BAB 10

Horror & Thriller Completed 9953

Damya betulkan backpack sederhana besar di bahu. Botol air di poket tepi beg jenama Roxy warna biru tua itu dicapai sebelum air di dalamnya diteguk rakus. Jam di tangan kanan kemudian direnung. Sudah pukul 4.30 petang. Sudah hampir sejam dia dan Ismie, rakan sekelasnya semasa sekolah rendah itu masuk hutan untuk jungle trekking.

Damya mahu tangkap semua gambar menarik dalam hutan pulau itu. Banyak jugak gambar-gambar keindahan alam semulajadi dan pemandangan-pemandangan menarik yang dia sudah kumpul setiap kali pergi bercuti untuk dijadikan koleksi peribadi. Dia senyum puas setiap kali melihat hasil gambar yang diambil adalah seperti yang dia mahukan, mengenangkan Rykal yang tentu akan cemburu dengannya kerana tidak dapat ikut serta bercuti di pulau indah itu.

“Dah 4.30, Mie.. Orait lagi ke?”

“Orait je!” Ismie yang sudah tentu lebih daripada sekali masuk hutan itu tersengih menampakkan lesung pipit di pipi kirinya.

“Kau tu…okey ke tak? Penat je aku tengok. Larat lagi ke naik, nak ke air terjun?” Tudung di kepala dibetulkan, sudah tak betul gaya macam masa mula-mula masuk hutan tadi.

“Rehat kejap la, Mie.. Lama jugak aku tak masuk hutan macam ni.. Gila awesome! Patutlah nature lover suka sangat pergi sini..” Damya sudah labuh punggung ke batu tepi pokok tinggi dengan batang sebesar pemeluk.

“Boleh je.” Ismie cekak pinggang seraya menala pandangan ke langit, mencari awan di sebalik celah rimbunan daun.

“Mie..suami kau tak marah ke aku sibuk nak mintak teman kau masuk hutan ni…”

“Nak marah apanyaa.. Bukan dia tak kenal kau pun… Kau pun asal budak pulau ni apaa.. Lama jugak kau tak balik sini ye.. Padahal pergi pulau ni bukan perlu naik flight pun…”

Damya menyeringai tersengih.

“Aku sibuk sikit. Kau faham-fahamlah.. Aku baru setahun jagung kerja kat firm tu.”

“Dua tahun pun setahun jagung ke?”

“Ha’ahlah, Mie… Banyak yang aku kena belajar.. Kau tu pulak, business travel agency kau dengan Ismael, suami kau tu pun boleh tahan jugak ye!”

“Rezeki Allah.. Alhamdulillah.. Tak payah aku nak susah-susah ke bandar.. Tapi Is nak bukak cawangan di SummerShine. Di SummerShine tu nanti dia nak promote Pulau Haruki ni.. Hehee.. Kau bukannya tak tahu si Is tu macam mana, Damya.. Cintakan Pulau Haruki mengalahkan cintanya pada aku! Huh!!”

“Okeylah tu! Haha… Ismie and Ismael.. Korang berdua ni memang something laa… Couple dari sekolah menengah, tup..tup..lepas graduate, kahwin…”

“Aku pun tak sangka, Damya. Banyak juga cabarannya. Alhamdulillah, jodoh kami diperkenan Allah. Kekallah sampai hari ni..insyaAllah sampai syurga!”

“Amin!!”

“Tak lama lagi…aku pulak yang merasa makan nasi minyak kau ye!! Dengan abang polis lagi… Hahaha!” Ismie cubit lengan kiri Damya. Gadis itu hanya tergelak.

“Dah, jom continue.. Karang lambat sampai air terjun, lambat jugak kita keluar dari hutan ni..Gelap karang susah jugak sebab kita hanya berdua je ni walaupun aku dah kira tahap renjer hutan kat sini.. Hehehee…”

“Baik, kapten!”

Perjalanan diteruskan. 45 minit kemudian, mereka sampai ke kawasan air terjun. Seronok betul Damya mengambil gambar setiap sudut keindahan alam semulajadi. Ismie jadi pemerhati sambil duduk berendam dalam air terjun. Mujur cuma ada mereka di sana, tiada pengunjung lain. Barangkali disebabkan hari itu bukan merupakan hujung minggu.

“Brrrrrrrr…..sejuk!!!” Ismie menggigil tetapi masih tidak mahu keluar dari air yang jernih dan sejuk itu.

Damya tersengih. Kalau tak kerana dia tidak membawa pakaian lebih, tentu dia sudah ikut sama terjun sebaik tiba tadi. Macam mana dia hanya boleh terfikir untuk membawa kamera DSLR Canon miliknya, langsung tidak ingat niatnya yang juga ingin terjun dan berendam dalam air terjun itu? Memang betul-betul rugi! Ikut hati mahu saja dia terjun dengan baju yang ada di badannya sekarang dan keluar dari hutan itu dengan baju yang sama tetapi dia takut jatuh sakit pula memandangkan dia memang seorang yang mudah demam, takut pula menyusahkan Abah nya nanti.

“Mie..Kau tunggu sini ke nak ikut aku? Aku nak naik atas sekejap.”

“Kau nak ke mana?”

“Kau ingat lagi tak kat atas tu ada sebatang pokok besar dan rendang, and sebelah pokok tu pulak ada batu-batu besar yang orang yang pertama kali jejak kaki kat sini akan sibuk tulis macam-macam? Dari atas tu jugak akan nampak kawasan air terjun ni. Aku nak pergi tengok, benda yang aku tulis sepuluh tahun dulu masa trip sekolah masa kita Tingkatan 4 dulu tu, masih lagi ke tak.. Hehehe..”

“Hm..kau okey ke pergi seorang? Ingat jalan ke?”

“Tang sini dah ingat laa… Bukan jauh pun! Kau tu..okey ke berendam sorang-sorang?”

“Okey je. Tapi kau jangan lama-lama. Hm….10 minit…! Aku bagi masa 10 minit je!”

“Okey! 10 minit..! Deal.. Jangan tinggalkan aku kalau aku lambat sesaat dua.”

“Jahat sangat ke aku??!”

“Hahahaa.. Pergi dulu!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience