BAB 2

Romance Completed 18455

“YANA, tolong abang betulkan aerial TV kejap,” suruh Emir tanpa mengangkat wajahnya dari dada Iphonenya. Senyuman diulas melihat tarian A Pink. Erk!

Dayana menjeling suaminya. Fail kerja di tangan dihempas kuat ke meja. Tadi minta dia ambilkan handphone di bilik. Terpaksalah dia tinggalkan kerja yang melambak dan berlari anak ke tingkat atas. Kini, diminta pula betulkan aerial! Takkan dia kena panjat bumbung, betulkan aerial? Huwaaa! Ya Allah, Kau betulkanlah otak suamiku ini, pinta Dayana.

Air mata mula bertakung di tubir mata. Tiba-tiba sensitif pula dia malam ini. Dipandang kertas-kertas yang berterabur di atas meja. Semuanya perlu dihantar esok pagi. Dayana bersandar malas di kerusi kayu. Matanya cuba memandang si suami yang sedang elok berbaring di sofa. Televisyen terpasang bukannya dia tonton. Hanya dibiarkan sahaja. Siaran pula terganggu. Buang karan saja.

“Tutup ajelah TV tu. Bukannya awak tengok pun. Buat habis duit aje bayar eletrik,” tingkah Dayana. Tahulah suaminya itu kaya, tapi janganlah membazir. Membazirkan amalan syaitan.

“Alah, pakai remote aje pun. Bukannya kena panjat atas bumbung tu. Itu pun nak kena ajar ke?”

“Iya? Then, awaklah yang buat. Banyak lagi kerja yang saya kena buat ni. Esok pagi dah kena submit. Awak bukannya buat apa-apa pun,” Emir merenung isterinya dengan pandangan tajam.

Dayana tidak menghiraukan pandangan itu. Dengan pantasnya dia mengemaskan fail dan kertas-kertas yang berterabur.

“Naik dulu,” Dayana melangkah ke tingkat atas. Namun, dia tidak ke bilik tidur mereka. Tetapi ke bilik tidur tetamu. Dikuncinya pintu bilik itu. Biarlah apa nak jadi pun. Biar Emir tahu dia sedang berjauh hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience