BAB 15

Horror & Thriller Completed 9953

Rykal beri isyarat mata pada Megat dan Imraan untuk meninjau kawasan belakang rumah, manakala dia dan Zachry akan masuk banglo ikut pintu hadapan. Rykal intai dari cermin kaca yang menampakkan kawasan ruang tamu dalam rumah. Tiada sesiapa, cuma agak berselerak tetapi tiada apa yang mencurigakan. Perlahan, Rykal pulas tombol pintu. Tidak berkunci. Sekali lagi, dia hanya menggunakan isyarat mata kepada Zachry untuk masuk, mengiringinya daripada belakang.

“Zach.. Aku ke atas.. Kau check this area…”

Zach hanya angguk mendengar arahan Rykal. Dalam kumpulan mereka, Rykal yang berpangkat lebih tinggi memang dah biasa jadi ketua dan atur strategi. Dia terus atur langkah ke dapur. Semakin kakinya dekat dengan dapur, bau busuk yang dihidu sesaat dia melangkah masuk ke banglo usang itu kini terasa semakin menusuk hidung.

“Astaghfirullahalazim..!” Zachry tutup mulut sebaik melihat darah berlumuran dan sepasang kaki di lantai dapur. Di kerusi meja makan pula terduduk seorang gadis tanpa kaki dan di kerusi yang satu lagi terdapat rangka manusia yang kelihatan agak lama. Kedua-duanya diikat pada kerusi meja makan itu. Segera Zachry letakkan tangan di leher dan tangan gadis malang, mencari nadi.

“Too late.” Zachry mengeluh kecil.

“Zach!!” Megat yang mengetuk cermin tingkap dapur yang terbuka membuatkan Zachry mengurut dada terperanjat.

“Belakang rumah clear… Aku tunggu belakang. Megat tunggu depan rumah.. In case dia balik…” bisik Imraan sebaik Zachry mendekatinya. Zachry angguk laju.

Di tingkat atas, Rykal mengatur langkah, cuba meminimumkan sebarang bunyi tapi lantai kayu yang usang tetap mengeluarkan mengikut setiap derap kakinya. Satu demi satu pintu bilik dibuka. Sebaik selesai meninjau dan pasti bahawa orang yang dicari itu tiada, dia keluar semula dan akhirnya tiba di bilik terakhir.

Rykal lihat sekeliling dinding putih lusuh. Sebuah kalendar yang ditanda harinya dan beberapa bingkai potret lukisan pemandangan digantung di beberapa sudut dinding. Perlahan, dia ke meja di sisi katil lantas capai bingkai gambar yang menarik perhatiannya. Debu pada gambar diusap biar imej makin jelas. Di gambar kelihatan seorang kanak-kanak lelaki, memeluk seorang wanita berwajah iras wanita Inggeris yang disisinya berdiri seorang lelaki bermisai yang tak kurang tampannya. Namun, senyuman hanya terukir pada bibir si kanak-kanak. Wanita dan lelaki bermisai itu hanya memandang ke arah lensa dengan pandangan kosong. Rykal jungkit bahu sebelum meletakkan semula bingkai gambar ke tempat asalnya.

Dia kembali mengorak langkah ke tengah bilik. Tidak seperti bilik-bilik sebelumnya, tingkap di bilik itu tidak dirantai dan dikunci dengan mangga. Rykal semakin yakin itu bilik si pembunuh. Hanya bilik itu yang kelihatan bernyawa! Derapan kaki Rykal di ruang bilik terus-terusan mengeluarkan bunyi pada lantai kayu yang usang. Rykal menyumpah dalam hati. Kalau si pembunuh itu ada, sudah tentu dia dengan senang sudah tahu bahawa ada seseorang sedang memeriksa biliknya sekarang. Baru sahaja Rykal hendak memulas tombol pintu bilik air, dia dikejutkan dengan tawa kecil dari arah katil.

“Hehe.. Kreeeekkk….kreeeeekkk….kreeeeeekkk.. Hahaha…! Bunyi langkah kaki kau..atas lantai kayu banglo aku ni… lucu kan?”

Rykal pantas menoleh ke arah bunyi itu datang. Seorang pemuda dengan kapak berlumuran darah di tangan sedang duduk di birai katil, tunduk memandang lantai. Orang yang dicari sedang berada di hadapan mata. Entah bila pemuda itu masuk, dia tidak tahu. Entah-entah, pemuda itu memang sudah lama berada dalam bilik itu tanpa dia sedar, menunggu masa untuk keluar.

“Buang kapak tu. Aku boleh tolong kau.” Ujar Rykal tenang. Dia dalam keadaan siap-sedia untuk sebarang kemungkinan.

“Nak tolong apa? Ha? Tolong apa?”

“Aku tahu apa yang kau dah buat.”

Pemuda itu angkat muka, memandang tepat ke arah Rykal dengan pandangan tajam yang menakutkan. Bibirnya diketap dengan kedua belah tangan yang mula menggeletar.

“Mak aku tak suka orang suka hati masuk rumah dia. Nanti Mak aku marah aku…” Zahrin mula menangis.

“Kau ni….betul-betul dah susahkan aku la..!! Kalau Mak aku tahu kau pecah masuk macam ni, aku yang kena tau…!”

“Mana Mak kau? Aku tak tengok siapa-siapa kat rumah ni.. Kau tak perlu takut.” Rykal masih tenang seperti tadi.

“Mak aku tengah tunggu aku kat dapur sekarang! Kami nak makan malam sama-sama tapi korang semua kacau makan malam aku! Dan aku ada tetamu tunggu!”

“Bukan tetamu kau dah lari ke?” Giat Rykal.

“Ahh…dia kawan aku… Tapi dia pun jahat jugak. Kata kawan, tapi lari. Siap sepak terajang aku masa aku kejar tadi. Sakit badan aku. Tak ada perempuan pernah lawan aku macam tu. Kawan apa macam tu.. Dulu bagi jeli buat kabur mata akulah tu. Manusia semua sama. Macam binatang. Ingat aku bodoh ke…Nasib baik kapak aku ni tercicir masa kejar dia. Kalau tak, aku tetak-tetak dia buat teman Ayah aku belakang rumah tu..” Zahrin kemudian senyap buat beberapa saat sebelum dia angkat muka lalu menerpa ke arah Rykal.

“Kau siapa ha??? Kau kawan perempuan yang lari tadi tu????!!!” Zahrin tarik kolar baju hitam pemuda yang masih tenang membalas renungan tajamnya.

“Kau pun nak mati??”

Baru sahaja Zahrin angkat tangan hayun kapak, Rykal terlebih dahulu memulakan langkah. Tangan Zahrin ditahan dengan tangan kiri sedang tangannya yang sudah menggenggam kuat dihayun jitu ke perut Zahrin di hadapannya. Kapak di tangan Zahrin jatuh ke lantai, hampir mengenai kaki Rykal tetapi sekali lagi dia pantas mengelak. Kaki pantas menendang Zahrin hingga pemuda itu tersandar di dinding tepi meja sisi katil.

Zahrin bangun lagi. Bukan semudah itu dia mengalah.

“Kau tahu tak kenapa mereka perlu mati? Sebab mereka cantik macam Mak aku. Mereka perlu dihapuskan sebelum mereka layan anak mereka sama macam Mak aku layan aku. Mereka cantik tapi mereka cuma layak jadi trofi buruan aku je!”

“Kau tak ada hak. Tak ada siapa yang boleh cabut nyawa selain Allah.”

Zahrin kembali menyerang Rykal. Pergelutan sekali lagi berlaku. Zahrin tidak kurang juga hebatnya. Beberapa tumbukan turut mengenai muka dan perut Rykal.

“Aku ada hak!!!!” Zahrin semakin menggila. Tubuh Rykal disepak tanpa henti apabila pemuda itu tersungkur. Dia tidak akan membiarkan pemuda itu mendapat peluang untuk membalas serangannya.

“Buk!! Bukkk!!! Bukkkkk!!!! Tak ada bunyi yang lebih lucu daripada bunyi masa aku sepak terajang orang macam kau…! Hahaha!!!” Zahrin sepak kepala Rykal.

“Bab…bab…bab….! Prak.. Prak.. Tu bunyi masa aku tetak badan orang macam kau.. Tapi kadang-kadang aku cacak-cacak dengan pisau potong epal dulu… Cak… Cak.. Cak…! Hahahaha! Bunyi tu akan jadi bunyi lucu di telinga aku saat aku bunuh kawan perempuan kau tu, masa kau dah mati!”

“Dasar lelaki gila!!” Rykal peluk erat kaki yang giat menendang tubuhnya sebelum ditarik sepenuh hati. Zahrin jatuh terduduk di lantai. Rykal bingkas bangun. Giliran dia menguasai pergelutan antara lelaki dengan lelaki.

“Aku takkan biarkan kau sentuh tunang aku! Aku takkan biarkan kau sentuh mana-mana perempuan tak berdosa lagi selepas ni!” Rykal yang sempat capai kapak dari lantai sudah angkat tangan, siap sedia untuk menghayun apabila Zachry dan Megat muncul di muka pintu.

“Ya, Allah! Rykal!!!” Zachry terus berlari mendapatkan Rykal yang penuh lebam dan berlumuran darah di muka.

“Dia ni patut mati je…!”

“Sabar, Rykal… This is so not you! Chill, man! We got him already…!!” Zachry tepuk-tepuk bahu Rykal dan akhirnya pemuda itu tenang kembali. Kapak di tangan dilepaskan ke lantai perlahan.

“Wooo…!! So bunyi sayup-sayup yang kami dengar dari basement tadi bunyi kau kena belasah la..?” Giliran Imraan muncul di muka pintu.

“Sayup lah sangaat, bro!” Rykal senyum sinis.

“Serius nyaris tak dengar, dude! Kami discover pintu ke basement yang aku rasa dia ni sembunyi baik punyaa… Bawah karpet ruang tamu tuuu….. Agak-agak, berapa upah orang construct and build rumah dengan basement ni puluh tahun dulu ye?? And kenapa kau biar mamat gila ni touch your face, Rykal??!”

“My bad!” Rykal usap darah yang mengalir di tepi bibir.

“Check out the basement, dude… Aku rasa situ bilik operasi mamat gila ni…!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience