BAB 9

Romance Completed 12087

Adwan memang begitu obsesif terhadap kerja terutamanya apabila kerja yang dilakukannya melibatkan pulangan yang lumayan. Kadang-kadang buat hati aku terfikir. Di antara aku dan wang ringgit, mana satu sebenarnya cinta Adwan? Apalah guna kekayaan yang menggunung tinggi seandainya hubungan kami dingin tanpa kehangatan cinta, tawar dan lecah tanpa kemanisan kasih sayang.

“Tak apalah, abang. Tie masuk tidur dulu, ya” ujar aku sambil merungkaikan pelukannya. Langkah aku terhenti apabila tangan aku ditarik Adwan.

“Sayang faham kan keadaan, abang?” Aku mengangguk perlahan tanpa menoleh ke arah suami aku. Aku mengelipkan mata aku yang sudah berkaca. Tidak mahu Adwan menyaksikan air mata kehampaan menitis di pipi aku.

“Tie faham” balas aku menahan suara. Itulah yang sering Adwan harapkan daripada aku. Pengertian. Tetapi dia tidak pernah cuba ingin mengerti keinginan aku.

“Maafkan abang. Semua yang abang lakukan ini demi sayang” ucapan maaf sekali lagi meniti di bibir Adwan. Sekali aku cuma mampu menganggukkan kepala. Usah ditanya sama ada aku ikhlas atau tidak. Kerana saat itu aku sendiri sudah tidak mampu memujuk hati aku sendiri.

“Tie masuk bilik dulu.” Pinta aku.

“Sayang dah lupa?” pertanyaan Adwan membuatkan aku mengeluh lemah. Faham dengan pertanyaan Adwan, aku memejamkan mata aku seketika dan menarik nafas ku dalam. Kemudian, dengan sedikit semangat yang terkumpul, aku memalingkan tubuh ke arahnya.

“Selamat malam, abang” aku menyalami tangannya dan pantas dia mengucup dahi aku lama. Mungkin cuba memujuk hati aku yang sedang rawan. Namun entah kenapa kali ini rajuk aku seakan tidak terbujuk dengan kehangatan ciuman itu.

“Selamat malam, sayang. Jangan lupa basuh kaki dan baca doa sebelum tidur” sempat Adwan menitipkan pesanan kepada aku. Aku hanya mengangguk dan melemparkan senyuman nipis buatnya. Dengan rasa kecewa yang mencengkam jiwa, aku membawa diri aku ke kamar tidur. Sedaya upaya aku menahan empangan air mata ku daripada pecah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience