BAB 8

Romance Completed 12087

Aku menjeling suami aku yang sedang khusyuk menyiapkan kerja di atas meja di ruang tamu. Dalam hati aku masih berkira-kira untuk memulakan bicara. Tatkala terpandangkan wajah serius Adwan, aku membatalkan niat. Tunggu waktu hendak tidur nantilah. Orang tua kata saat yang paling baik untuk berbincang suami isteri adalah ketika sebelum tidur. Putus aku di dalam hati.

“Sayang nak cakap sesuatu dengan abang?” suara Adwan yang menegur aku membuatkan aku tersentak. Matanya masih pada timbunan kertas yang dilonggokkan di atas meja. Macam mana dia tahu? Aku menggaru-garu dahi aku.

“Kenapa ni sayang? Apa yang buat saya runsing ni?” tenang suara Adwan menyapa telinga aku. Kali ini matanya berkalih ke arah aku, memberikan tumpuan sepenuhnya.

“Err..Macam mana abang tahu yang Tie ada sesuatu nak cakap dengan abang?” lain perkara yang ingin aku utarakan, lain pula soalan yang meniti di bibir. Adwan hanya tertawa nipis.

“Come, mari dekat dengan abang” Adwan menghulurkan tangannya padaku. Aku menyambut huluran tangannya dan tidak semena-mena dia menarik aku duduk di atas ribanya. Dia memeluk pinggang ku erat.

“Sayang kan isteri abang. Sekilas abang pandang, abang dah tahu apa yang ada dalam hati sayang tu” beritahu Adwan sambil menumpangkan dagunya di bahu kiri aku. Perlakuannya cukup membuatkan hati aku senang.

“Now tell me, what is in your mind?” soal Adwan. Aku menarik nafas panjang. Angin Adwan yang agak baik malam itu mengusir jauh kegusaran di hati aku. Jadi, lebih baik aku cakap sajalah.

“Hari minggu ini abang free kan? Kita pergi jalan-jalan nak tak? Tengok wayang ke. Tie bosanlah asyik terperap di rumah saja” usul aku dengan suara manja. Sengaja ingin memancing minat suami aku. Sudah lama sebenarnya aku mengimpikan saat-saat romantis keluar berdua bersama dengan suami sendiri. Menikmati alam percintaan seperti pasangan yang sedang berkasih. Memberi peluang kepada aku untuk mengenali suami aku dengan lebih dekat.

“Minggu ini tak boleh lah, sayang. Abang ada meeting dengan client. Ada kerja yang perlu abang siapkan” jawapan Adwan mengundang kekecewaan di hati aku. Masuk ini sudah tiga kali aku memintanya untuk membawa aku bersiar-siar. Dan jawapan yang diterima pasti menghampakan aku. Permintaan aku ditolaknya mentah-mentah.

“Tapi, sepanjang kita kahwin, tak pernah sekali pun abang bawak Tie jalan-jalan” adu aku dengan wajah yang suram. Terkilan juga rasa di hati ini. Sukar sangat ke hendak tunaikan permintaan aku ini. Bukannya aku meminta sesuatu yang berada di luar kemampuannya. Apa yang aku dambakan hanyalah sedikit masanya yang cukup berharga untuk dihabiskan bersama aku.

“Abang minta maaf, sayang. Minggu ini memang abang tak boleh. Kebetulan ada satu syarikat ini hendak gunakan khidmat abang sebagai konsultan kewangan. Sayang kan tahu, abang cuma ada hari minggu untuk siapkan job luar. Lagipun, banyak juga bayaran yang abang akan dapat dengan job ini. Rugilah kalau abang tolak” terang Adwan dalam nada memujuk. Walaupun suaranya kedengaran begitu lembut, tetapi entah kenapa kata-kata itu cukup menghiris tangkai hati aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience