BAB 13

Romance Completed 10513

“Yasmin, Busran cepat siap. Kita nak pergi ke Ipoh sekarang.” Tegas Tuan Bukhari mengarahkan isteri dan anaknya itu.

“Kenapa ni abang? Buat apa nak gi Ipoh?” Puan Yasmin yang masih keliru bertanya.

“Buat jer. Nanti abang terangkan dalam kereta. Kemas baju untuk dua tiga hari. Busran, dengar taka pa yang papa cakap?” Tuan Bukhari menikam mata anak terunanya itu.

“Baik, papa.” Busran hanya mampu menurut biarpun dia tidak faham dengan tindakan bapanya itu. Setelah selesai berkemas, mereka mula bertolak ke Ipoh.

“Okey, abang. Sekarang cuba cerita apa yang berlaku. Kenapa nak gi Ipoh tergesa-gesa ni?” Puan Yasmin tenang bertanya.

“Ni semua, anak kesayangan awak punya hal la. Kalau dia tak buat perangai semalam semua ni tak kan jadi. Sekarang masalah dah bertambah sampai melibatkan nyawa orang. Busran! Bilalah agaknya kamu ni nak sedar. Kalau lepas ni kamu tak sedar-sedar juga, tak tahulah papa.” Tuan Bukhari masih tegang.

“Apa maksud abang ni?” Puan Yasmin mula risau mendengar kata-kata Tuan Yasmin.

“Kalau awak nak tahu, semalam dia dah tinggalkan Haninah kat sekolah sampai malam baru dapat budak tu balik rumah. Dalam masa dia tidak dapat dihubungi tu kerana telefonnya tertinggal dalam kereta Pak Mud, ibunya cuba menghubunginya kerana bapa dan abangnya nazak, terlibat dalam kemalangan. Kalau dia dapat dihubungi mungkin dia masih sempat untuk berjumpa dengan bapa dan abangnya. Tapi terima kasih kepada rancangan bijak anak kita ni, semua ni berlaku.” Tuan Bukhari masih melontarkan nada yang tinggi. Panas betul hatinya dengan tindakan anaknya itu.

“Inalillahiwainahilaihirojiun. Abis tu Haninah dah balik ke belum abang?” Puan Yasmin nyata tersentak dengan perkhabaran itu.

“Dah dia balik semalam dengan makciknya. So sekarang apa yang kamu nak buat Busran? Kamu ada nampak tak beg tangan Haninah. Pak Mud cakap dia tak jumpa. Kamu campak kat mana?” Tuan Bukhari terus-terusan memarahi anaknya.

“Ada Busran simpan.” Busran tahu dia tidak sepatutnya banyak berkata kerana bapanya masih dalam kemarahan dan sekiranya dia menjawab, padah akan diterimanya daripada ayahnya.

“Nasib baik Busran tak buang. Busran tahu kan semua barang yang ada dalam beg tangan Haninah tu penting buat dia. Nanti pulangkan semula.” Puan Yasmin lembut menegur.

“Baik, ibu.” Busran yang masih terkejut dengan perkhabaran itu hanya mampu menyandarkan badannya sambil terkenangkan peristiwa pembuliannya semalam sehingga dia tertidur.

Keadaan rumah papan yang semakin dimamah usia dengan persekitaran yang bersih dan suasana yang sedikit sunyi menyambut kedatangan Tuan Bukhari sekeluarga. Alunan surah Yasin semakin kedengaran sebaik mereka menghampiri pintu rumah tersebut.

“Assalammualaikum.” Tuan Bukhari memulakan bicara dengan memberi salam. Seketika kemudian kedengaran salam bersahut dan pintu rumah dibuka.

“Makcik, apa khabar? Haninah ada? Saya Bukhari.”

“Oh! Tuan Bukhari. Masuklah. Haninah ada kat dalam bilik. Nanti makcik panggilkan. Masuk, masuk.”

“Makcik, takziah. Semoga makcik tabah.” Puan Yasmin berkata sambil menyalami tangan tua ibu Haninah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience