BAB 5

Horror & Thriller Completed 9953

Tiga tahun sudah berlalu. Khalil tidak pulang-pulang juga. Zahrin tidak pula marah akan ayahnya. Dia tahu, ayahnya suka memburu. Sudah tentu ayahnya sekarang sudah hidup di satu tempat di mana ayahnya akan dapat menghabiskan sisa umurnya dengan memburu. Bukannya Zahrin tidak tahu yang ayahnya sudah lama tidak tidur sebilik dengan emaknya. Sudah hilang rasa cinta dengan isteri, sudah cintakan haiwan di hutan agaknya! Tak apalah, Ayah… Zahrin boleh jaga Mak…

Zahrin menganggukkan kepalanya. Pisang goreng yang dibeli tadi diletakkan dalam pinggan lalu dihidangkan di atas meja makan. Seperti biasa, Ramona sudah menunggunya di sana.

“Sampai bila Mak nak merajuk dengan Zahrin, Mak?”

Hanya pandangan mata coklat cair milik Ramona yang menjawab soalan Zahrin yang sudah melabuhkan punggung di kerusi bersebelahan emaknya. Walaupun wanita itu sudah berusia, dia masih kelihatan cantik. Mungkin kerana darah kacukan Melayu-Inggeris yang ada dalam tubuhnya. Dan mata coklat cair itu juga diwarisi oleh Zahrin.

“Sampai bila Mak tak nak bercakap dengan Zahrin ni? Mak tunggu Ayah balik? Mak…” Tangan emak tersayang diusap lembut.

“Ayah tak nak balik lagi kut, Mak… Ayah dah lupakan Mak.. Kesian Mak..”

Masih senyap. Sepasang mata itu tidak lagi menatap wajah anak tunggalnya yang masih menunggu dia bersuara walau sepatah. Entah. Mulut rasa berat. Hendak mengeluh pun dia sudah tidak mampu. Mata ditala hanya ke dinding dapur yang bercat putih lusuh. Rumah itu sememangnya serba putih sejak dulu lagi.

“Makan, Mak.. Ni pisang goreng yang Zahrin beli kat gerai dekat pelabuhan, Mak. Zahrin jalan-jalan kat pelabuhan tadi.. Sebab tu lewat sikit balik… Banyak bot sampai bawak pelancong.. Ada mata biru.. Ada mata kelabu.. Mereka macam Mak… Cantik-cantik.. Ooops!” Zahrin tutup mulut dengan tangan kanan.

“Kantoi pulak tengok perempuan.. Hahahaa!!!!” Zahrin ketawa terbahak-bahak.

Gembira hatinya melihat pelancong-pelancong yang datang berkunjung ke Pulau Haruki. Tak lama lagi bolehlah dia mula ‘memburu’. Tentu ada yang menyapanya kelak. Siapa yang datang padanya esok dan menepati kriteria yang dia tetapkan, dialah orang yang paling bertuah kerana terpilih untuk dijadikan salah satu trofi, buat penambah koleksi dalam almari di bilik bawah tanah!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience