BAB 15

Romance Completed 18455

NASI goreng tom yam di hadapannya, ditenung kosong. Hajah Citra sudah pelik dengan sikap menantunya itu. Beria-ia sahaja pagi tadi Emir memintanya agar menemani Dayana ke restoran itu. Sudahnya, menantunya hanya diam dan tenung nasi yang dipesannya itu macam nak tembus pinggan ke meja.

“Yana, kenapa tak makan lagi ni? Tak tembus pun pinggan tu, awak tenung lama-lama,” tegur Hajah Citra.

“Tak ada seleralah, ma,” balas Dayana senada. Disandarkan tubuh ke kerusi.

“Yana tak sihat? Jomlah, mama bawa pergi klinik. Nak?”

“Yana okeylah, ma. Cuma, itulah. Yana nak abang yang suapkan,” Hajah Citra ketawa kecil. Manja juga Dayana rupanya.

“Nak buat macam mana, Emir kan kerja. Kalau Yana tak nak makan, kita baliklah. Mama masak, nak?”

Seperti anak kecil, Hajah Citra memujuk menantunya itu. Bukannya dia tidak tahu, kenapa Dayana begitu. Lebih dari tahu. Tapi, dia diamkan sahaja. Mungkin Emir masih belum mengetahui keadaan isterinya itu. Haji Malik ada memberitahunya tentang kesibukan Emir kerana banyak projek baru masuk. Tak menang tangan, kakitangan syarikat ingin menguruskannya.

Dayana senyum nipis. Dia memang teringin sekali nak makan nasi goreng tom yam itu, tetapi seleranya mati jika bukan Emir yang menyuapnya. Sogoklah segala jenis masakan pun, dia takkan makan tanpa Emir. Semakin mengada-ngada pula perangainya kini. Bukan dia sengaja, tapi memang keinginannya. Keinginan baby kot.

“Lah, tak makan lagi?”

Hajah Citra menggeleng. Dayana mendongak. Emir! Automatik senyuman Dayana melebar. Emir duduk di kerusi bersebelahan dengan isterinya. Nasibnya baik kerana wakil dari Itali itu sanggup menghabiskan kerja sebelum lunch. Wakit itu pula yang teruja apabila Emir memaklumkan dia ingin pulang sebentar kerana ingin makan tengah hari bersama isterinya. Sudahnya, bukan sebentar tapi sepanjang hari boleh menghabiskan masa bersama Dayana.

“Dah siap kerja, Mir?” soal Hajah Citra.

“Dah, ma. Mr Raven, klien Emir tu yang bersungguh suruh Emir balik. Ingatkan mama dengan Yana dah balik tadi. Nasib baik, tak adalah Emir kena tidur luar malam ni,” Dayana ketap bibir. Malu pula dengan ibu mertuanya itu.

“Macam-macam. Kamu makanlah. Mama balik dulu. Esok Yana datang rumah mama ya?”

“Okey, ma. Sebelum subuh, Yana sampai,” Hajah Citra mengusap kepala Dayana yang berlapik selendang itu sebelum berlalu ke keretanya.

Emir merenung isterinya.

“Abang dah kenapa, pandang Yana macam tu?”

“Tak ada apalah. Meh sini, abang suap. Baby besar abang ni dah lapar ya,” Dayana senyum. Baby kecil pun lapar jugaklah, desis Dayana.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience