BAB 14

Romance Completed 10513

“Insya-Allah. Dah sampai masanya. Nanti kita semua pun akan menyusul. Duduk dulu, ye. Makcik panggilkan Haninah.” Ibu Haninah masuk ke dalam bilik yang berada di tengah rumah tersebut. Alunan Yasin mula diberhentikan.

“Assalammulaikum, Tuan, Puan, Busran. Tak sangka sanggup datang dari jauh. Terima kasih.” Haninah bersuara sebaik dia menghampiri mereka. Wajahnya tenang. Semua menjawab salam serentak.

‘Dia tak marahkan aku ker? Tenang jer wajahnya. Makcik ni memang lain dari yang lain.’ Busran berkata dalam hatinya sendiri apabila dia sedikit tergamam melihat ketenangan wajah Haninah.

“Salam takziah, Haninah. Kami lambat tahu perkara ni. Pagi tadi baru Suhana khabarkan saya. Semuanya sudah selamat diuruskan nampaknya.” Tuan Bukhari meneruskan bicaranya.

“Alhamdulillah semuanya dah selesai. Kalau Tuan Bukhari sekeluarga belum pulang lagi hari ini, malam nanti bolehlah datang untuk majlis tahlilnya.” Haninah mempelawa.

“Insya-Allah, kami akan datang. Kami akan tinggal di sini sehari dua. Saya dah minta Suhana tempahkan hotel untuk kami nanti.”

“Tuan Bukhari ada kerja lain di sini ker?” Haninah kembali bertanya apabila dia merasakan agak lama mereka menetap di Ipoh. Seketika kemudian, ibunya datang bersama dengan adik perempuannya, Hanisah membawa hidangan untuk tetamu mereka.

“Eh! Buat susah, susah pula makcik ni.” Puan Yasmin menegur.

“Tak susah la. Kek beli sahaja pun. Jemputlah jamu sambil berbincang.” Ibu Haninah, Puan Junaidah berkata sambil dia melabuhkan punggungnya di sebelah Haninah. Tuan Bukhari meneruskan bicaranya yang tergendala.

“Tak de kerja lain. Cuma nak selesaikan masalah yang telah ditimbulkan oleh Busran ni. Saya nak minta maaf dengan awak sebab semalam anak saya dah perkara yang tidak sepatutnya kepada awak. Sehingga mumbuatkan awak mengalami masalah dan seterusnya semua ini terjadi. Saya tahu semua ini salah saya. saya tak didik anak saya dengan baik. Maafkan kami, Haninah.” Tuan Bukhari nyata kesal.

“Betul tu, Haninah. Mungkin kami tak patut menurut kehendaknya yang sepatutnya kami jangka mempunyai maksud yang lain. Kami akan cuba bertanggung jawab dengan setiap kesalahan yang telah dilakukannya.” Puan Yasmin pula menambah.

“Eh! Tak perlu semua tu. Bukan salah Busran pun. Semua ni satu kebetulan sahaja. Tak de kena-mengena dengan perbuatan Busran kepada saya semalam. Semuanya sudah tercatit pada masa dan ketika itu semua itu berlaku bukannya kerana salah sesiapa. Saya pun tak menyalahkan Busran sebab saya tahu apa yang cuba dia lakukan hanyalah untuk melepaskan rasa ketidak puasannya terhadap tindakan saya selama ini kepadanya. Mungkin saya pun ada salah juga.” Haninah menerangkan.

‘Itu yang difikirkannya! Tak sangka sampai macam tu sekali dia cuba menolong aku. Adakah aku ni yang tidak sedar niatnya?’ Busran berbicara dengan hatinya.

“Kalau itu yang Haninah rasakan saya tak mapu nak kata apa-apa lagi. Tetapi saya sudah berbincang dengan isteri saya, kami akan bertanggung jawab dengan Haninah sekeluarga. Saya tahu sekarang Haninah dan keluarga sudah kehilangan tempat bergantung apabila bukan sahaja bapa malah abang Haninah turut pergi bertemu-Nya.” Tuan Bukhari tenang berbicara. Haninah mula merasakan sesuatu yang penting akan berlaku. Hatinya gelisah.

“Kami dah ambil keputusan untuk menikahi anak sulung kami, Burhan dengan Haninah. Memang ikutkan anak saya tu masih lagi muda baru dua puluh tujuh tahun dan masih mentah untuk menjadi ketua keluarga tetapi itu sahaja pilihan yang kami ada daripada saya yang kahwin dengan Haninah yang pastinya ditentang hebat oleh isteri saya.” Tuan Bukhari menyambung sambil cuba berlawak. Busran terkejut dengan kata-kata bapanya itu.

‘Bila pula papa dengan ibu bincang hal ni?’ Busran bertanya pada dirinya sendiri sambil berfikir.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience