BAB 4

Romance Completed 10513

“Baguslah macam tu. Ringan sikit kerja kau orang bila dah bertambah pekerja ni. Awak sambunglah kerja awak. Maaf, saya ganggu tadi.” Puan Yasmin tersenyum manis. Suhana segera meminta diri dan berlalu pergi. Anak terunanya hanya memasang telinga mendengar.

“Puan, Tuan sedang dalam talian. Sekejap lagi tuan keluar. Tuan minta puan tunggu sebentar. Sementara menunggu, puan hendak minum apa-apa?” Sejurus kemudian Haninah keluar dan mendapatkan Puan Yasmin dan anaknya sambil mengkhabarkan perihal kesibukan Tuan Bukhari.

“Bagi kami air suam sahaja. Anak saya ada masalah tonsil sikit. Kena jaga sikit makan minumnya.”

“Baik, puan.” Haninah berlalu pergi memasuki pantri dan seketika kemudian keluar membawa dua gelas air suam.

“Minum Puan, Tuan Muda.” Haninah menjemput setelah meletakkan dua gelas tersebut di atas meja kopi. Sejurus Haninah menjemput mereka minum, Puan Yasmin tergelak kecil. Haninah segera berpaling memandang Puan Yasmin. Dilihatnya bukan sahaja Puan Yasmin yang ketawa tetapi anaknya juga tergelak cuma tiada suara yang kedengaran.

‘Apa yang lucunya? Aku ada buat adengan lawak ker tadi?’ Haninah bertanya sendirian.

“Tak perlu panggil anak saya Tuan Muda. Panggil dia Busran. Adik Busran pun boleh. Awak tua dari dia kan? Umur awak berapa?” Puan Yasmin ingin terus menyelidik.

“Oh! Ingat kena panggil Tuan Muda tadi. Mungkin jugalah saya lagi tua. Nampak Busran pun muda lagi dari saya yang dah nak masuk dua puluh lima tahun, puan.” Haninah termalu sendiri. Terasa pipinya panas. Busran hanya memerhati wajah Haninah tanpa berkelip.

“Eh! Saya banyak tanya pula. Ganggu masa awak pula. Awak pergi la sambung kerja. Lain kali kita sambung lagi, Insya-Allah.”

“Baiklah, puan. Saya buat kerja dulu.” Haninah angguk sopan. Segera dia kembali ke meja kerjanya. Tanpa dia sedari, Busran masih lagi tekun memerhatikan dirinya.

‘Buat-buat lemah lembut, sopan santun bagai. Ingat aku makan dengan lakonan ko tu. Siaplah ko, nanti. Masa untuk membalas dendam!’ Busran berkata dengan dirinya sendiri sambil mulut melemparkan senyuman sinis.

********************************

Tidak sanggup lagi Haninah melihat seorang pelajar yang berkaca mata itu dibuli oleh empat sekawan pelajar berlagak samseng. Semakin langkah menghampiri, semakin jelas dipenglihatan gerangan empat sekawan yang seronok membuli itu.

‘La! Balik-balik budak-budak ni. Tak reti-reti duduk diam ker dia orang ni? Kalau aku tak larang, mahu masuk wad budak mata empat ni dikerjakan mereka ni. Baik aku rakam sikit, buat modal nak takut-takutkan diaorang. Kalau tak, tak makan saman diaorang ni.’ Haninah berbicara sendirian lalu mengeluarkan telefon bimbitnya dan merakam adengan mereka membuli pelajar itu.

Kalau tadinya Haninah melihat mereka menarik-narik beg sandang budak berkaca mata tersebut dan sekarang lain pula. Haninah merasakan dia bakal merakam satu adengan yang betul-betul menarik sebagai bahan gertakannya nanti. Haninah meneruskan rakaman tanpa disedari oleh mereka.

Mereka seorang demi seorang meludah ke dalam air tin yang dibeli sebelum mereka memaksa budak berkaca mata itu minum minuman yang sudah tercemar dengan air ludah mereka itu. Pasti sahaja budak berkaca mata itu tidak mahu menurut suruhan mereka minum air tersebut. Keengganannya itu menyebabkan mereka mula memaksa dengan seorang memegang kedua-dua belah tangannya dan seorang lagi cuba untuk menuang air tersebut ke dalam mulutnya dengan cara paksaan. Haninah segera mencelah dan mematikan rakamannya tadi.

“Haih! Korang ni bila la nak serik agaknya. Kau orang tak kesiankan dia, ke? Apa salah dia sampai korang buat dia macam tu. Korang jangan sombong dengan merasakan diri tu hebat dari budak tu. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang sombong. Rasulullah s.a.w juga mengingatkan; Tidak akan masuk Syurga orang yang di dalam hatinya terdapat sebesar biji sawi dari kesombongan.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience