BAB 12

Romance Completed 10513

“Oh! Macam tu.” Haninah tidak tahu untuk berkata apa lagi. Fikirannya masih kepada masalah yang sedang melandanya. Waktu semakin hampir ingin melabuhkan tirai dan dia seharusnya mencari jalan untuk pulang.

‘Kalau aku minta tolong dengan makcik ni, agak-agaknya dia sudi nak tolong tak? Ke dia ingat aku nak mengambil kesempatan pula?’ Haninah terfikir.

“Kalau makcik nak tanya sikit anak jangan marah ye. Tadi makcik nampak anak berdoa panjang lepas tu masa mengaji menangis pula. Anak ada masalah ke? Kalau boleh makcik tahu ataupun anak perlukan pertolongan, makcik akan cuba bantu.” Makcik tersebut lembut menuturkan kata-katanya. Haninah terharu dengan ungkapan yang dituturkan oleh wanita itu yang seolah-olah memahami gejolak yang melanda dirinya ketika itu.

“Terima kasih makcik. Sebenarnya saya dalam kesulitan. Saya nak pulang ke rumah tapi saya tinggal sehelai sepinggang sebab beg tangan saya tertinggal dalam kereta orang yang hantar saya tadi. Nak hubunginya pun tak boleh sebab semuanya dalam beg tangan saya tu. Nak minta tolong pada siapa pun saya tak tahu. Saya tak kenal siapa-siapa kat sini.” Haninah tenang berbicara. Malu sekiranya air matanya tumpah lagi di hadapan wanita itu. Seolah-olah dirinya tidak betah diuji sedikit oleh-Nya.

“Anak tinggal kat mana? Kalau nak boleh makcik minta tolong anak makcik antokan.”

“Saya tinggal kat Bandar Tasik Selatan, makcik. Tapi saya rasa tak perlu hantar saya sampai rumah, kalau makcik sudi pinjamkan saya duit untuk tambang tren pun dah cukup. Esok, Insya-Allah saya datang sini pulangkan duit yang saya pinjam tu.”

“Tak payah pinjam la, makcik bagi jer. Lagipun berapa ringgit sangat tambang tren kan. Nah.” Makcik tersebut menghulurkan duit sepuluh ringgit.

“Terima kasih makcik, tapi esok saya bayar ye. Saya tak sedap pula nak terima macam tu jer. Esok Insya-Allah waktu magrib saya datang sini, ye. Saya pulangkan balik.” Haninah berkeras mahu memulangkan duit berkenaan.

“Ikut suka kamulah. Makcik kata tak payah kamu nak bayar juga. Tapi bagus juga boleh kita jumpa lagi esok. Sejuk mata makcik tengok kamu ni. Kalaulah makcik ada anak perempuan, makcik harap dia macam kamu. Tapi apa nak buat, Allah hanya berikan makcik lima orang anak lelaki. Tapi makcik tetap bersyukur daripada orang yang langsung tiada anak, kan.” Wanita itu tersenyum manis menerangkan.

“Tak pe makcik. Saya rasa makcik tetap beruntung sebab melahirkan lima orang imam yang dapat memimpin keluarga dan umat sejagatnya untuk berjuang ke jalan Allah.” Haninah tersenyum manis.

“Ye la tu. Jom kita keluar. Anak makcik dah tunggu, agaknya.” Wanita itu mempelawa.

“Baik, makcik.” Haninah segera berjalan beriringan setelah meletakkan kembali Al-Quran yang dibacanya tadi. Haninah kembali tergamam apabila mendapati Yasin adalah anak wanita itu. Yasin juga terkejut dengan kemunculannya bersam ibunya itu.

“Eh! Haninah. Apa awak buat kat sini?”

“Encik Yasin. Tak sangka jumpa kat sini. Tak sangka juga makcik ni mak Encik Yasin.”

“Apa pula berencik-encik ni. Yasin je dah cukup. Tu la, tak sangka jodoh kita kuat jumpa lagi kita, kan.” Yasin tersenyum manis. Haninah turut tersenyum mendengar kata-kata Yasin.

“Jadi Yasin dah kenal la. Pe namanya tadi, Haninah ye. Bagus la kalau dah kenal. Kalau macam tu tak salahkan Yasin hantarkan. Makcik tak sedap hati biarkan Haninah ni balik sorang-sorang. Biar kami yang hantarkan. Lagipun dapat juga makcik jalan-jalan. Asyik duduk rumah jer bosan juga.” Makcik itu memberi cadangan.

“Tapi makcik….saya…” Haninah keberatan.

“Tak de tapi, tapi lagi. Haninah ikut jer. Kan dah kenal jadi nak segan apanya lagi. Bukannya jauh pun Bandar Tasek Selatan tu.” Ibu Yasin segera menarik tangan kanan Haninah. Haninah hanya menurut kerana tidak mampu melawan kehendak wanita yang dihormatinya itu.

“Hantar balik? Apa yang saya tertinggal ni?” Yasin yang kekeliruan bertanya.

“Tak pe dalam kereta nanti kita sambung cerita. Jom gerak sekarang. Karang lambat sampai pula.” Ibu Yasin menegur anaknya. Mereka mula mengisi ruangan kereta dan kereta bergerak ke destinasi yang diperkatakan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience