BAB 11

Romance Completed 12087

Tetapi, apabila mengenangkan kata-kata Adwan, mood untuk singgah ke kedai buku terus mati begitu saja. Tutur kata yang membuatkan hati aku mengecil sekecil-kecilnya. Sehingga membuatkan semangat aku patah dan keinginan aku menjadi tumpul.

“Berbelanja jangan ikutkan nafsu. Beli apa yang penting sahaja. Tak perlulah sayang beli novel lagi. Dekat rumah tu pun dah banyak. Abang tengok ada beberapa biji lagi yang plastiknya belum dibuka” pesanan Adwan di hujung talian mematikan senyuman aku. Hati ini baru hendak merasa teruja dengan keizinan dia membenarkan aku keluar berjalan. Apatah lagi dalam kepala ini sudah tersusun senarai beberapa biji novel yang ingin aku beli. Itulah satu-satunya aktiviti yang mampu mengurangkan rasa sepi aku.

“Apa salahnya beli novel. Bukannya basi pun kalau lambat baca” bentak aku sedikit tidak puas hati. Tiba-tiba aku merasakan semakin hari hidup aku semakin dikongkong Adwan. Semuanya perlu mengikut ketetapan dan aturannya. Ini tak boleh, itu tak boleh. Fed up!

“Memanglah tak basi, sayang. Tapi, duit itu boleh kita gunakan untuk sesuatu yang lebih penting. Sayang kan menteri kewangan abang. Menteri kewangan kenalah berbelanja secara berhemah. Perdana menteri dah penat merangka strategi nak tambahkan pendapatan negara. Kalau Menteri kewangan boros, habislah ekonomi negara kita.” tegur Adwan dalam nada gurauan langsung tidak mampu menenangkan gelora yang sedang melanda tasik hati aku ini.

Bengang hati aku mendengar kata-kata Adwan yang makan dalam itu. Sejak dua menjak ini sikap berkira Adwan makin terserlah. Aku tahulah dia seorang akauntan yang hebat, tetapi kalau setiap perbelanjaan aku dia hendak rekodkan dalam buku tunai, isteri mana yang tidak terasa hati. Sampaikan beli sayur 0.50 sen pun dia hendak catat juga. Silap hari bulan, makanan harian pun dia catu nanti.

“Abang jangan risau. Tie membeli-belah tetingkap saja.” balas aku menahan suara geram.

“Nak buat apa shopping tingkap? Setahu abang tingkap rumah kita mana ada yang rosak. Tak baik membazir sayang. Membazirkan amalan syaitan.” tanya Adwan polos membuatkan aku menepuk dahi. Takut sangat kalau aku belanja duit dia pada yang bukan-bukan. Nampak tak? Kalau aku kata kedekut, nanti dikata tak hormat suami pula.

“Window shopping atau dalam bahasa Melayu dia membeli-belah tetingkap” Aku terdengar Adwan ketawa kuat di dalam talian sebaik mendengar penjelasan aku. Aku hanya mampu melemparkan senyuman sinis. Langsung tidak ada kuasa hendak sama-sama gelak ketawa.

“Sayang ni, macam-macamlah.”

“Okay lah, abang. Tie nak bersiap-siap ni. Dah janji nak jumpa Fikah pukul 10.” Beritahu aku.

“Yalah, ingat pesanan abang tu. Jaga diri baik-baik. Jaga maruah abang. Apa-apa hal call abang” sempat lagi Adwan menitipkan pesanannya buat kali kedua sebelum mematikan talian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience