BAB 5

Romance Completed 12087

“Henshin!” tiba-tiba meletus perkataan itu dari mulut Adwan yang sedari tadi hanya menjadi pemerhati. Secara automatik, patah perkataan itu membuatkan ingatan aku membiaskan wajah seorang budak lelaki pada zaman kanak-kanak aku.

“Ksatria baja hitam.” tanpa sedar bibir aku menyebut rancangan televisyen yang cukup digemari kanak-kanak pada suatu waktu dulu. Kesemua mata yang berada di ruang tamu terpinga-pinga memandang aku. Hanya Adwan yang melihat aku dengan senyum simpul yang sukar aku mengerti.

Ksatria Baja Hitam. Hero yang menjadi idola budak lelaki itu. Walaupun samar-samar tetapi aku masih ingat budak lelaki itu suka benar meniru aksi “Bertukar” dari manusia ke belalang hitam. Kenapa aku ingat sangat dengan hero Ksatria Baja Hitam itu? Entah, aku sendiri pun tidak tahu. Mungkin sebab kecomelan budak lelaki itu kot. Errk, budak perempuan umur empat tahun pun dah pandai minat budak lelaki ke? Dahsyatnya aku ini.

Tetapi macam mana Adwan boleh tahu tentang ini? Tiada sesiapa yang tahu melainkan budak lelaki itu. Adakah Adwan ini Ksatria Baja Hitam? Budak lelaki yang suka mengambil kesempatan mencium pipi aku! Monolog hati aku. Mengingati kemungkinan itu, tiba-tiba wajah aku membahang.

“Eh, itu kan hero pujaan Ad.” kata-kata Makcik Lara semakin mengesahkan telahan aku. Ingatan aku pada zaman kanak-kanak ribena ku kembali jelas terlayar di ruang mata.

“Makcik Lara ini guru tadika saya?” soalan aku membuatkan Makcik Lara tersenyum lebar. Seingat aku, ibu budak lelaki itu adalah seorang guru tadika.

“Ya, sayang. Ingat pun. Umni kan pernah belajar di Tadika Seri Sentosa. Walaupun kamu di sana cuma beberapa bulan, tapi kecomelan kamu ini mana boleh makcik lupakan. Lagi-lagilah bila hari-hari telinga makcik ini duduk dengar nama kamu disebut orang tu” gelak Makcik Lara. Sempat wanita itu menghadiahkan sebuah jelingan kepada Adwan. Aku turut menghantar pandangan pada lelaki itu yang masih beriak tenang.

“Selepas kemalangan yang menimpa keluarga Umni, kita terus terputus hubungan.” ujar Makcik Lara bertukar sayu. Kata-kata itu mengusik tangkai hati aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience