BAB 14

Romance Completed 18455

LAGU A Pink, Bubibu rancak bermain di ipod. Sengaja Dayana pasang lagu itu. Sudah lama rasanya dia tidak mendengar lagu-lagu A Pink. Emir yang addicted itu pun sudah jarang melayan lagu-lagu. Diusap perutnya yang masih belum menampakkan kebuncitannya. Pasti baby yang ingin mendengarnya. Dayana bukannya minat sangat dengan lagu-lagu Korea ni. Melekat juga perangai papa dia ni.

Sedang kusyuk Dayana melayan, Emir menekan punat ‘stop’ di ipod.

“Abang, kenapa tutup?”

“Bisinglah,” Erk? Ternganga Dayana dibuatnya. Diterkam Emir yang sedang enak berbaring di katil.

Emir yang terkejut, hampir sahaja meloncat turun katil. Selamba sahaja Dayana memeluknya. Erat pula tu. Macam-macam pe’el sungguhlah. Selepas ni, apa pulalah yang akan dilakukan Dayana. Entah-entah, minta ferris wheel letak dekat belakang rumah seperti yang dikatakan oleh Hajah Citra hari tu. Memang hilanglah rambut terpacak dia ni. Ohoi!

“Abang marahkan Yana lagi ke?”

“Marah apanya?”

“Dah lama sangat Yana tak dengar abang panggil Yana, sayang. Abang pun tak bahasakan diri abang tu, abang. Kan abang still marahkan Yana tu,” bicara Dayana. Tangannya yang tidak boleh duduk diam itu, bermain dengan jari jemari Emir.

Emir berdehem.

“Tak marah dah. Cuma…”

“Yana sorry. Janji tak buat lagi. Masa tu hormon Yana tak betul. Maafkan Yana, eh?” Dikerdip matanya berulang kali.

Emir memandang Dayana yang bersandar di dadanya.

“Tengoklah macam mana,” Laju jemari Dayana mencubit perut Emir. Tak makan saman sungguh.

“Yana serius ni, abang. Hah, terima ksaih untuk sate malam ni. Esok, Yana nak makan… nasi goreng tom yam dekat restoran area rumah mama tu,” ujar Dayana dengan selamba badaknya. Riak muka Emir toksah ceghitalah. Dah macam tertelan biji betik.

“Esok? Abang ada kerjalah. Lusa baru abang free,” Dayana bingkas duduk.

Dipandang si suami, tidak puas hati. Dia nak makan esok juga, tak boleh hari lain. Tapi, gembira juga hatinya kerana Emir kembali mesra dengannya. Kiranya, Emir sudah memaafkan dirinyalah, kan. Leganya hati.

“Lusa? No no no,” Emir tergelak. Comel pula Dayana menari ala-ala A Pink.

“Serius, sayang. Abang memang ada kerja. Yana pergi dengan mamalah. Esok abang call mama. Okey?”

Dia betul-betul ada kerja penting esok. Klien dari Itali akan membuat lawatan ke site. Dia sebagai ketua projek harus mengiringi klien penting itu. Zakir, abangnya tidak dapat turut serta kerana terpaksa ke Singapura atas urusan kerja yang lain. Nak tak nak, dia juga yang kena turun padang.

“Mama pun mamalah,” Orang nak suami, bukan mama, bentak hati Dayana.

Sudahnya, dia menarik selimut dan menutup lampu tidur di meja sisi. Emir angkat kening. Merajukkah isteri kesayangan dia ni? Haish, mengundang bala sungguh. Baru sahaja mesra, dah dingin balik. Tanpa mengendahkan rajuk si isteri, dipeluk tubuh ramping di sebelahnya itu. Dayana hanya membiarkan sahaja. Malas menghalang, tahu dia akan gagal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience