BAB 2

Horror & Thriller Completed 9953

“Excuse me…”

Pemuda ringkas berbaju T hitam lusuh dan berseluar jeans biru pudar itu angkat muka. Lagak macam orang biasa padahal wang ringgit bertimbun dalam peti besi di rumah.

“Nak tanya, kalau dari sini, macam mana nak ke Resort Purnama?”

“Naik teksi. Tempat tunggu teksi dua blok dari sini.” Jelas Zahrin sambil mata sempat melirik ke leher jinjang si gadis yang rambutnya diikat kemas ekor kuda.

“O-okey! Terima kasih!” Gadis kecil molek itu senyum manis pada si pemuda kacak.

“Err…awak!” Panggil Zahrin sebaik kaki gadis itu mula menapak pergi.

Gadis dengan backpack warna merah itu berhenti lalu menoleh.

“Saya boleh lukis potret muka awak.. Free.” Tawar Zahrin seraya tersenyum nipis.

“You..do?” Soal gadis itu teragak-agak sambil membetulkan letak kaca mata RayBan di batang hidungnya yang mancung. Dia pandang lukisan yang dipamerkan di kiri dan kanan pemuda itu. Ada potret, ada juga pemandangan indah. Itu sudah semestinya pemandangan di Pulau Haruki, bisik hati kecilnya. Pulau yang selalu disebut-sebut oleh golongan pencinta alam dan keindahan.

“Ya.” Zahrin angguk laju, cuba meyakinkan.

“Betul ke free?” Ada riak gembira pada wajah comel itu.

“Ya. Sebab Cik orang pertama yang tegur saya hari ni.. Cik lah orang yang bertuah sebab saya memang lukis free untuk gadis pertama yang datang pada saya..”

“Everyday?”

Zahrin angguk lagi sambil tersenyum. Nasib baiklah Bahasa Inggeris yang digunakan oleh gadis itu ringkas dan senang difahami. Kalau lebih dari itu, sah dia tidak akan faham! Dia bukan pandai sangat pun cakap orang putih. Dia setakat sekolah dari Darjah 1 sampai Darjah 6. Selama itu juga dia duduk asrama di SummerShine kerana di pulau itu tidak ada sekolah. Selepas itu Zahrin tidak sambung belajar lagi. SPM tiada, apatah lagi diploma ataupun ijazah. Dia tak ada minat. Minatnya hanya pada lukisan dan mengikut ayahnya memburu.

“Boleh buat appointment lain hari tak? Sebab today I penat. Baru sampai.. I nak rehat.”

“Sampai bila Cik tinggal kat pulau ni?”

“A week or two weeks, maybe? I just don’t know… I just need a break. You know, from everything.. Ah, I guess you don’t want to know lah..” Ujar gadis itu ramah, macam sudah lama kenal.

Zahrin hanya mengangguk-angguk. Ada yang dia faham, ada yang tak. Biarlah. Tak penting pun! Yang penting gadis itu sudah menarik perhatiannya.

“So boleh tak awak lukis lain hari? Tomorrow or day after tomorrow perhaps? At sunset. I nak my portrait berlatarbelakangkan sunset.” Gadis berambut perang itu sudah teruja.

Berkerut dahi Zahrin memandang gadis yang nampak gembira dan bersungguh-sungguh di hadapannya. Sunset? Sun… Set.. Senja ke? Apa-apalah… Zahrin kemudian angguk lagi.

“So, see you tomorrow..or day after tomorrow?”

“Baik..”

“Bye..”

“Bye..” Zahrin menghantar pemergian gadis itu dengan pandangan penuh makna. Senyuman kemudian terukir di bibirnya. Ayah… Mak…. Zahrin ada kawan baru…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience