KERNA KAU MILIK AKU EP12

Drama Series 12429

"Biarlah kak, memang dia macam ni, nanti pandailah dia bangun sendiri," Bunga tidak memperdulikan Fazrin yang pengsan.

 

"Tapi Bunga,"

 

"Tak ada tapi tapi," Bunga memotong kata Amalina. "Akak duduk rumah saya kan? jadi ikut cakap saya," tegas Bunga.

 

"Amar pergi main lompat-lompat dekat ayah. Pijak ayah sampai ayah bangun," arah Bunga pada bakal anak tirinya.

 

"Tapi auntie, Amar tak nak main lompat-lompat, Amar nak baring," jawab Amar dengan polos.

 

"Boleh-boleh, pergi baring atas ayah sana," dengan senang hati Bunga mengizinkan. Tipu kalau dia tidak sakit hati dengan kemunculan Amalina dan Amar. Dia tak larat kerjakan Fazrin tapi ada cara lain boleh dia lakukan.

 

"Yeh!!! Amar boleh baring dekat ayah," dengan gembira Amar dekati Fazrin yang tidak sedarkan diri. Badan Fazrin di naik dengan mudah dan menyiarap di atas badan Fazrin sambil menongkat dagu. Matanya pula melekat pada rancangan kartun yang tersiar di TV.

 

 

Puas hati Bunga melihat Amar di atas Fazrin, kalau di ikutkan hati dia nak Amar belasah sahaja ayahnya itu. "Akak dah siap masak ke?" Bunga menukar pandangan mata ke arah Amalina.

 

"Dah!" Amalina risau jika Amar tiba-tiba di marahi Fazrin jika lelaki itu sedar.

 

"Bunga nak makanlah kak, lapar. Terima kasih kak tolong masakan," Bunga bangun menuju ke dapur.

 

"Ye tak apa, Bunga dah bagi akak tumpang rumah Bunga, akak dah bersyukur sangat. Bunga duduk saja, akak hidangkan," Amalina mengikut langkah Bunga. Biarlah Amar dengan ayahnya.

 

"Terima kasih kak, kalau akak betul madu saya, saya okay je kak. Kita boleh jadi kawan. Saya malas nak fikir gaduh-gaduh ni, buat penat saja. Itupun kalau akak okay lah. Kalau akak nak gaduh saya okay juga untuk bergaduh," panjang Bunga berkata.

 

Amalina diam sahaja sambil menghidangkan makanan di atas meja. Apabila sudah siap semuanya baru dia berkata semula. "Akak pun tak nak gaduh Bunga, kalau ikutkan hati akak tak nak kacau Bunga tapi Amar nak sangat jumpa ayah dia. Akak dah tak boleh bagi alasan lagi untuk mengelak," Amalina mengesat air mata yang jatuh.

 

"Tak apa kak, saya faham. Biasalah budak-budak mesti nak rasa kasih sayang dari ayah dia juga."

 

 

..

 

 

Fazrin tersedar dari pengsannya apabila rumah sudah gelap gelita. Fikirannya semerta memikirkan Bunga. Dia risau jika Bunga melarikan diri lagi sekali. Pantas kakinya melangkah ke bilik tidurnya. Sebaik pintu di buka Fazrin merasa lega. Bunga sedang tidur pulas dengan anak pertamanya. Jadi aku tak bermimpi.

 

Fazrin masuk ke dalam bilik dan duduk di kerusi yang tersedia. Kedua tangannya memicit pelapis kepala. Bila Bunga bersalin anak pertamanya. Melihat dari besar Amar, berada dalam lingkungan empat ke lima tahun.

 

Bila masa pula Bunga mengandung anak kedua. Kenapa aku tidak ingat satu pun. Aku tersalah telan ubat ke?

 

"Awak dah bangun," Bunga dalam keadaan mamai menegur Fazrin.

 

"Dah, sayang Bie masih fikir ni, bila sayang bersalin anak pertama kita, Bie tak ingat langsung."

 

Bunga merenung Fazrin tidak berkelip matanya. Seriouslah suami aku ni masih tak faham. "Bila masa saya bersalin, awak ni mamai ke? Awak pergi mandi sana, bersihkan badan," Bunga melepaskan pelukan Amar lalu bangun untuk mengambil baju Fazrin.

 

Tergaru Fazrin melangkah ke bilik mandi. Dia masih tidak faham apa yang sedang berlaku.

 

"Saya tunggu awak dekat ruang tamu," Bunga buka sedikit pintu bilik mandi yang tidak berkunci. Selama hidup bersama Fazrin, Bunga tahu Fazrin tidak pernah kunci bilik mandinya.

 

"Okay sayang,"

 

Dapat balasan dari Fazrin, Bunga terus ke ruang tamu. Sebelum itu, Bunga singgah dahulu di bilik tamu yang menempatkan Amalina.

 

 

..

 

 

"Awak silap orang ni, serious saya tak kenal awak. Tak pernah jumpa awak, ni kan kawin dengan awak," Fazrin menafikan sekeras mungkin apa yang Amalina katakan padanya. Mati-mati dia ingat dia sudah hilang ingatan untuk tempoh masa tertentu.

 

"Kenapa awak nak nafikan. Awak nak saya tunjuk surat nikah kita baru awak percaya!" Balas Amalina. "Kalau awak dah tak anggap saya ni isteri awak, awak kena ingat awak ada anak. Sekurangnya jenguk anak awak. Hari-hari dia tanya mana ayah dia."

 

Bunga hanya duduk diam menjadi pemerhati sahaja. Dia tak nak masuk campur, biar Fazrin dan Amalina selesaikan sendiri urusan mereka berdua.

 

"Okay!" Fazrin menepuk meja kopi. "Saya tunjuk IC saya, awak tunjuk surat nikah awak. Kita tengok sama atau tidak nama, nombor kad pengenalan saya," Fazrin tahu, Amalina tersilap antara dia dan Fazreen.

 

"Baik!" Amalina bangun masuk ke dalam bilik mengambil salinan sijil nikah dia bersama Fazrin.

 

Fazrin juga masuk ke dalam bilik untuk mengambil kad pengenalannya.

 

Kedua dokumen di berikan kepada Bunga untuk pengadilan. Perkara pertama yang di lihat oleh Bunga adalah nama.

 

Bunga memperbetulkan suaranya terlebih dahulu sebelum bercakap. "Pertama, ejaan Fazrin berbeza. Fazreen Amalina mempunyai dua ee, manakala Fazrin depan mata kita berdua tidak mempunyai e langsung."

 

Amalina yang dengar terkejut. Tak mungkin dia tersilap orang. "Kedua, nama kedua bapak Fazrin berbeza dan yang terakhir nombor kad pengenalan jauh beza sekali." Fuh!! lega Ibu, ingatkan anak ibu akan dapat mak tiri.

 

Bunga hulurkan surat nikah dan kad pengenalan Fazrin kepada Amalina untuk melihat sendiri.

 

Fazrin dalam diam mengenyitkan mata pada Bunga, bangga diri sebab tidak menipu dan menduakan isteri tercinta.

 

"Tak mungkin, saya tak percaya. Mesti awak tukar identiti awak sebab tak nak bertanggungjawab," Amalina masih lagi tidak percaya dengan apa yang di lihat.

 

"Awak ingat saya ni anak sultan ke, boleh tukar identiti sesuka hati," balas Fazrin yang tidak berpuas hati dengan tuduhan Amalina.

 

"Kenapa muka awak boleh sama dengan suami saya?"

 

"Pelanduk dua serupa," balas Fazrin dengan mudah.

 

"Tapi tak kan nama pun hampir sama?" Amalina masih tidak percaya.

 

"Beginilah Puan Amalina. Untuk menyakinkan awak apa kata kita buat ujian DNA antara saya dan Amar," cadangan Fazrin.

 

Amalina mengangguk kepala tanda setuju. "Kalau betul awak bukan ayah Amar, saya nak cakap apa dengan anak saya," Amalina sekarang ini lebih memikirkan perasaan anaknya berbanding diri sendiri.

 

"Tak apa Rin depan kita ni boleh saja jadi Ayah Amar untuk sementara waktu," balas Bunga tanpa meminta persetujuan Fazrin. "Awak kata muka ayah Amar sama dengan Rin kan, jadi kalau ayah Amar muncul tidak menjadi masalah."

 

"Sayang! saya tak cakap pun nak jadi Ayah Amar,"

 

Bunga terbeliakan biji matanya memandang Fazrin. "Awak sampai hati ke nak buat Amar sedih. Hari-hari menanti ayah dia pulang.  Sekurangnya ada Amar, awak boleh berlatih untuk jadi ayah."

 

"Yelah," Fazrin terpaksa menurut.

 

 

..

 

 

 

 

Troli di tolak perlahan sambil matanya melihat barang-barang yang tersusun rapi di rak. "Akak nak beli apa-apa ambil saja, saya belanja."

 

"Tak ada apa Bunga," balas Amalina. Mata Amalina tidak lepas dari memandang anaknya yang sedang duduk di belakang tengkuk Fazrin. Anaknya bergitu suka dapat bertemu ayah yang dia selalu impikan. Tetapi kemungkinan Fazrin bukan ayah sebenar Amar.

 

Selepas beberapa hari duduk dengan Bunga dan Fazrin, Amalina sedar akan perbezaan sikap Fazrin suaminya dan Fazrin di hadapanya. Jadi Amalina yakin di hadapanya bukan ayah Amar walaupun keputusan ujian DNA masih belum keluar.

 

"Bunga, kalau akak nak minta sesuatu boleh?"

 

"Minta apa kak? Kalau akak nak beli apa-apa ambil saja," tawar Bunga.

 

"Bukan barang akak nak minta," Amalina diam seketika sebelum kembali menyambung ayatnya. "Kalau keputusan DNA negetif, boleh tak Fazrin tetap jadi Ayah Amar,"

 

"Akak nak jadi madu saya ke?" tanya Bunga, dah tolong minta lebih pula.

 

"Bukan-bukan, Akak tak tahu bila Ayah Amar akan muncul. Kalau Amar nak jumpa Ayah dia lagi, boleh tak Amar jumpa Fazrin?"

 

"Oh... boleh je kak." Bunga tersenyum tanda menerima dengan senang hati permintaan Amalina.

 

"Ayah kita beli belon Ayah, Amar nak buat parti dengan adik," Bisik Amar di telinga Fazrin.

 

"Belon!" terpusing-pusing Fazrin mencari belon, Amar yang berada di belakangnya juga ikut berpusing sekali. "Ayah tak jumpa balon."

 

"Ala... tak ada belon kita beli topilah ayah," barang lain pula yang di minta oleh Amar.

 

"Topi!" garu kepala Fazrin, dekat mana dia nak cari. "Ah! Ayah tahu nak cari dekat mana,"

 

"Dekat mana ayah?" tanya Amar yang turut teruja.

 

"Kita minta izin Ibu dengan mama dulu," Fazrin yang berada tidak jauh dari Bunga dan Amalina, dekati kedua wanita itu.

 

"Sayang, Bie dengan Amar pergi kedai party dekat bawah ye, sayang dah sudah call Bie ye. nanti Bie datang selaju superman."

 

"Okay, awak pergilah," Bunga mengizinkan.

 

Pantas kaki Fazrin melangkah menuju kedai yang dia ingin pergi. "Ayah boleh jadi superman ke?" Tanya Amar yang tidak faham istilah Fazrin.

 

"Mestilah, Amar pula anak superman," balas Fazrin dengan jawapan mengarutnya.

 

"Jadi Amar boleh terbang macam superman?" Tanya Amar lagi.

 

"Boleh!" Fazrin menurunkan Amar, lalu di angkat dengan gaya terbang. Kaki Fazrin siap sedia untuk berlari lagi. "Amar ready!"

 

"Ready!"

 

 

Bunga yang melihat aksi Fazrin merasa malu dengan sendiri. Tiba-tiba tak nak mengaku Fazrin itu adalah suaminya.

 

Manakala Amalina memandang Fazrin dengan pandangan sedih. Fazrin bukan orang yang dia cari. Fazreen suaminya bersikap serious tidak seperti Fazrin di hadapanya yang bersikap kebudakan.

 

 

"Maaf saya tak sengaja," Bunga yang asyik melihat aksi memalukan suaminya tidak sedar telah melanggar troli orang lain.

 

"Tak apa..."

 

"Husna!"

 

Mereka berdua sama-sama terkejut. Masalah yang sedia ada belum selesai dah datang satu lagi. Bunga memaniskan wajahnya memandang Husna. Matanya meleret ke perut Husna yang turut mengandung sama sepertinya.

 

"Awak pun mengandung, berapa bulan dah." tanya Bunga

 

"5 Bulan," balas Husna ringkas.

 

"Yeke, Saya minta diri dulu lah," Bunga tahu Husna tidak suka dengan kehadirannya. "Kirim salam dekat Has..."

 

"Yang ni bagus tak sayang,"

 

Mata Bunga memandang lelaki yang memanggil Husna sayang. Bukan Hasnol. Tak kan mereka berdua sudah bercerai.

 

"Bagus, jom Abang cari tisu pula," Husna mahu cepat melarikan diri dari Bunga.

 

"Kawan Bunga ye?" Amalina bertanya.

 

"Bukan, hanya kenal gitu-gitu saja." Nak buat apa aku fikir pasal diaorang, Kepala aku pun dah serabut dengan masalah sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience