BAB 15

Romance Completed 10513

‘Oh! Mungkin masa aku tertidur tadi. Tapi mana boleh macam ni.’ Busran masih lagi berperang dengan dirinya.

“Kami harap Haninah dan makcik akan setuju. Niat kami baik untuk membantu dan cuba meringankan bebanan Haninah sekeluarga yang sekarang bergantung kepada Haninah untuk mencari rezeki. Adik-adik semua masih lagi belajar, kan?” Puan Yasmin pula menambah. Haninah terdiam seketika. Puan Junaidah pula memandang anak keduanya itu. Dia tahu apa yang sedang bermain dalam fikiran anaknya itu. Setelah seketika mendiamkan diri Haninah berbicara.

“Memang adik-adik saya masih belajar tetapi saya rasa kami masih mampu meneruskan kehidupan kami dengan rezeki yang kami perolehi. Walaupun saya seorang sahaja yang bekerja, kami ada berkebun sedikit-sedikit jadi makanan tu Insya-Allah ada untuk kami. Maaf kalau kata-kata saya menyinggung hati Tuan dan Puan, tapi saya rasa tak perlu berkorban sampai macam tu sekali hanya semata-mata untuk membantu kerani macam saya ni. Tak perlu dikorbankan hati dan perasaan anak sulung Tuan dan Puan untuk saya sekeluarga.” Haninah tenang dan lancar menyuarakan hatinya.

“Tak pe, saya setuju untuk tunaikan hasrat papa dan ibu saya. Saya sudi terima jodoh yang telah dipilih oleh mereka untuk saya. walaupun saya tidak pernah kenal Haninah tetapi setelah mendengar perbincangan mereka dengan Haninah, saya yakin pilihan mereka tepat.” Burhan muncul di muka pintu dengan senyuman manis menyangkal Haninah tentang dirinya tadi. Semua yang ada memerhatikannya di muka pintu tersebut.

“Burhan, sayang dah sampai.” Puan Yasmin mendapatkan anaknya.

“Assalammualaikum. Maaf tadi bercakap tanpa memberi salam terlebih dahulu.” Burhan memohon maaf.

“Masuklah nak. Masuk. Hanisah bawakan satu cawan lagi air kopi.” Puan Junaidah berkata dengan ceria.

“Eh! Along. Macam mana ko leh cari rumah ni?” Busran yang terkejut dengan kemunculan abangnya itu bertanya.

“GPS ka nada. Jadi tak susah nak cari kalau dah dapat lokasinya. Tul tak papa?” Sempat Burhan bergurau dengan adik dan bapanya.

‘Aduh! Bertambah masalah aku ni. Ya Allah apa percaturan yang cuba Kau tunjukan kepadaku. Adakah ini semua hikmah dan rezeki yang ingin Kau berikan kepada hamba-Mu yang hina ini?’ Haninah monolog sendirian. Dia mula memandang Burhan yang duduk dihadapanya. Seorang pemuda yang tegap, manis malah lebih menawan daripada Busran. Itu pada pandangan kudus Haninah.

“Abis tu macam mana, Haninah?. Awak dah jumpa dan dengar sendiri kata-kata daripada Burhan, kan. Awak setuju ker tidak?” Puan Yasmin inginkan kepastian. Haninah masih lagi mendiamkan diri.

“Saya se…..” Belum pun sempat Haninah meneruskan kata-katanya Busran memotong.

“Tak saya tak setuju. Biar saya yang bertanggung jawab. Semua ni pun berlaku sebab saya jadi biar saya yang nikah dengan Haninah. Saya akan bertanggung jawab sepenuhnya dengan Haninah dan keluarganya.” Busran bersuara dengan lantangnya. Terkejut Puan Junaidah mendengarnya.

“Astaghirullaha halazim!” Haninah yang terkejut dengan kata-kata Busran mula mengurut belakang dada ibunya.

“Kamu ni Busran, kalau nak bersuara pun, tak perlulah lantang macam tu. Buat terkejut orang jer. Nasib baik tak de yang kena serangan jantung.” Puan Yasmin menegur.

“Maaf.” Busran menyesal sambil menundukkan sedikit wajahnya.

“Maksud kamu, kamu sendiri yang nak menikahi Haninah dan tidak mahu kami nikahkannya dengan along kamu ni? Tapi macam mana kamu nak meyaranya? Kamu kan masih lagi belajar? SPM pun tak ambil lagi? Cuba kamu cerita sikit.” Tuan Bukhari tegas bertanya.

“Betul tu, Busran. Kamu jangan ingat nak menyara anak orang macam nak menyara anak kucing. Berat tanggung jawabnya.” Puan Yasmin kembali bersuara.

Share this novel

comelll
2019-09-08 17:36:54 

best


NovelPlus Premium

The best ads free experience