BAB 16

Romance Completed 10513

“Betul tu Alang. Along tak kisah pun nikah dengan Haninah ni. Along bukan ada yang istimewa pun. Along boleh jer gantikan Alang.” Burhan pula menyampuk.

“Busran tetap dengan keputusan Busran. Buat masa sekarang memang Busran tak mampu nak cari nafkah sendiri tapi Busran boleh gunakan duit poket yang papa bagi kat Busran setiap bulan tu untuk sara Haninah dan keluarganya. Bila tamat jer SPM, Busran akan cari kerja tak pun Busran kerja dengan syarikat cawangan papa yang nak dibuka di Ipoh ni. Haninah pun boleh kerja sekali kat sana nanti. Senang dan jimat pergi balik kerja, sekali. Busran tak kisah kalau kena kerja sebagai kerani cabuk jer dulu pun asalkan dapat cari rezeki yang halal.” Busran semangat menerangkan.

“Habis tu, sayang tak nak sambung belajar ker? Tak kan sayang nak kerja kerani sepanjang hidup. Dunia sekarang semakin lama semakin tinggi taraf hidup. Ibu tak yakin Busran mampu nak buat semua tu. Kita biarkan sahaja Along yang kahwin dengan Haninah ye, sayang?” Puan Yasmin cuba menyedarkannya.

“Kenapa semua orang rasa Busran tak mampu nak buat? Busran belum lakukan apa-apa lagi semua dah fikir yang Busran tak mampu. Semua yang Busran nak cuba buat semua orang kata tak mampu, tak boleh. Habis tu sampai bila baru boleh? Kali ni boleh tak ibu, papa dan Along tolong Busran. Tolong yakin dengan Busran. Insya-Allah Busran akan cuba buat yang terbaik. Jodoh pertemuan, rezeki semuanya ditangan Allah. Sesiapa pun tidak mampu nak mengatakan rezeki Busran nanti tidak mampu menyara Haninah sekeluarga sekiranya Allah menyatakan ianya cukup. Kun fayakun! Jadi maka jadilah!” Busran tegas menjelaskan. Lagak persis Tuan Bukhari. Haninah memerhatikan kedua beranak yang mempunyai perwatakan hampir sama itu. Semua masih tekun mendengar penjelasan Busran.

“Lagipun…. Busran rasa Busran dah sukakan Haninah. Busran rasa tak mampu nak lepaskan dia kepada Along. Busran pun rasa tak mampu nak berjauhan dengan dia lagi. Busran harap semuanya faham perasaan Busran.” Busran menyambung. Suasana tegang tadi kembali sedikit tenang.

“Maaflah makcik mencelah. Makcik bukan membangkang ataupun menyokong tetapi sebagai orang yang paling tua, makcik fikir kita tangguhkan dulu perkara ni. Kami pun masih dalam kesedihan. Apa kata masing-masing cuba buat solat ishtikharah. Dalam masa sebulan dua ni kita semua buat solat ishtikharah dan menyerahkan kepada-Nya menunjukkan jalan kepada kita. Insya-Allah dalam masa tu rezeki kami masih ada untuk kami teruskan hidup kami. Tak perlu semuanya risau. Boleh, semua?” Puan Junaidah menyatakan rasa hatinya. Semua terdiam mendengarnya.

“Maafkan kami, makcik. Mungkin kami terlalu ikutkan perasaan tanpa sedar kesedihan yang makcik sekeluarga alami kini. Ye la, kita tangguhkan dulu perkara ni. Tapi kalau makcik tak keberatan, buat sementara waktu ni saya sekeluarga akan membantu makcik sekeluarga dengan membekalkan sedikit duit belanja keperluan harian. Harap makcik tidak menolak.” Tuan Bukhari memutuskan.

“Alhamdulillah, rezeki tidak baik ditolak. Insya-Allah jasa baik Tuan sekeluarga akan mendapat balasan Allah. Kami ucapkan berbanyak terima kasih atas kesudian Tuan tu.” Puan Junaidah menerima dengan hati terbuka. Semua tersenyum kecuali Haninah dan Busran yang masing-masing masih melayan hati masing-masing.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience