BAB 3

Romance Completed 10513

“Dah, dah! Jom blah! Karang lain pulak jadinya. Tak pe makcik, lain kali kita jumpa lagi.” Yang bertopi merah mengarahkan mereka berlalu pergi. Semua hanya mengikut cuma pelajar yang berbaju hitam sahaja yang sedikit lewat sambil melemparkan sebuah jelingan yang amat tajam buat Haninah. Malas Haninah hendak melayan mereka lagi. Dia mula berbicara dengan dua gadis itu pula.

“Kau orang okey, kan? Tak de yang cedera ke apa ker, kan?”

“Kami okey akak. Terima kasih. Kalau akak tak de tadi, tak tau apa nak jadi pada kami.” Seorang gadis yang manis berlesung pipit berkata.

“Adik selalu ke balik lewat petang macam ni? Kenapa tak suruh mak ayah yang jemput? Taklah bahaya sangat.”

“Baru hari ni akak kami lambat. Tadi lepas tuisyen, saya sakit perut sangat tu yang terlepas tren dan terlewat. Mak ayah pula bekerja, jadi tak de siapa yang nak tolong ambilkan kami.” Yang seorang lagi berkulit sedikit hitam manis pula menerangkan.

“Oh! macam tu. Mungkin benda dah nak jadi tak dapat nak buat apa lagi. Kalau boleh elakkanlah perkara yang macam ni dari berlaku. Jadikan semua ni teladan.” Haninah lembut menasihati.

“Akak, lain kali kalau kami balik lewat boleh tak kami nak ikut akak saja. Akak bagilah nombor telefon kepada kami, senang kami nak telefon nanti.” Gadis berlesung pipit meminta.

“Insya-Allah, boleh.” Haninah mula mencatatkan nombor telefonnya pada sehelai kertas dan memberikan kepada mereka. Mereka beriringan meneruskan perjalan ke destinasi rumah masing-masing, sambil meneruskan bicara antara satu sama lain.

**********************************

“Assalammualaikum. Boleh saya hendak berjumpa dengan Tuan Bukhari.” Seorang wanita dalam lingkungan awal empat puluhan menyapa Haninah. Haninah yang leka dengan kerjanya mula mengangkatkan muka memandang gerangan yang berbicara.

“Walaikummussalam. Boleh saya tahu, puan siapa, ye?” Haninah lembut berbicara dan kemudian tersenyum manis. Matanya memerhatikan kedua-dua insan yang berada di hadapannya kini. Seorang wanita dan seorang lagi pemuda yang berkemungkinan anaknya.

‘Eh! Macam kenal jer anak puan ni. Tapi siapa ye?’ Haninah bertanya dengan dirinya sendiri. Namun sekadar seketika, dia kembali memandang wajah manis wanita dihadapannya.

“Saya Yasmin, isterinya. Saya nak berikannya dokumen ni. Tertinggal di rumah tadi.”

“Maaf puan. Saya tak tahu yang puan ni isteri Tuan Bukhari. Masuklah dulu. Tunggu di sofa sana. Sekejap saya beritahu tuan.” Haninah menunjukkan ke arah sofa yang terdapat di dalam pejabat sambil dia mula membuka penghadang yang menjadi penghalang daripada orang luar bebas memasuki kawasan pejabat guaman tersebut.

“Kalau macam tu, berikan tuan dokumen ini sekali.” Puan Yasmin menghulurkan satu sampul besar berwarna perang kepadanya. Haninah menyambut dan kemudian segera masuk menemui Tuan Bukhari.

“Suhana, budak baru ker tadi? Tak pernah nampak pun sebelum ni?” Puan Yasmin bertanya kepada salah seorang staf suaminya, Suhana apabila Haninah telah hilang dibalik bilik suaminya itu. Suhana yang kebetulan lalu dihadapan Puan Yasmin berhenti sebentar demi mendengar pertanyaan Puan Yasmin.

“Ye, puan. Baru tiga bulan tapi tak lama lagi jadi pekerja tetaplah. Tuan Bukhari sangat berpuas hati dengan prestasinya. Rajin, cekap dan cepat menangkap budaknya.” Suhana menerangkan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience