BAB 6

Horror & Thriller Completed 9953

Damya tersentak saat pintu bilik bacaannya itu diketuk beberapa kali. Sebaik pintu dibuka, terpacul wajah seorang lelaki tua berambut putih dengan uban dan seribu kedutan di muka.

“Ya, Abah? Ada apa?”

“Abah nak balik kampung Sabtu ni.. Nanti Damya hantarkan Abah di pelabuhan ya..?” Bahu Damya ditepuk-tepuk lembut.

“Abah bagitau awal ni sebab Abah takut Abah lupa nak bagitau Damya..”

“Abah ni pun.. Apasal nak balik tiba-tiba?”

“Nak ziarah pusara Mak Damya… Lama dah tak jenguk…” Lelaki tua itu sudah masuk dan duduk di sofa dalam bilik bacaan, membiarkan Damya mengekorinya dari belakang. Gadis berumur 27 tahun itu turut melabuhkan punggung di sofa berhadapan ayahnya.

“Bermalam di sana ke?”

“Ha’ahlah..”

“Dah tempah bilik hotel?”

“Abah dah call Pak Leman tadi.. Dia cakap Abah boleh tinggal di rumah dia aje. Dia pun dah tak ada sesiapa kat rumah tu sejak isteri dia meninggal tahun lepas.. Anak dia si Mushrif tu dah kerja di bandar. Balik sekali sebulan je.. Tu pun, kadang-kadang tak balik dua tiga bulan.. Pak Leman cakap sekarang Mushrif tu sekarang sedang bercuti dengan kawan-kawannya di Istanbul.. Lama lagilah nak balik tu..”

“Pak Leman akan jemput Abah dari pelabuhan kat sana ke nanti?”

“Begitulah…”

“Hm…” Damya berkira-kira dalam hati. Sudah lama juga dia tidak bercuti di pulau kelahirannya itu. Sejak ibunya meninggal, mereka terus berpindah ke SummerShine dan menetap di situ.

“Damya ikut sekalilah, Bah..”

“Betul nak ikut? Boleh dapat cuti ke? Abah kat sana mahu seminggu dua ni… Bukan dua tiga hari…”

“Sekarang tak sibuk sangat.. Lagipun tahun ni Damya belum cuti panjang lagi.. Bolehlah kut.. Hehee..”

“Kut?” Lelaki tua yang hanya berbaju T kolar dan berkain pelikat itu angkat kedua belah kening.

“Nanti boleh suruh Rykal hantar kita di pelabuhan.” Wajah tunang tersayang bermain di ruang mata.

“Hmm.. ikut suka kamulah, Damya… Kamu tu dah kira darah manis. Jangan buat benda entah apa-apa kat pulau tu nanti. Dua bulan lagi nak naik pelamin!”

Damya hanya membalas kata-kata itu dengan senyuman.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience