BAB 9

Horror & Thriller Completed 9953

“Wow!! This is so cool!!!! Awak lukis semua ni??”

Zahrin angguk bangga sambil senyum terukir di bibir. Wajah gadis yang sedang meneliti setiap lukisan yang dipamer di sekeliling tempat Zahrin duduk itu sesekali direnung. Apabila gadis itu melihat ke arahnya, dia akan cepat-cepat alih pandangan ke lain.

“Cantiknya.. Ini potret siapa?” Potret wajah wanita berselendang biru muda itu direnung.

“Your customer jugak?”

Customer….. Zahrin menggali memori. Customer….Michelle cakap, customer maksudnya pelanggan… hmm.. Nasib baik ada Michelle… Terima kasih, Michelle! Hanya Michelle yang selalu ‘memaksanya’ bersembang. Ada gunanya dia berkawan dengan Michelle walaupun sepatah ditanya, sepatah sahaja dia jawab.

“Bukan! Dia bukan pelanggan saya!” Cepat-cepat Zahrin menjawab sebaik ingatan tentang gadis bernama Michelle itu hilang.

“Habis?”

“Itu Mak saya.” Balas Zahrin tanpa bangkit dari bangku tempat di mana dia duduk. Di tangan masih memegang berus tirus. Pemandangan pagi di pelabuhan sudah suku siap apabila dia tiba-tiba disapa oleh seorang gadis cantik.

“Mak awak? She’s beautiful. She really is…” Wajah Zahrin direnung, mencari persamaan pada wajah Zahrin di potret itu.

“You have her eyes… And her smile…”

Zahrin hanya tersenyum. Sebenarnya, dia tidak faham apa yang gadis itu sedang cakapkan. Dia cuma faham dengan satu perkataan daripada gadis itu iaitu ‘beautiful’. Perkataan itu yang selalu pelanggannya ucapkan selepas melihat hasil kerjanya.

“Muka awak macam pernah tengok….”

“Er….sayaaa…? Muka saya..?” Zahrin menuding diri sendiri.

Gadis itu mengurut dagu.

“Tapi saya tak ingat mana saya pernah tengok muka awak ni. Awak orang sini ke?”

Soalan gadis itu dibiar sepi.

“Awak..nak saya lukis potret awak?”

Pantas gadis itu menggeleng.

“Saya suka tengok potret kat rumah orang, kat galeri tapi saya tak nak wajah saya dipotretkan. Entahlah… Saya cuma..tak suka. Saya tak rasa akan ada potret di dalam rumah saya satu hari nanti…. Tapi seriously, saya pernah tengok awak sebelum ni… Awak nampak…familiar….”

“Damya!” Panggil Edris dari seberang. Damya pantas menoleh. Edris melambai ke arahnya. Leman berdiri bercekak pinggang di sisi Edris.

“Hm..Saya pergi dulu.”

Zahrin hanya menghantar pemergian gadis itu dengan pandangan kosong.

“Cantik…tapi bukan orang pertama sapa aku hari ni…” ujarnya perlahan sebelum kembali melukis.

“Apa yang Damya bualkan dengan pelukis tu tadi? Macam dah lama kenal je… Damya kenal dia ke?” soal Edris sambil kaki sudah melangkah bersama Leman dan Damya menyusuri blok kedai menuju ke tempat kereta mereka diparkir.

“Mana ada.. Damya cuma puji lukisan dia je. Tapi muka macam familiar lah, Bah…”

“Tu kan anak si Khalil…” Leman selitkan rokok di celah bibir.

“Anak Khalil?? Yang kecik dulu tu ke??” Bulat mata Edris melihat Leman yang bersahaja di sisi.

“Habis..kalau anak gadis kau dah besar panjang macam ni, anak dia tak membesar ke?”

Mendengar kata-kata itu, Damya terus tergelak. Iya tak ya lah Abah aku ni…. Betul jugak cakap Pak Leman tu…tapi …siapa Khalil? Kenapa Abah terperanjat sangat?

“Tak..aku..aku cuma tak sangka….” Edris cuba tersenyum.

“Begitu cepat masa berlalu…”

“Err…nak mintak izin…nak mencelah kejap boleh?” Damya memotong. Edris dan Leman memandang ke wajah anak gadis yang sudah berhenti melangkah di hadapan mereka itu.

“Abah dengan Pak Leman nak balik ke?”

“Abah dengan Pak Leman nak ke rumah kawan Abah kat kampung hujung tu ha…”

“Kalau macam tu, Damya balik rumah je lah, Bah.”

“Tak nak ikut sekali?” Soal Pak Leman pula.

“Kawan Abah kamu tu ajak makan tengahari di rumah dia. Ikutlah sekali.. Karang lapar…”

“Pak Leman janganlah risau.. Pandai-pandailah Damya nanti..”

“Betul tak nak ikut Abah ke ni?” Edris menyoal lagi.

“Yalah, Bah.. Abah dengan Pak Leman pergi dulu. Damya nak jalan-jalan kejap, lepas tu Damya terus balik rumah.”

“Hmm…jaga diri. Bahaya merayau sorang-sorang… Kamu pun dah lama tak ke sini.. Sesat karang..”

“Abah janganlah risau. Damya dah besarlah, Bah… Pasal keselamatan, Abah jangan risau. Abah dah lupa ke? Anak Abah ni judo tahap berapa dah, Bah?”

“Ha..yalah…yalah…! Hati-hati!!” Kepala Damya digosok lembut. Gadis itu kemudian tersengih sebelum bersalaman dengan Edris dan juga Leman. Dia kemudian berlalu pergi sebaik kereta yang dinaiki Edris dan Leman meluncur pergi meninggalkan ruang parkir.

“Khalil masih duduk sini ke, Man?” soal Edris memulakan perbualan.

Cepat-cepat Leman membuka cermin tingkap kereta dengan lebih luas agar kepulan asap rokoknya tidak terlalu lama menguasai ruang udara dalam kereta. Mahunya pengsan si Edris yang sudah lama berhenti merokok itu. Tangan kemudian kembali bermain gear dan memutar stereng.

“Sepatutnya…ada.. Tapi dah lama jugak aku tak tengok batang hidung si Khalil tu… Entah hidup ke tak, aku tak tahu. Tapi anak dia si Zahrin tu cakap, ayahnya dah lama tak pulang. Entahlah, Edris… Kau pun bukannya tak kenal dengan si Khalil tu. Obsesnya dengan memburu macam orang gila pun ada… Anak bini terabai.. Tu si Zahrin, nasib baik masih hidup. Sejak Zahrin tu dah besar, Ramona tak keluar rumah lagi dah. Cuma Zahrin yang selalu keluar ke pekan, cari rezeki jadi pelukis. Tu mujur ada bakat melukis… Sekolah setakat darjah enam, apa sangatlah yang dia boleh buat? Memanglah harta si Khalil tu banyak tapi kalau Zahrin tak bekerja buat tampung hidup, habis jugaklah kan?”

Edris angguk perlahan.

“Mereka masih tinggal kat banglo jauh dari orang kampung tu ke?”

“Ha’ah.. Kalau kau tak tengok laluan kecik untuk kereta lalu, kau takkan tahu dalam tu ada banglo… Pokok-pokok semua dah tinggi cakar langit..”

“Kau pernah jenguk ke si Zahrin tu kat banglo tu?”

“Kau ingat dia nak bagi kau masuk ke? Kalau tak kerana ada kes gadis hilang di pulau ni dulu, aku tak jejak kaki ke banglo tu.. Banglo tu pun kena geledah sebab polis curiga dengan kewujudannya dalam hutan tu.. Tapi rumah tu bersih.. tak ada apa yang menimbulkan keraguan.”

Edris kemudian hanya mengganguk perlahan, sebelum terus membuang pandang ke luar tingkap kereta.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience