BAB 11

Romance Completed 18455

“THANK you, Husna. Lain kali aku belanja makan eh,” Husna senyum.

“Tak ada hallah. Kau masuklah, rehat. Muka kau pun pucat lagi tu. Tapi, rumah kau ada kenduri apa? Banyak kereta kat laman tu,” Dayana melarikan pandangan ke halaman rumahnya.

“Kawan-kawan suami aku kot. Kau tak nak masuk dulu ke?”

“Eh, tak payahlah, Yana. Kau pun tak sihat. Lain kalilah aku singgah. Penat pula mak buyung nak melayan aku nanti,” gurau Husna.

“Banyaklah kau. Pergilah balik. Dah nak masuk maghrib ni. Kau tu anak dara lagi,” Husna sengih.

“Iyalah. Kau rehat tau. Ingat pesan doktor. Jumpa kat office. Assalamualaikum…”

“Waalaikumsalam,” Dayana menghantar pemergian Husna sehingga hilang dari pandangannya.

Kakinya melangkah ke dalam rumah. Bukan main riuh lagi rumahnya ketika ini. Tak jumpa penlah, kertas tak cukuplah. Ingatkan balik rumah, bolehlah berehat. Semakin naiklah suhu badannya malam ini. Salam diberi dan sudah tentu manusia-manusia di dalam rumah itu tidak mendengarnya. Sibuk mengalahkan ayam bertelur.

Kelibat Emir dicarinya. Tiada pula di kalangan kumpulan yang elok berteleku di ruang tamu. Saat itu, telinganya mendengar perbualan di dapur. Suara garau itu milik suaminya. Suara bak buluh perindu itu, siapa pula?

“Abang,” sapa Dayana lembut.

Emir yang sibuk mencari gelas di dalam almari menoleh. Serentak itu, seorang perempuan yang sedang mengacau air di dalam jug turut memandang Dayana. Dayana mengukir senyum. Tidak mahu dicop sombong pula.

“Dari mana?” soalan pertama yang keluar dari mulut Emir.

“Kerja luar. Kawan Yana hantar. Abang cari apa? Yana tolong,” Emir memberikan ruang untuk isterinya.

“Wife you?” tanya si pengacau air.

“Ha’ah, Dayana. Sayang, ni officemate abang, Elisa,” Elisa menghulurkan salam dan disambut Dayana.

Dayana meletakkan gelas-gelas di atas talam yang sudah dikeluarkan Emir tadi. Sempat lagi dia mencerna kata-kata suaminya. Sejak bila Emir berabang-sayang dengannya? Bukan tengah berperang ke? Sudahlah Elisa dikenalkan sebagai officemate, bukannya staf. Mulalah pening loya dia meragam balik. Encik suami punya pasal.

“Abang, Yana naik atas dulu. Nak mandi. Kejap lagi Yana turun,” Emir hanya mengangguk. Dayana mencebik. Ingatkan nak teman naik atas. Hampeh.

Baru nak bermanja, ada pula yang mengganggu. Nampaknya, dia kena masaklah malam ni. Takkanlah teman-teman suaminya tidak lapar. Langkah Dayana dilajukan dek tekaknya sudah kembali loya. Tiba sahaja di bilik air, dia memuntahkan segalanya. Kosong sudah perut yang diisi ketika makan tengah hari tadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience