BAB 4

Romance Completed 18455

DAYANA bersandar di kepala katil usai solat isya’. Setelah siapkan makan malam untuk Emir, dia kembali ke bilik. Dia takut jika berlama di bawah dia akan bertembung dengan Emir pula. Rajuknya masih bersisa. Emir bukannya memujuk dia pun. Dua hari juga dia menunggu. Namun, hampa.

Lelaki itu ada memancingnya untuk berbual. Tetapi, topik yang dibualkan langsung tidak menarik minatnya. Lebih baik Dayana berdiam daripada dia melemparkan kata-kata yang menyakitkan hati kepada Emir. Kadang-kadang dia terfikir, benarkah Emir ikhlas mengahwininya? Atau sekadar suka-suka?

“Argh, kusut!” bentak Dayana tanpa sedar.

“Apa yang kusut?”

Emir muncul di sebalik pintu bilik. Dayana memeluk bantal peluk erat. Matanya dilarikan ke arah lain. Tidak mahu bertentang mata dengan si suami. Benci! Benci atau mengada-ngada?

“I asked you, Dayana Zahra,” tegas Emir bersuara. Dirungkaikan tali lehernya.

Dayana menggigit bibir.

“Okay, fine. Awak tak nak cakap dengan saya kan? We’ll see. Sampai bila awak nak macam ni dengan saya…”

Bengang pula Emir. Sudahlah tadi ada seorang budak motor yang cari pasal dengannya. Habis kereta dia dirempuh. Nasib baiklah, bukan dia yang dirempuh. Emir berlalu ke bilik air. Kuat juga dia menutup pintu bilik air. Sehinggakan terhenjut bahu Dayana dek terkejut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience