BAB 17

Romance Completed 10513

Majlis Tahlil berjalan dengan lancarnya. Ramai yang datang dengan niat menyedekahkan surah yasin dan bacaan doa buat kedua-dua anak beranak yang telah pergi menghadap-Nya. Jamuan ringan turut disediakan oleh sanak-saudara Haninah yang mereka disediakan di rumah mereka sendiri. Seketika selepas itu, tetamu mula beransur-ansur pulang. Haninah, Busran, Burhan dan beberapa sanak-saudara Haninah mengemaskan meja hidangan yang ditempah khas oleh Tuan Bukhari bagi memudahkan urusan tersebut.

“Haninah, kenapa awak tak marah langsung dengan saya? Saya buat macam tu kat awak pun awak masih bersabar. Kenapa awak tak jemu-jemu nak menolong dan menegur saya? Walaupun saya herdik awak, caci awak, kutuk awak.” Busran bertanya semasa dia berdekatan dengan Haninah yang masih ligat mengemas.

“Amboi! Sedapnya panggil saya Haninah. Mana makcik, akak yang biasa awak gunakan untuk panggil saya sebelum ni?” Haninah cuba mengalihkan topic.

“Tak perlu semua tu. Tak lama lagi kita akan bersatu juga.” Busran tersenyum lebar.

“Tak malu, siapa yang nak dengan dia, entah.” Haninah mengejek.

“Ye ker, tak nak. Kalau tak nak tak la awak cakap macam tu. Betul tak?” Busran pula bermain tarik tali.

“Tak kuasa layan songeh awak.” Haninah meneruskan kerjanya.

“Soalan saya awak tak jawab lagi? Tolong jawab jangan mengelak.” Busran tegas.

” Rasulullah saw bersabda, ‘Perumpamaan orang-orang yang beriman itu dalam hal mereka saling mencintai, kasih mengasihi dan bertimbang rasa sesama mereka, adalah seperti sebuah tubuh badan. Apabila mana-mana anggota ditimpa penyakit maka seluruh anggota turu serta berjaga malam dan mersakan demam.’ Itulah diri saya. Saya tak mampu nak mengelak daripada rasa kasih dan sayang saya kepada sesama Muslim. Saya pasti nak menegur, membantu dan mengingatkan selagi saya mampu biarpun rakan-rakan atau ada orang yang saya tegur menganggap saya sekadar menyibuk atau berlagak pandai. Yang pasti saya buat semua ni kerana Dia. Mungkin kail saya panjang sejengkal sahaja tetapi tidak salah saya cuba ingat-mengingatkan kepada kebaikan dan berpesan-pesan kepada keburukan.”

“Itulah yang saya suka dengan awak. Saya berharap sangat yang awak juga akan yakin kepada saya, kepada niat suci saya tadi seperti mana awak yakin dengan diri awak dan niat awak itu.” Busran tersenyum manis kepada Haninah. Haninah dapat merasakan kelainan kepada diri Busran kini.

“Tengoklah nanti.” Haninah sengaja menguji Busran sambil menyimpan senyum.

“Okey, kalau awak tak nak, saya tak akan pulangkan beg tangan awak. Biar saya simpan buat pekasam.” Busran cuba menggertak.

“Kejap jer okeynya. Dah datang balik perangai samseng budak sekolah, dia tu. Macam mana nak yakin?” Haninah menegur.

“Jadi kiranya awak yakinlah, ye? Awak sudi terima sayalah, ye?” Busran teruja. Haninah tersenyum sambil tergelak kecil dengan telatah Busran. Dalam hatinya dia berkata;

‘Tak kanlah suami ku seorang pelajar sekolah. Mak biar betul? Tapi kalau dah jodoh nak buat macam mana lagi kan. Jodoh pertemuan, rezeki, ajal maut di tangan-Nya. Aku meletakkan seluruh kepercayaan pada kerja Allah kerana DIALAH sehebat-hebat perancang, kekuasaan-Nya melebihi apa yang ada di langit dan bumi, Dia lah yang menciptakan aku jadi mana mungkin aku berasa sangsi akan perancangannya.

Mereka berbalas senyum dengan hati yang melonjak kegirangan.

Indahnya perasaan ini, bahagia.

END

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience