BAB 1

Romance Completed 18455

Kkumeul kkuneun deuthae

Jichyeobeorin haruui kkeuten

Ttaseuhameuro gadeuk nal gamssajugo

Heojeonhaetdeon maeumeun

Neoui hyanggiro gadeukhan geol yeongwonhi kkumkkul su itg~~
Amboi terbelit-belit lidah dan tergeleng-geleng kepala Emir mengikut rentak muzik lagu nyanyian korea A Pink, ‘Only One’. Jarang ada lelaki yang minat lagu-lagu korea sebegitu. Jika ada masa lapang, pasti headphone akan melekat di telinganya. Sehinggakan orang di sekeliling, dia tak hiraukan. Malah, isteri sendiri pun dia buat tak hairan. Dashyat sungguh penangan A Pink kepada Emir.Parahhhh!

“Tengoklah, ma. Macam tulah abang Emir hari-hari. Kalau ditegur, merajuk pula dengan kita,” keluh Dayana, isteri Emir.

Hajah Citra menjengah kepala ke ruang tamu. Senyuman terukir di bibir.

“Okeylah tu, Yana. Taklah seteruk dulu. Mahunya dia usung ke hulur ke hilir radio buruk abah tu…” Hajah Citra tergelak kecil teringatkan kerenah anak sulungnya itu. Pantang dengar lagu Korea. Laju sahaja dia mengusung radio abahnya ke sana ke mari.

“Yana tak pernah tahu pula abang Emir macam tu, ma. Ingatkan just minat gitu-gitu aje.”

“Kalau tahu, Yana nak buat apa? Tak terima lamaran Emir?”

“Tak adalah sampai macam tu. Mama, A Pink tu seksilah. Yana sendiri pun tak sanggup nak tengok.”

“Dah Yana sanggup jadi isteri Emir, Yana kenalah terima di’madu’kan,” Dayana mengangkat keningnya. Kemudian, dia tergelak geli hati.

Memang betul pun dia sudah dimadukan. Bukannya seorang, tapi enam orang. Gila kaya Emir nak menanggung sampai tujuh orang ‘isteri’. Boleh botak rambut pacak dia tu. Entah apalah yang membuatkan Emir menjadi peminat A Pink yang mempunyai enam orang ahli kumpulan itu yang juga merupakan South Korean girl group yang agak famous. Kadang-kadang cemburu juga Dayana dibuatnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience