BAB 14

Horror & Thriller Completed 9953

Damya tersungkur di jalan raya. Sebuah kereta hampir-hampir saja melanggarnya.

“To..long….” ucapnya, hampir tidak kedengaran dengan bibir yang menggeletar ketakutan.

“Damya!!!” Rykal membantu gadis itu berdiri. Damya yang ketakutan mengalirkan air mata kegembiraan. Di belakang kereta yang Rykal naiki, terdapat sebuah lagi kereta yang rakan sekerjanya naiki bagi membantu dalam misi mencari Damya malam itu. Zachry, Imraan dan Megat turut terkocoh-kocoh keluar dari kereta, mendapatkan Damya yang sedang ditenangkan oleh Rykal.

“Awak tak apa-apa?”

“Dia pembunuh! Dia dah bunuh ramai perempuan tak bersalah di banglo tu…..!!”

“Okey! Bertenang! Sekarang awak cakap… Mana dia sekarang?!!!”

“Dia masih dalam hutan tu… Saya….saya.. Saya pukul dia… Saya..takut dia lari.. Awak kena cepat-cepat tangkap dia!!”

“Awak jangan risau… Lepas Ismie buat laporan kat balai lewat petang tadi, pihak polis di sini terus masuk hutan tu cari awak. Pak Cik Edris, Pak Leman dan beberapa orang kampung pun ikut sama. Kami pulak ronda kawasan ni.. Dan alhamdulillah, dah jumpa awak. Zach.. Kau roger Inspektor Jeffrey… Cakap kita dah jumpa Damya. Dan pesan kat dia untuk hantar orang ke banglo dalam hutan tu.”

“Tenang….” Rykal cuba menenangkan tunang kesayangan. Panik juga dia menerima panggilan daripada bakal ayah mertuanya lewat petang itu mengatakan Damya sesat dalam hutan di Pulau Haruki. Sejurus selepas itu, dia terus memanggil beberapa orang teman sekerjanya untuk membantunya mencari Damya. Sahabat sejati Zachry, Imraan dan Megat terus turun padang, sukarela ke Pulau Haruki untuk membantu Rykal.

“So camner ni, Kal?” Megat peluk tubuh.

“Aku rasa instinct aku betullah…”

“Instinct tentang apa, bro?” Giliran Zachry bersuara.

“Tentang kes kehilangan di Pulau Haruki setiap tiga tahun tu…”

“Hm?” Imraan jungkit kening kiri.

“Maksud kau?”

“Aku rasa aku dah tahu siapa dalang semua siri kehilangan tu….”

“Siapa?” soal Imraan lagi.

Rykal renung wajah Damya di sisi.

“Zach, kau hantar Damya pergi balai dulu…Aku, Megat dan Zachry ke banglo tu..”

“Tapi, awak…. Dia tu gila! Dia bahaya!!!!” Damya genggam erat lengan Rykal.

“Awak jangan risau. Kami bertiga.. Dan dengan izinNya, kami tak akan apa-apa. Awak balik dulu. Buat report. Okey?”

Damya angguk lemah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience