BAB 12

Horror & Thriller Completed 9953

Damya tutup mulut dengan kedua belah tangan. Bibir yang sudah menggeletar dengan gigi yang asyik berlaga cuba ditahan. Gila! Air mata mengalir deras di pipi. Dia terduduk di tepi banglo usang itu, betul-betul di tingkap dapur banglo di mana dia telah melihat lelaki tanpa rasa kasihan itu menetak kaki gadis yang malang. Sedaya upaya Damya cuba untuk tidak mengeluarkan apa-apa bunyi.

Peluh dingin memercik di dahi, mengalir ke sisi pipi terus ke leher yang jinjang. Baju hijau lumut di badan sudah tambah warna dengan warna tanah dan lumpur. Beg galas sudah jatuh hilang entah di mana. Di poket kiri seluar ada telefon bimbit, sudah beberapa kali dia angkat, hentak-hentak ke tapak tangan dan hampir saja dipijak-pijak kerana hati yang sudah tidak mampu menahan rasa geram. Kenapa masa macam ni jugak nak tak ada line lah, apaa segalaa……???!!!! Apa aku nak buat ni… Ya, Allah!! Lindungilah aku…!!!!!

Dia sesat semasa mengejar tupai dalam hutan tadi apabila tiba-tiba dia terdengar jeritan lantas terus mencari dari mana suara itu datang. Alangkah terperanjatnya dia apabila melihat seorang gadis sedang dibelasah teruk oleh seorang lelaki lalu pengsan. Damya seperti pernah melihat wajah lelaki itu sebelum ini tetapi dia tidak begitu pasti. Dengan berhati-hati, dia ekori lelaki yang sedang mendukung gadis yang tidak sedarkan diri. Dan disebabkan itu, dia ada di sini sekarang, di tepi banglo usang dengan perkara yang tidak pernah dia bayangkan akan terjadi di hadapan matanya sebentar tadi. Dalam hati masih terus berdoa agar Ismie sudah selamat sampai ke balai polis, melaporkan kehilangannya agar dia cepat-cepat ditemui. Sungguh dia tidak tahu hendak berbuat apa sekarang.

“Kau buat apa kat sini? Aku tak suka orang asing datang rumah aku.”

Perlahan Damya toleh ke arah pokok ara di tepi rumah. Di sana, seorang wanita berkemban dengan rambut yang masih basah sedang berdiri, memandang tepat ke arahnya yang sedang dalam ketakutan.

“Mak…mak cik… Saya..”

“Cepat pergi. Sebelum dia nampak kau.” Ujar wanita itu perlahan.

Dia? Damya cuba berdiri dan hampir saja terjatuh semula dek kedua belah kaki yang lemah menggeletar ketakutan. Lelaki kejam tadikah yang wanita ini maksudkan? Aku macam pernah nampak wanita ni sebelum ni…tapi….

“Kau tunggu apa lagi? Pergi.” Tegas wanita itu dengan suara yang masih perlahan. Wanita itu kemudian menuding ke kiri.

Damya pandang ke arah yang ditunjukkan. Masih tak nampak jalan raya atau apa-apa. Cuma ada pokok-pokok yang tidak kurang tingginya dengan semak belukar. Damya tertanya-tanya dalam hati. Itu ke jalan keluar dari sini? Dia kemudian mengumpul kudrat untuk bangun. Air mata yang tidak berhenti mengalir diseka laju. Perlahan, langkahnya diatur menjauhi dinding banglo apabila dia tiba-tiba tersadung akar pokok lalu jatuh tersungkur betul-betul di hujung kaki tanpa selipar. Damya angkat muka dan serentak dengan itu juga, rambutnya ditarik agar dirinya terus bangun.

“Kau siapa?? Apa kau buat kat sini ha??? Kau nak apa???” soal pemuda dengan kapak berlumuran darah di tangan kiri. Matanya mencerlung, memandang ke arah tetamu yang tak diundang itu.

“Maaf. Saya…saya…”

“Kau nak apa? Kau cari perempuan dalam rumah aku tu ke?? Kau kawan dia???”

“Saya…” Damya cuba menoleh ke arah wanita di pohon ara sebentar tadi. Wanita itu sudah tiada lagi di situ.

“Saya…sesat. Tolong…”

“Sesat?” Zahrin menyeringai tersengih.

“Ini pertama kali orang sesat sampai kat rumah aku. Kau datang tepat pada masanya. Kami baru je nak makan malam! Jom ikut aku! Kau mesti lapar kan?”

“Tak…Tak apa.. Saya..Saya boleh cari jalan keluar…”

Zahrin pandang tepat ke wajah gadis yang berdiri ketakutan di hadapannya itu.

“Kenapa kau nampak takut? Kau takut apa?” Zahrin tarik lagi rambut gadis itu kasar.

Damya menjerit sakit.

“Lepaskan saya…!!”

“Kau mesti dah tengok apa yang aku buat pada kawan kau tadi kan? Hahaha.. Seronok tak? Eh..eh.. Aku kenal kau! Aku ingat kau! Kau perempuan hari tu kan?”

Damya turut menggali memori. Ya! Dia ingat wajah pemuda itu. Pemuda tu.. Dia pelukis jalanan, anak lelaki bernama Khalil yang Abah dan Pak Cik Leman bualkan tempoh hari….! Dan wanita tadi tu….Ya! Dia wanita cantik dalam potret tempoh hari… Betullah.. Yang tadi tu ibunya! Kenapa seorang ibu sanggup membiarkan anaknya bertindak sekejam tu?? Kenapa dia tak buat apa-apa untuk hentikan semuanya tadi?

“Kau dah tengok wajah mak aku dalam potret. Kau cakap dia cantik. Kau nak tengok dia tak?? Dia memang cantik! Lebih cantik dari apa yang kau tengok dalam potret tu…! Kau mesti tengok dia…!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience