BAB 5

Romance Completed 18455

“ASSALAMUALAIKUM,” Dayana memberi salam kepada si pemanggil yang menelefonnya.

“Waalaikumsalam. Yana dan Emir ada di rumah tak?”

“Ada, ma. Kenapa?”

Dayana mencedok bihun goreng ke dalam mangkuk besar.

“Mama dan abah on the way pergi rumah kamu ni. Abah ni nak makan sarapan dengan kamu berdua. Rindu dengan masakan kamu katanya. Boleh?”

“Eh, boleh sangat, ma. Datanglah,” Dayana menjawab mesra.

“Iyalah. Tunggu tau. Nak sampai dah ni,” Ceria sungguh suara Hajah Citra di hujung talian.

Dayana menggeleng perlahan. Sememangnya, bapa mertuanya itu gemar akan masakannya. Kata Haji Malik, masakan Dayana persis arwah ibunya, Nek Yong. Mungkin kerana Dayana merupakan cucu angkat arwah Nek Yong agaknya. Arwah Nek Yong banyak mengajar Dayana ilmu masakannya.

Emir menuruni anak tangga perlahan. Hari minggu begini, dia selesa berbaju T round neck dan seluar pendek paras lutut. Laju kakinya melangkah ke pintu rumah. Selalunya, uncle Ken sudah menghantar surat khabar waktu begini. Dayana yang perasan akan kelibat suaminya itu hanya memandang tanpa kata.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience