BAB 8

Romance Completed 18455

SIANG sudah melabuhkan tirai, malam pula berganti. Dayana termenung di sofa. Televisyen yang terpasang dibiarkan. Emir mengunci dirinya di dalam bilik. Puas Dayana memujuk dan merayu agar lelaki itu membuka pintu, namun langsung tidak diendahkan. Akhirnya, Dayana pasrah.

Mungkin ini balasan dia derhaka dengan suaminya beberapa hari ini. Air mata yang jatuh ke pipi diseka. Sedih memanglah sedih. Tapi, memang salahnya. Hal kecil, sengaja dibesarkan. Inilah padahnya. Suami sendiri pun sudah malas melayan. Terkontang kanting dia di sini sendirian. Nasib badan. Haruman Calvin Klien mengganggu lamunan Dayana.

Selamba sahaja Emir menuruni anak tangga. Tubuh itu kelihatan segar. Sudah tidak lemah seperti tadi. Bukan main segak lagi dengan kemeja berbelang putih dan biru juga jeans hitam. Dayana bangkit. Suaminya hendak ke mana pula ni?

“Abang nak keluar ke?”

“Hmmm, awak tidurlah dulu. Saya balik lambat,” kata Emir sambil menyarungkan kasutnya.

Dayana bungkam di pintu. Hendak menangis, dia bukan pemain drama air mata. Hendak merayu, sudah dilakukan. Apa lagi Emir mahu dia buat? Sudahnya, dia hanya diam sehinggalah bunyi deruan enjin kereta Emir meninggalkan perkarangan rumah menyedarkannya ke dunia realiti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience