BAB 12

Romance Completed 18455

EMIR menolak daun pintu bilik. Dayana masih di tikar sejadah. Baru selesai solat maghrib agaknya. Derap kaki Emir menyedarkan Dayana.

“Abang order makanan luar, boleh? Yana tak laratlah nak masak,” kata Dayana sambil melipat telekungnya.

“I’ve promise to them, you will cook for them tonight,” balas Emir sambil menanggalkan baju kemejanya. Kini, dia hanya bersinglet. Badan orang pergi gym, agak-agaklah macam mana rupanya.

“Eh? Hmmm, okeylah,” Tapi, rasanya tak boleh!

Bak pelari pecut kelas pertama, Dayana berlari ke bilik air. Sekali lagi dia muntah. Emir tercengang. Kakinya bagai tergam di sisi penyidai tuala. Beberapa saat kemudian, barulah dia melangkah ke bilik air. Tanpa isyarat, tangannya mengusap belakang isterinya. Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba Dayana muntah. Dah kenapa?

“Okey tak ni?” soal Emir, risau.

“Okey… kot,” Apabila mulut dan perbuatan tidak seiring, mulalah sakit kepalanya datang. Emir memeluk erat Dayana yang hampir terjatuh. Dicempung tubuh itu dan dibaringkan di katil.

Dahi Dayana disentuhnya. Suhu okey. Cuma, berpeluh sakan isterinya ini. Sakit apalah yang menyinggah? Nampak gayanya, dia orderkan pizza sahajalah untuk staf-stafnya malam ini.

“Pergi klinik, nak?” Dayana menggeleng. Jemarinya erat menggenggam jemari Emir. Terasa tenang seketika.

“Dah pergi,” Kening Emir bertaut.

“Bila? Kenapa tak bagitahu?”

“Abang kan sibuk. Tadi ada nurse call abang. Abang tak dapat call ke?” Emir menepuk dahinya. Mulalah mahu menyalahkan diri sendiri.

“Dapat. I’m too rushing to listen the explanation. Sorry. So, what’s the problem? Food poisoning?”

Dayani senyum pahit. Masih juga tiada panggilan mesra untuknya seperti selalu.

“Lebih kuranglah. Abang pergilah mandi, solat. Lama pulak dia orang tunggu kat bawah…”

“Memang nak pergi pun, tapi tangan awak…” Dayana sengih. Tangan Emir yang dipegangnya dilepaskan. Nak pegang pun tak boleh. Huh!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience