Buat seperti rumah Lis.”
Sebelum melangkah Bunga melihat suaminya dahulu. Melihat anggukan Fazrin baru Bunga melangkah duduk bersebelahan Mustafa. Fazrin turut ikut melangkah duduk bersebelahan Bunga.
“Umur Lis berapa?”
“29 Tuk.”
“Kamu beza setahun dengan Rin.”
“Ye tuk. Atuk apa khabar?” Bunga cuba untuk berbual mesra dengan ahli keluarga Fazrin.
“Atuk baik sahaja. Cuma mata atuk tak berapa nampak sekarang. Atuk nak baca buku pun susah.” Mustafa mengadu.
“Lis boleh bacakan buku untuk Atuk, Lis pun suka baca buku sebelum tidur. Sebab buku ubat tidur Lis. Rin yang ajar Lis.”
“Bunga jemput lah minum, Aliya buat sendiri untuk Bunga rasa.” Aliya datang dengan membawa dulang berisi beberapa gelas cocktail. Lalu di berikan satu kepada Bunga.
“Terima kasih,” Bunga tersenyum menerima gelas dari Aliya.
Baru ingin masukkan sesuap di dalam mulutnya. Gelas yang di pegang pecah di pukul tongkat Mustafa. Sudu yang berada di tangannya juga terpelanting jauh di tepis oleh Fazrin.
“Siapa benarkan dia keluar?” Suara Mustafa sangat kuat menandakan dia sangat marah.
Bunga yang terkejut semerta menjadi takut. Baju Fazrin di gengam kuat.
“Dia cucu ayah juga,” balas Nawawi. “Kenapa Aliya tak boleh bebas macam Fazrin?”
Mustafa menghentak tongkatnya ke lantai dengan kuat sekali. Matanya merah menahan marah memandang ke arah anaknya. “Aku tak ada keturunan cucu macam ni!”
Aliya sudah mengigil ketakutan. Apa yang di rancang tidak menjadi.
“Apa salah Aliya, Ayah.” Carmelia pula bersuara.
“Kau nak tahu apa salah dia? Kau suruh anak kau jilat apa yang dia bagi dekat penyambung keturunan aku!”
Aliya pantas melutut di hadapan Mustafa. “Maafkan Aliya Atuk. Aliya janji tak buat lagi.”
“Kurung dia!” Lagi sekali Mustafa menjerit. Pengawal peribadinya semerta datang membawa Aliya pergi.
“Lis ikut atuk.” Mustafa bangun berdiri. Bunga mengeling kepala tanda dia tidak mahu ikut Mustafa kerana takut.
“Sayang pergi nanti Bie datang.” Fazrin memberi arahan.
Bunga teragak untuk menurut kehendak Fazrin tetapi melihat Fazrin menyakinkan dirinya tiada apa-apa yang berlaku Bunga bangun mengikut Mustafa pergi.
Setelah Bunga tidak kelihatan Fazrin pun bersuara. “Nyawa di balas nyawa. Memaafkan tidak bermakna melupakan. Mungkin sekarang belum terbalas tapi masa sentiasa berputar.” Fazrin bangun dan melangkah pergi meninggalkan Carmelia dan Nawawi.
“Berapa kali nak aku cakap! Jaga anak kau baik-baik.” Nawawi bersuara memarahi Carmelia.
“Mana saya nak tahu dia buat apa? Abang sendiri nampak dia baik sahaja. Tak ada buat salah apa-apa.” Carmelia mempertahankan anaknya. “Ayah Abang tu yang tak suka Aliya.”
“Banyaknya buku atuk,” Bunga sampai berpusing – pusing melihat kawasan bilik bacaan Mustafa yang di penuhi buku dari atas hingga ke bawah.
“Mana yang Lis suka, Lis ambik sahaja,” Mustafa tersenyum melihat gelagat isteri cucunya.
“Betul ke Tuk,” Bunga menjadi teruja.
“Ye. Ambil sahaja apa yang Lis suka,” Mustafa duduk di kerusi yang tersedia di ruangan membaca.
Satu persatu buka di belik sebelum Bunga mengambil dua buah buku yang menjadi pilihannya. “Lis ambik buku ni boleh Atuk?” Dua buku di tangannya di tunjukkan kepada Mansur.
“Boleh. Lis duduk dekat dengan Atuk. Atuk nak cakap sesuatu dengan Lis,”
Bunga duduk di depan Mansur seperti yang di arahkan. Tangan Bunga semerta di tarik dan di gengam erat. “Terima kasih Lis, terima kasih,” Mata Mustafa sudah bergenang dengan air mata. “Kerana Lis, Rin berubah. Terima kasih dapat terima cucu Atuk.”
“Lis tak buat apa Atuk,” dia berkahwin dengan Fazrin kerana terpaksa bukan atas kehendak dia. “Lis tak suka Rin pun sebenarnya. Lis kena paksa kawin dengan Rin,” Bunga akhirnya buka cerita kerana tidak mahu Mustafa salah faham.
“Tapi sekarang Lis sayangkan Rin kan?”
Dengan malu, Bunga mengangguk kepala. “Bila dah bersama Rin, Rin tak lah seperti yang Lis dengar. Jauh beza sekali.”
Mustafa merasa lega dengar penjelasan dari Bunga dan tersenyum dengan penuh makna.
Ketukan di pintu kedengaran dan muncul Fazrin apabila pintu di buka. “Sayang berbual apa dengan Atuk?”
“Tak ada pape,” pantas Bunga jawab.
Mustafa tersenyum sambil mengenyitkan mata apabila Bunga memandang ke arahnya.
“Are you serious, nothing?” Fazrin bertanya lagi sekali.
“Yes,” dengan yakin Bunga jawab.
“Okay, Rin dengan Lis balik dulu Atuk. Nanti kami datang melawat lagi,” Fazrin meminta diri.
“Kenapa Rin tak tidur sini sahaja? Nak kamu datang lagi belum tentu tahun depan pun kamu datang,” balas Mustafa.
Melihat Fazrin hanya diamkan diri, Bunga bersuara. “Lis janji nanti Lis bawa Rin datang lagi,” Bunga tidak sampai hati untuk menghampakan permintaan Mustafa.
“Atuk pegang janji Lis,” Mustafa mengusap lembut kepala Bunga. “Rin pandu hati-hati. Jaga isteri baik-baik.”
“Baiklah,” balas Fazrin dengan tidak mesra. “Jom sayang.”
“Lis minta diri dulu,” tangan Mustafa di ambil untuk di salam dan di cium. Kemudian buka yang di letakan di meja kopi di ambil sebelum melangkah ke arah Fazrin.
“Bie ada kucing lah,” Bunga melepaskan tangan Fazrin dan mengejar kucing yang berlari laju menuruni tangga.
“Hati-hati sayang,”
Bunga melihat kucing yang di kejar berhenti menjilat cocktail yang tumpah tadi. Bunga yang ingin melangkah dekati kucing itu di tegur. “Jangan dekat sayang! Kaca,” Fazrin tidak mahu Bunga terluka jika terpijak kaca yang tidak nampak dengan mata.
Langkah kaki Bunga terhenti. “Main kucing dekat rumah saja sayang.” Fazrin tarik tangan Bunga semula agar mengikutnya.
“Yela, baby Bie mesti rindu dengan kita kan,” Bunga ikut kehendak Fazrin.
Kucing yang sudah puas menjilat cocktail, lagi sekali berlari keluar rumah mengikut langkah Bunga dan Fazrin. Tapi sebelum sampai di pintu utama, kucing itu rebah ke bumi.
“Bie, kucing tu kenapa?” Bunga cuba untuk dekati tapi lagi sekali di halang oleh Fazrin.
“Jangan sentuh apa-apa. Sayang patut faham kenapa Bie tepis tangan sayang tadi. Jom balik,” Fazrin menarik tangan Bunga hingga Bunga mengadu sakit. “Maaf sayang. Bie tak sengaja.”
Satu susuk tubuh melihat Fazrin dan Bunga meninggalkan perkarangan rumah agam Mustafa dari jauh, senyuman manis terukir di bibir tetapi penuh dengan makna yang tersirat. “Bunga Amaryllis masih hidup.”
Share this novel
arukbfazrin Mustafa bukan Mansur Jan, tersilap dengan forsaken Princess kot niel