BAB 16

Horror & Thriller Completed 9953

“Awak dah okey?” Rykal labuh punggung ke bangku tepi Pearl Beach. Suasana petang di tebingan tepi pantai itu sungguh mendamaikan, sungguh kontra dengan wajah gadis di sisinya itu.

“Eh…awak.. Apa awak buat kat sini??”

“Cari awak. Saya ke rumah awak tadi. Pak Cik Edris cakap awak jalan-jalan kat sini..”

“Esok saya dah nak mula kerja but it feels like yesterday benda tu semua jadi kat saya..”

“Hm..You’ll forget it… soon..” Pemuda yang ringkas berbaju T putih kosong dan berseluar denim biru pudar itu menepuk lembut bahu gadis tercinta.

“Maafkan saya sebab terpaksa tunda majlis perkahwinan kita..”

“It’s okay, sayang.. Just tell me when you’re ready. You know I’ll always be right here…”

“Thanks..a lot.. Saya masih tak sangka semua ni boleh jadi kat saya…”

“Sabarlah, sayang.. Semuanya jadi bersebab. Awak ada kat situ sebab Allah nak awak bongkar rahsia yang selama ini takda siapa tahu. Awaklah penyelamat. Awak yang tamatkan kekejaman dia tu. Dia tu tak sihat. He got mental illness.. Dia memang sah tak boleh fikir macam orang waras. He was abused. Tak dapat nak salahkan dia jugak, after all that he’ve been through… Dia mangsa, dan seterusnya jadi pemangsa sebab tekanan jiwa yang dia alami…”

Damya mengeluh berat sebelum mengukir senyuman.

“Alhamdulillah… Allah panjangkan umur saya… Sebab tu masih ada kat sini.. Dengan awak hari ini…”

“Alhamdulillah…“

“Maaf sebab susahkan awak datang ke Pulau Haruki hari tu… cari saya..”

“Awak cakap apa ni… Tu memang tanggungjawab sayalaa…! Saya tunang awak. Saya tak nak apa-apa jadi kat bakal isteri saya… Dan awak pun dah tolong saya tau..”

“Hm?”

“Awak dah tolong saya selesaikan misteri kehilangan gadis di Pulau Haruki setiap tiga tahun tu..”

“Malangnya, saya tak mampu nak selamatkan nyawa gadis terakhir yang jadi mangsa dia tu…”

“Itu bukan salah awak.. Tu nasib baik masa kami jumpa, kepalanya belum bercerai dengan badan. Zahrin tu tengah hayun kapak masa saya dan Inspektor Jeffrey serang masuk dalam bilik bawah tanah tu… Hm.. tanya sikit boleh?”

“Yep?”

“Betul ke awak tu pernah bagi gummy bear jelly kat Zahrin tu? Awak memang kenal dia?”

“Saya pernah tengok dia masa kat sekolah rendah but I never talk to him.”

“Jadi macam mana Zahrin boleh cakap benda tu semua?”

“It’s actually, Ainan. One of my bestfriend masa sekolah rendah dulu.”

“Ainan? Kawan awak yang dah berhijrah ke London tu ke?”

“Yep! She’s the one who bumped into Zahrin… Yang bagi gummy bear jelly.. Dia tu memang baik dengan semua orang.. Masa dia bumped into Zahrin tu, saya ada tak jauh dari situ…Dia pun ceritakan semua pada saya. Dia memang kasihankan Zahrin. She’s the one yang cari Zahrin masa majlis perpisahan budak-budak UPSR… I’m just lucky..sebab ada kat situ saat Ainan kenal Zahrin. Dan sebab tu jugak saya masih hidup bernafas depan awak hari ni… I owe Ainan with this one!” Damya mengeluh berat.

“By the way, Mak Zahrin macam mana??”

“Mak Zahrin? Maksud awak, mayat Puan Ramona? Awak ada tengok rangka mayat tu ke?”

“Rangka….mayat?” Damya pandang wajah Rykal, kehairanan.

“Kami jumpa rangka mayat yang dah reput, diikat di kerusi meja makan. Masa hari perbicaraan tempoh hari, Zahrin tu betul-betul fikir Mak dia masih hidup. Dia cakap Mak dia selalu tunggu dia balik di meja makan di dapur. Dengan rambut yang basah… Tapi Mak dia langsung tak nak cakap dengan dia. Dia sendiri tak tahu yang Mak dia dah lama meninggal. Hampir sepuluh tahun lepas. Lepas pendakwaraya tunjukkan gambar mayat reput yang dah tinggal rangka, Zahrin pada mulanya menangis teresak-esak.. Macam betul-betul kehilangan sebelum dia mengejutkan semua orang apabila dia tiba-tiba gelak besar..”

“And why is that?”

Rykal lemparkan pandangan jauh ke lautan yang terbentang luas sebelum mula ceritakan semua kepada Damya yang tekun mendengar. Sejurus selepas itu, gadis itu kelihatan serabut lantas geleng-geleng kepala.

“Kenapa?” soal Rykal ingin tahu.

“Sebab.. I saw her! I saw her that night! Dia yang suruh saya pergi cepat dari situ. Pergi dari Zahrin…!”

Dahi Rykal berkerut seribu.

“I know. Awak dah ceritakan masa soal siasat hari tu kan.. Tapi… Mustahil. She’s dead.” Saat itu juga, setiap butir kata yang keluar dari mulut Zahrin pada hari perbicaraan, bermain di telinga. Riak wajah Zahrin ketika itu turut bermain di mata. Rykal rasa seperti segalanya diulang tayang dihadapannya. Dia takkan lupa riak tak bersalah pada wajah Zahrin. Sedih dan gembira silih berganti pada wajah itu namun tiada siapa tahu, apa sebenarnya yang pemuda itu rasa.

“Aku bunuh dia. Sebab dia bising sangat! Macam binatang-binatang yang Ayah aku bunuh selalu tu. Masa aku selalu ikut Ayah memburu, Ayah cakap dia bunuh binatang tu semua sebab mereka selalu buat bising. Binatang bencikan manusia. Tak salah bunuh binatang. Mak aku bencikan aku. Tak salahlah kalau aku bunuh dia jugak, kan? Aku lemaskan dia dalam air…dalam tab mandi…Hehe..debissh…debishh…debish.. debisssh.. Bunyi air.. Hampir sama dengan bunyi air masa Pak Leman siram ikan di pasar.. Hahaha..!!

‘Zahrin..! Zah….rin… Zah..! Zah…!’ Hahaa… Aku buat-buat tak dengar dia panggil nama aku sebab dia selalu buat-buat tak dengar masa aku panggil dia.. Lepas tu dia senyap..Habis basah baju aku. Tapi yang peliknya… Dia tak reti nak duduk diam dalam tab mandi tu.. Ke hulur..ke hilir ikut aku.. Aku masih lagi dengar suara dia.. Marah aku.. Marah itu… Marah ini… Lepas tu, aku ikat laa dia kat kerusi meja makan. Macam yang dia selalu buat kat aku.. Tapi aku tak sumbat epal macam yang dia selalu buat…” Zahrin senyum sinis sebelum gigit-gigit kuku jemarinya.

“Sebab aku lebih bijak dari dia. Aku jahit mulut dia. Lepas tu, memang langsung tak dengar dia cakap apa dah…!! Haha!! Dan mungkin sebab tu laa…dia tak nak cakap dengan aku terus! Tapi tak apa… Aku tak kisah…!!! Hahahahha…!!” sambungnya lagi.

“Mak Zahrin sudah mati dibunuh.. Jadi..” Gadis berbaju T The Ramones dan berseluar denim kelabu itu bersuara, mengembalikan Rykal ke alam realiti.

“Kenapa?” Rykal jadi risau melihat riak Damya yang nyata runsing dan kehairanan.

“Awak lupakanlah semua yang dah terjadi.. Move on, okay?”

Matanya bundar, mulutnya ternganga dan kemudian Damya mengetap bibir. Imej wanita berkemban dengan rambut yang masih basah kembali bermain di mata. Kalau wanita itu sudah lama pergi dari dunia ini, wanita yang menunjukkannya arah keluar, mengarahkannya untuk segera pergi dari situ siapa? Adakah dia adalah perempuan itu?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience