BAB 3

Horror & Thriller Completed 9953

“Debish…Debishhh…debishh….. Tok..tok..tok…” Zahrin ajuk bunyi air yang dicurah-curah oleh peniaga ikan dan bunyi ayam dipotong di pasar basah itu. Dia kemudian tersenyum.

“Lucu..” Entah bagaimana, bunyi itu kedengaran lucu.

“Hah… Zahrin.. Nak beli ikan?” sapa Leman sambil tangan sibuk mencurah-curah air pada ikan-ikan segar di hadapannya. Dia memang kenal pemuda itu. Leman juga kenal kedua ibu bapa pemuda itu. Keluarga itu memang tidak suka bergaul dengan orang kampung sejak berpindah ke pulau itu lebih 30 tahun yang lalu.

“Iyalah, Pak Leman. Takkan nak beli ayam kut di kedai ikan…” Zahrin tersenyum sinis. Beg galas di bahu dibetulkan sedikit.

Leman tersengih menampakkan giginya yang sudah berkarat.

“Pilihlah.. Haa.. Semuanya segar-segar..”

“Pak Leman pilihkanlah untuk saya.. Saya tak tau nak pilih. Lagipun tangan masih kotor ni. Bagi saya dua ekor ikan ni.. Ikan apa nama entah..”

“Tu ikan kerapu..”

“Apa-apalah, Pak Leman..”

“Dua je?”

“Haa.. untuk hari ni dan esok.. Berapa sangatlah orang kat rumah saya tu, Pak Leman.”

“Ni.. Ayah dan Mak kamu sihat? Lama betul dah tak nampak… Mak kamu pun lama dah tak beli ikan dari aku…”

“Ayah sibuk memburu. Dah seminggu tak balik lagi.. Biasalah kalau ayah dah pergi memburu..Hm.. Mak ada kat rumah. Sihat je tapi saya dah tak bagi dia buat kerja lagi dah. Biar saya buat semua…”

“Iya? Bagus jugak kau ni kan…” Leman memandang Zahrin dengan riak curiga.

“Ni, kebetulan jumpa kau kat sini, kalau ayah kau dah balik, cakap kat dia Pak Leman jemput pergi rumah malam Jumaat.. Ada bacaan Yaasin dan kenduri sikit… Cakap kat Mak sekali tau.”

“Haa..yalah. Nanti saya sampaikan..”

“Kau pun.. Datanglah. Asyik terperap dalam rumah aje. Sudahlah rumah jauh dari orang-orang kampung.. Dekat dengan hutan… Haa..memang dalam hutan pun kan?” Beg plastik berisi ikan dihulurkan kepada Zahrin di hadapannya.

Pemuda itu pantas menyambut. Banyak cakap pulak orang tua ni hari ni… Zahrin ketap bibir, menahan rasa.

“Bukan saya yang nak bina rumah atas bukit sana, dalam hutan tu.. Ayah suka memburu. Mak suka tempat sunyi. Mak tak suka bising-bising.” Balas Zahrin seraya mengeluarkan not RM50 kepada lelaki tua di hadapannya. Memang Ramona tak suka bunyi bising. Dulu, masa kecil kalau Zahrin bising, emaknya akan sumbat mulutnya dengan buah epal. Paling teruk pun, Emaknya itu akan sumbat mulutnya dengan kain. Ramona suka bersendiri. Zahrin senyum sendirian, mengenang masa silam.

“Hmm.. Banyak untung ke hari ni?” soal Leman lagi sebaik melihat tangan Zahrin yang terdapat kesan cat. Tangan kemudian memulangkan duit baki.

“Bolehlah tahan. Banyak pelancong akhir-akhir ni.. Pergi dululah, Pak Leman! Karang Mak saya risau. Pak Leman tau-tau ajelah jalan ke rumah saya tu.”

“Cakap kat Mak kau, kau dah besar.. Lagipun, kau pandu kereta Ayah kau sekarang kan… Bukan jalan kaki pun.. Tak payah nak risau sangat..” Terbayang Mercedes lama warna hitam yang pernah menjadi buah mulut satu pulau suatu ketika dahulu. Yalah, keluarga pemuda itulah si empunya kenderaan mewah pertama yang masuk pulau. Memang mulut penduduk pulau bukan main bising lagi, penuh rasa kagum dan ada juga yang iri hati! Padahal, keluarga itu bukan kacau orang pun. Mereka cuma tidak suka bergaul. Tinggal pun jauh dari masyarakat setempat.

Zahrin tersenyum lagi.

“Haa..yalah..”

Leman usap misai tebal dan kelabu di atas bibir sambil matanya masih tidak beralih dari merenung ke arah langkah pemuda yang melewati gerai-gerai di pasar basah di situ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience