BAB 9

Romance Completed 18455

“ASSALAMUALAIKUM, boleh saya bercakap dengan Encik Zakif?” Emir kerutkan dahinya. Siapa pula yang menelefon ketika dia sedang sibuk ni?

“Waalaikumsalam. Cik, maafkan saya. Nanti telefon balik ya,” Pantas talian dimatikan. Gajet itu dilemparkan di sebalik timbunan kertas-kertas pelan.

Jam tangan dipandang sekilas. Sudah tengah hari rupanya. Banyak lagi kerjanya ni. Belum tentu boleh siap dalam masa tak kurang empat jam, office hour akan menjelang. Haish, klien pun selamba sahaja mengubah pelan di saat-saat akhir. Memang kelam kabutlah memandangkan esok pagi adalah date linenya. Mahu sahaja dia menolak kertas kerja itu ketika diberitahu ada perubahan.

“Mir, sempat ke nak siapkan before five? Guard kat bawah tu bukannya stay sini sampai malam. Office hour habis, dia pun habis kerja jugak,” rungut Ikhwan.

Sekumpulan manusia yang sedang bertungkus lumus di satu sudut bilik Emir juga bersetuju. Masih banyak yang perlu diubah. Emir berfikir seketika. Hendak tak hendak, dia perlu membawa staf-stafnya pulang ke rumahnya. Selesa sikit berbanding mereka berkumpul di mana-mana restoran.

“Emmm, after office hour, kita pergi rumah sayalah,” Sorakan bergema di segenap bilik.

Jarang sekali mereka dapat bertandang ke rumah Emir. Ini peluang emas bagi mereka. Boleh juga berkenalan dengan isteri lelaki itu. Sejak bos mereka berkahwin, belum pernah lagi mereka dibawa ke rumahnya. Dayana pula jarang mengikut Emir ke majlis-majlis yang dianjurkan oleh syarikat milik Haji Malik yang kini sudah diambil alih oleh abang sulung Emir, Zakir Anas. Emir pula memegang jawatan COO merangkap ketua di bahagian pelan pembangunan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience