BAB 16

Romance Completed 18455

“ABANG, tolong pasang lagu A Pink. Yana nak lagu ‘U’,” Emir terpaku di sisi hi fi speaker, baru sahaja ingin menukar lagu-lagu di dalam ipodnya.

“Tak payahlah. Kan sayang tak suka,” Dayana mengerling suaminya.

“Sekarang dah suka, tolonglah pasangkan. Please,” Akhirnya Emir lemah dengan pujukan manja Dayana. Haip!

“Okey, tapi dengan syarat. Sayang dengar guna headphone eh,” Headphone yang berada di atas meja, diambil. Dihulurkan headphone itu kepada Dayana.

“Lah, abang tak nak dengar sekali ke?” Emir menggeleng pantas.

Entah kenapa, tiba-tiba dia mual mendengar lagu-lagu yang pernah diminatinya dulu. Sekarang ini, segalanya terbalik. Emir suka apa yang Dayana suka, begitu juga sebaliknya. Semuanya kerana Dayana mengandung kot. Tapi, Dayana masih belum memberitahu Emir tentang itu.

“Abang nak turun bawah kejap. Sayang nak apa-apa tak?”

Dayana berfikir sejenak.

“Emmm, Yana nak pillow talk!” Erk, pillow talk?

Emir tidak jadi melangkah. Dia berhenti di depan pintu bilik.

“Abang turun bawah ambil barang kejap, nanti kita pillow talk ya,” Harap-harap isterinya itu mengangguklah.

“Okey. Make it faster, abang,” Huh, lega.

Sepantas kilat, Emir menghilang ke tingkat bawah. Dia mengambil kunci keretanya. Sebelum pulang tadi, dia sempat membeli hadiah untuk isteri kesayangannya. Sengaja ingin mengejutkan Dayana. Pasti isterinya itu teruja tatkala melihat hadiah yang dibelinya. Dia sememangnya tahu, hadiah itu adalah kesukaan isterinya. Selain itu, dia juga menyediakan sendiri hadiah yang paling istimewa untuk Dayana.

Sementara itu, Dayana turut menyediakan kejutan untuk suaminya. Beberapa keeping gambar Polaroid, dia keluarkan dari beg kertas. Penyepit kayu yang dibelinya turutkan dikeluarkan. Sepantas yang boleh, dia gantungkan gambar-gambar Polaroid itu di tali yang telah dia pasangkan pagi tadi. Penat juga dia menyiapkan sudut khas untuk kenangan mereka itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience