BAB 11

Horror & Thriller Completed 9953

“Hahahahhahaha!!!! Hehehehheheheheeee!!! Mak mesti seronok tengok kau nanti. Kau yang paling seiras dengan Mak aku. Mata kau cantik. Macam Mak aku! Mulut kau…! Leher kau…!!”

“Tolong jangan.. Saya merayu…!!!” Si gadis dengan rambut serabai dan muka yang comot itu satukan kedua belah tangan melutut dan merayu.

“Merayu? Selama ni aku merayu Mak aku tak kisah pun?? Kenapa aku pulak nak sibuk kisah pasal kau??!” Si pemuda dengan kapak di tangan menyeringai tersengih. Matanya merah dan berair. Wajah yang tadinya tampan dan tenang kini berubah bengis, tanpa secalit riak kasihan.

“Saya….” Gadis itu tepuk dada.

“Saya boleh jadi kawan awak… Sampai bila-bila!! Saya janji! Saya tahu awak sunyi… Tolong.. Bagi saya peluang??”

Zahrin terdiam. Sebelum ini, semua gadis yang diumpannya masuk jauh dalam hutan itu tidak pernah berjanji apa-apa dengannya. Semuanya menyumpahnya, memandangnya dengan perasaan penuh benci melihatkan riak bengis Zahrin seperti sekarang. Kenapa gadis itu berbeza?

“Kau baik. Aku mesti bawak kau jumpa Mak!” Rambut gadis itu ditarik agar gadis itu terus berdiri.

“Jom!!”

Gadis itu dipaksa membuntutinya menyusuri jalan dalam hutan ke banglo usang. Jalan yang hanya dia yang tahu. Dia sudah hafal selok belok dari dalam hutan menuju ke kediamannya. Hutan itu tempat dia bermain. Hutan itu tempat dia memburu dengan ayah tersayang. Tempat itu tempat dia menghabiskan masa merenung tupai atas pokok sebelum kepala si tupai malang dihentak-hentak dengan batu.

Pintu banglo ditolak kasar. Emak tersayang sudah sedia menunggu di meja makan di dapur, dengan rambut yang basah dan hanya berkemban dengan kain batik.

“Makkkkkkk!!! Zahrin bawak kawan ni!!! Makan malam istimewa malam ni, okey???” Zahrin jerit dari ruang tamu sambil tangan mengikat kedua belah tangan dan kaki si gadis yang sudah menangis teresak-esak.

Sempat Zahrin meninjau keadaan luar banglo yang gelap sebaik malam sudah menginjak sebelum menutup rapat pintu banglo.

“Mak pergi naik atas..bersiap! Biar Zahrin masak. Cepat! Cepat! Cepat!!!”

Wanita itu hanya menurut. Sempat dia menoleh ke arah gadis di ruang tamu yang sedang menangis. Ketakutan jelas terpancar di wajahnya. Kali ini lain. Kali ini gadis itu masih bernafas. Masih lagi mengeluarkan air mata. Tidak seperti gadis yang Zahrin bawa pulang ke rumah sebelum ini. Ada yang diheret dengan tali, ada yang diheret dalam guni, ada juga yang Zahrin dukung badannya dengan kepala pula berada di tangannya.

“Mak tengok apa?? Cepatlah!!” Zahrin cekak pinggang di muka pintu dapur. Perlahan, wanita itu dilihat kembali mengatur langkah menaiki anak tangga.

Selesai masak, Zahrin jemput emak tersayang duduk di meja makan. Si tetamu pula didukung dan didudukkan di kerusi meja makan. Di atas meja terhidang nasi putih dan telur goreng tetapi deria hidu gadis itu tidak mampu melawan bau hanyir yang menusuk hidung. Serta merta dia memuntahkan isi perut ke lantai.

“Kenapa???!!!!” Zahrin yang baru saja mencedok nasi ke dalam pinggan Ramona terperanjat lantas bingkas bangun.

“Kenapa kau buat sepah????!! Arghhhhhhhhh!! Mak aku mesti marah aku lepas ni…!! Aku dah cakap kan… Jaga sikap kau tu…!! Dahlah Mak aku tak suka bunyi bising… Kau siap muntah pulak kat lantai yang dia hari-hari mop ni????!!!” Zahrin capai pinggan di hadapannya lalu dilempar ke arah si gadis, tepat mengenai wajahnya.

Darah dari luka di dahi dan pipi serta merta mengalir. Pedih tetapi dia cuba bertahan lalu mengucapkan maaf. Gadis itu pandang sekeliling ruang dapur yang usang dan tak terurus. Begitu jauh bezanya dengan apa yang telah diucapkan oleh pemuda itu sebentar tadi. Dapur itu kotor. Daun-daun kering dari luar bersepah di lantai. Cat putih dinding sudah bertukar kelabu dan kekuningan. Seperti sudah dua-tiga tahun tidak diselenggara.

“Kau pandang apa?? Dapur rumah aku tak cantik??” Zahrin jegil mata ke arah gadis yang duduk berhadapan Ramona.

“Maaflah……. Aku belum cat lagi. Lepas aku bunuh kau aku cat. Aku rasa warna yang paling cantik untuk dapur aku ni……….hmmm….” Zahrin mengurut dagu.

“Putih je la! Mak aku suka putih. Kan, Mak? Tapi pandangan kau tu macam hina aku dan Mak aku tau. Berani betul kau ye! Kau patut mati awal-awal tadi.. Tapi entah kenapa aku biarkan kau bukak mata sampai sekarang ni…”

“Jangan!!! Tolong jangan….!!!!” Serta merta air mata gadis itu mengalir kembali, laju mengenangkan nyawanya yang mungkin melayang di tangan lelaki yang sah kurang siuman itu! Tidak sanggup rasa hatinya untuk pergi dalam keadaan begini, meninggalkan orang tersayang, meninggalkan kehidupan kerana tersilap langkah memilih teman. Siapa sangka perkenalan dengan pelukis jalanan yang tampan itu berakhir sebegini rupa. Kenapa dia begitu mudah terpedaya?

“Diammmm!! Mak aku tak suka bunyi bising!!!” Zahrin bingkas bangun, mencapai epal yang sudah rosak dari bakul atas kabinet dapur, sebelum disumbat masuk ke dalam mulut gadis itu. Dia kemudian capai kapak yang disandarkan di tepi peti sejuk. Kerusi gadis itu ditarik agar berhadapan dengannya lantas kapak dihayun.

Kedua belah kaki dari hujung jari ke buku lali terpisah. Darah pekat memercik keluar. Jeritan si gadis tidak jelas kedengaran dek epal yang disumbat di mulut. Cuma air mata kesakitan yang semakin deras mengalir. Akan matikah dia? Si gadis berdoa dalam hati agar siksaannya berakhir. Bunuhlah dia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience