BAB 3

Romance Completed 12087

Lelaki itu hanya mendiamkan diri. Cuma segaris senyuman masih lagi mekar di wajahnya. Sesekali mata lelaki itu mencuri pandang pada wajah aku. Mulalah di dalam hati aku ini disapa perasan. Kembang kuncup juga hati ini apabila direnung oleh seorang lelaki tampan.

“Errr, Wafia mana?” tanya aku cuba beriak selamba. Tak sanggup berlama membiarkan anak mata lelaki itu meratah setiap inci wajah aku secara percuma. Kalau hendak tatap lama-lama, sila pinang aku dengan segera! Ops, terlebih sudah aku ini.

“Dekat mana lagi tempat seorang isteri kalau tidak di dapur. Bila lagi dia hendak tunjukkan kehebatan dia berkungfu di dapur. Maklumlah, kawan kau itu kan seorang isteri mithali yang sentiasa menjunjung tinggi martabat suaminya ini.” jawab Ihsan panjang lebar. Sesekali dengar macam kias-kias pantun pun ada.

Chet! Lelaki ini memang pantang. Pantang diberi kesempatan. Ada sahaja kata-kata pujian buat isteri kesayangan. Memang dasar masuk lif tekan sendiri. Kadang-kadang berbulu telinga aku ini walaupun perempuan yang dipuji itu adalah kawan baik aku sendiri. Macam dia seorang sahaja yang ada isteri. Bukannya aku tidak tahu si Wafia itu bagaimana. Setakat goreng ikan seekor itu lepaslah.

“Kalau macam tu aku nak minta izin kau ke dapur. Nak tunggu kau jemput aku masuk, alamatnya berkurun lah aku tercongok depan rumah kau ini. Nak juga aku saksikan sejauh mana kehebatan isteri mithali kau itu.” sindir aku sudah mula ingin melangkah. Bercakap dengan Ihsan yang sedikit gila-gila ini membuatkan aku tidak pernah berasa kekok walaupun dia lebih tua lima tahun dari aku. Kalau hendak diikutkan aku ini sebenarnya bukanlah seorang yang peramah sangat pun. Peramah dengan orang yang tertentu sahaja.

“Eh, nantilah. Aku kenalkan kau dulu dengan kawan baik aku, Muhammad Adwan. Ad, perempuan tak cukup haul ini namanya Indah Umniyati.” Aku menjegilkan mata apabila mendengarkan kata-kata Ihsan. Aku perempuan tak cukup haul? Walaupun aku tahu Ihsan hanyalah bergurau tetapi agak-agak lah sikit. Jatuh saham aku depan kawan lelaki dia ini.

“Selamat berkenalan, Tie” Tenang lelaki itu menghulurkan salam perkenalan. Amboi! Siap panggil aku dengan panggilan manja lagi tu. Tak pernah-pernah manusia lain dalam dunia ini memanggil aku begitu hatta anak beranak, sanak saudara, sepupu sepapat mahupun sahabat handai. Aku hanya menganggukkan kepala membalas sapaannya.

“Apa kau panggil dia? Tie? Terlebih mesra nampak? Kami semua panggil dia Umni lah” tegur Ihsan tanpa berselindung membuatkan darah mula naik ke muka aku.

“Itu panggilan korang. Antara aku dan dia mestilah ada panggilan istimewa” balas Adwan masih lagi dalam riak tenang. Tetapi, hati aku ini dah berkocak semacam. Pelik aku rasakan dengan jawapan Adwan ini. Baru kenal tiba-tiba dah ada panggilan istimewa.

“Eh, orang yang ditunggu dah sampai rupanya. Ad, ini ke orangnya? Dah besar panjang. Makin comel..” sapa mesra seorang wanita pertengahan usia membuatkan dahi aku semakin berkerut seribu. Tidak sempat aku memikirkan kata-kata pelik Adwan, timbul pula sapaan aneh wanita ini.

“Umni dah sampai ke, bang? Kenapa tak jemput dia masuk” tersembul pula kelibat Wafia di sisi Ihsan. Sudahnya kini berdiri empat orang manusia di muka pintu. Mujurlah pintu gelongsor ini dibuka luas. Tetapi yang aku hairannya, kenapa mereka seolah-olah seperti sedang menunggu kedatangan aku? Buat aku terasa seperti VVIP. Perasan!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience