BAB 3

Romance Completed 18455

EMIR melepaskan keluhan berat. Kertas pelan yang terhampar elok di atas meja dipandang sepi. Hatinya gelisah memikirkan rajuk si isteri. Sudah dua hari Dayana tidak bertegur sapa dengannya. Nasib baiklah segala keperluannya Dayana sediakan. Cuma, mulut sahaja berat untuk berkata-kata.

Dia ada juga cuba mengajak Dayana berbual. Namun, isterinya itu hanya membiarkan sahaja dia berceloteh sendiri. Semakin berani pula Dayana menunjukkan ketidakpuasan hatinya. Baru lima bulan berkahwin, sudah dilanda badai. Bagaimanalah pasangan suami isteri yang mampu bertahan sehingga ke tua itu? Seperti abah dan mamanya.

“Amboi, jauh menung, Mir?”

Ikhwan melabuhkan punggung di kerusi berhadapan dengan Emir. Emir berdehem kecil.

“Jauh jugaklah, Wan,” balas Emir.

“Dah kenapa dengan kau ni? Ada problem dengan Yana ke?”

“Hmmm, iyalah tu. Dah masuk dua hari dia tak bercakap dengan aku. Aku tanya sepatah, satu patah kayu pun dia tak jawab. Dah macam orang bisu,” adu Emir.

“Kau ada buat apa-apa kat dia ke? Sesuatu yang dia tak suka ke?” Emir mengeluh lagi.

“Itulah masalahnya. Kau tahukan aku macam mana kalau dah dapat tengok A Pink? Lupa habis semua benda. Aku tak sengaja suruh dia betulkan aerial tv,” Terhambur tawa Ikhwan.

“Aerial tv? Agak-agaklah, Mir nak suruh bini kau buat pun. Hati perempuan ni lain, beb. Yang halal ada, tapi yang haram jugak yang dok belek,” tukas Ikhwan.

“Benda yang aku minat, Wan. Susahlah nak berhenti. Even, Dayana okey aje dulu. Sekarang ni aje angin semacam…”

“Dulu, bolehlah dia sabar. Kalau dah hari-hari kau dok sibuk dengan A Pink kau tu, mana dia tak angin. Dia tu bini kau, bukannya sampah boleh campak-campak,” Terkelu lidah Emir dihentam Ikhwan.

Baru kau tahu langit tu tinggi ke rendah, Emir. Baik kau kahwin saja dengan A Pink tu. Tak adalah orang yang makan hati. Grrr.

“Agak-agaklah, Wan. Bini aku, kau kata sampah,” Ikhwan ketap bibir.

“Aku tak kata bini kau sampah. Layanan kau tu kat Yana. Lima bulan lepas, bukan main beria kau nak kahwin dengan dia. Bila dah dapat, kau buat macam ni pulak. Kau tak rasa ke Yana menyesal terima kau,” tempelak Ikhwan selamba.

Emir terdiam. Ada benarnya juga kata-kata Ikhwan itu. Apa yang perlu dia lakukan untuk mengambil hati Dayana kembali? Buntu… buntu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience